Monday, June 12, 2017

Pengalaman Keklin Bercuti Di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 1



Alhamdulillah.... tahun ni Keklin berpeluang ke negara Jepun untuk menikmati percutian 5 bintang yang telah ditaja oleh pihak syarikat atas kerja keras Keklin selama ni. Sepanjang bulan Mac 2016 sehinggalah bulan Mac 2017, Keklin membuat sales dan juga membantu kumpulan Titanium Keklin membuat sales, coaching dan macam-macam lagi aktiviti demi untuk memastikan semakin ramai rakyat Malaysia hidup dengan lebih sihat.... eceh....

Baca : Pengalaman Keklin Di Orlando, Florida 2016


Percutian 5 bintang ni selama 8 hari dan 6 malam iaitu pada 13 sehingga 20 Mei 2017 bermula dari Nagoya dan berakhir di Tokyo Jepun. Kenapa bulan Mei yang jadi pilihan??? Ya... ni semua disebabkan oleh Tateyama Kurobe Alpine Route atau dikenali sebagai "Roof of Japan" yang cantik untuk dilawati selama 2 bulan sahaja iaitu pada bulan April dan Mei. Cerita Alpine Route ni banyak dalam Episod 2 nanti.


13.5.2017 (Day 1)

Hari pertama takde apa nak cerita sangat sebab merupakan hari perjalanan saja. Trip kali ni disertai oleh lebih kurang 130 orang peserta dengan 2 pesawat iaitu Singapore Airlines dan Thai Airways. Mereka yang naik Singapore Airlines akan transit di Changi Airport sebelum meneruskan perjalanan ke Nagoya manakala Keklin dan yang lain akan naik Thai Airways, transit di Bangkok dan terus ke Nagoya.

Dari KLIA, Keklin berlepas lebih kurang jam 9 malam dan tiba di Bangkok 2 jam kemudian iaitu pukul 10 malam waktu Bangkok (11 malam waktu Malaysia). Ada lebih kurang 2 jam lagi sebelum flight ke Nagoya berlepas iaitu pukul 12 tengah malam waktu Bangkok. Keklin dan kawan-kawan pun ambil kesempatan jalan-jalan di Suvarnabhumi Airport dan alas perut kami.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Bangkok

Tempat makan pilihan Keklin di Suvarnabhumi Airport

Masa yang dinantikan telah tiba, maka berlepaslah Keklin dan kawan-kawan ke Nagoya, Jepun.

SELAMAT MALAM BANGKOK!


14.5.2017 (Day 2)

OHAYO NAGOYA!

SELAMAT PAGI NAGOYA!

Alhamdulillah... selamat sampai kami semua di bumi matahari terbit ni lebih kurang pukul 8 pagi waktu Jepun (7 pagi waktu Malaysia) setelah 6 jam penerbangan dari Bangkok. Nama airport Nagoya ni ialah Chubu International Airport.... Nagoya ialah bandar dalam wilayah Aichi yang terletak dalam kawasan Chubu. Di airport kami semua dibekalkan dengan sarapan ringkas iaitu onigiri (bebola nasi Jepun), pisang dan teh hijau.

Makanan pertama Keklin di bumi Jepun

Biasa dengar perkataan Nagoya kan??? Memang tak asing lagi... Nagoya Textiles... kat sinilah asal-usulnya dimana bandar ini membangun disebabkan perindustrian tekstil satu ketika dahulu. Suhu hari ni tak sejuk sangat dan taklah panas sangat. Paling sejuk 15 C dan kalau panas pun sekitar 26 C.

Selesai semua urusan imigresen dan luggage, Keklin dan kawan-kawan naik bas yang disediakan dan bergerak ke arah utara menuju kawasan Toki (selatan wilayah Gifu) lebih kurang pukul 9.30 pagi. Di Toki ni ada outlet yang disediakan untuk membeli-belah. Perjalanan dari airport Nagoya ke Toki Premium Outlet mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Semasa kami menuju ke Toki, ada trak lain yang mengangkut luggage kami terus ke hotel di kawasan Gero.

Toki Premium Outlet

Setibanya di Toki Premium Outlet kami semua dilepaskan untuk aktiviti shopping di sini. Bukan semua orang shopping di sini... ada yang jalan-jalan dan ada juga yang duduk minum minum saja. Makan tengahari kami gunakan "meal allowance" yang telah diberikan oleh company sebelum kami berlepas. Meal allowance yang Keklin dapat ialah sebanyak 12000 yen (4 x 3000 yen) iaitu hampir RM500... jadilah kan? Syukur Alhamdulillah.....

Lebih kurang pukul 3.30 petang kami berkumpul semula dan menaiki bas menuju ke hotel pertama kami di Jepun yang terletak dalam wilayah Gifu. Hotel yang dimaksudkan ialah Gero Suimeikan yang tersenarai sebagai 3 resort air panas semulajadi (onsen) yang terbaik dan terkenal di Jepun. Gero Suimeikan terletak di tebing Sungai Hida.

Berendam dalam onsen ni adalah budaya masyarakat Jepun yang kononnya air panas ini akan membantu untuk mencantikkan kulit kita. Tempat onsen ni diasingkan untuk lelaki dan perempuan dan syaratnya ialah kena berendam tanpa seurat benang pun dan hanya dibekalkan dengan tuala kecil.... Oh... nampaknya tak sanggup untuk join.... haha....

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Kolam air panas di Gero Suimeikan

Setelah perjalanan lebih satu jam setengah, maka tibalah Keklin ke Gero Suimeikan ni. Dah dapat kunci bilik, memang tak sabar nak check in. Gero Suimeikan ni mengekalkan unsur tradisional Jepun dimana mereka membekalkan "Yukata" kepada setiap penghuni hotel untuk dipakai di sekitar kawasan hotel. Yukata ni dia lebih kurang macam Kimono tetapi lebih nipis dan sesuai dipakai ketika musim panas.

Living hall di bilik Keklin

Tempat tidur Keklin di Gero Suimeikan

Keklin kena pakai Yukata ni sepanjang berada di Gero Suimeikan

Seperti biasa... ada surprise di bilik hotel kami. Wah... memang best dapat surprise macam ni. Bila buka bungkusan tu, rupa-rupanya Protein Soya pelbagai perisa dari Jepun. Kat Malaysia hanya ada satu perisa jer... tu pun dah sedap. Tak sabar Keklin nak rasa semua perisa ni....

surprise from Shaklee

Protein soya pelbagai perisa

Lepas tu kami semua bersiap dengan pakai Yukata untuk attend dinner malam ni. Dinner malam ni dikenali sebagai Kaiseki dinner iaitu makan malam yang penuh seni dan tradisional terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang dihidangkan. Set untuk Kaiseki dinner ni memang mahal tak ingat... mujur ditaja.... Syukur Alhamdulillah....

Hidangan untuk kami semasa Kaiseki Dinner

Bagi can kat Keklin bergaya dengan Yukata iteww...

Kaiseki dinner selesai lebih kurang pukul 9 malam dan kami semua pulang ke bilik masing-masing untuk berehat.


OYASUMINASAI GERO!

SELAMAT MALAM GERO!



15.5.2017 (Day 3)

OHAYO GERO!

SELAMAT PAGI GERO!

Disebabkan waktu siang yang lebih panjang... Subuh kat sini pun lebih awal daripada biasa iaitu lebih kurang pukul 3.00 pagi... huhu.... Memang berat tetapi digagahi jua... terpaksa juga tidur semula selepas Subuh sebelum keluar untuk breakfast pukul 6.00 pagi.

Musafir dan solat berpisah tiada

Sarapan di hotel ialah makanan tradisi Jepun yang kebanyakannya ialah hidangan ikan dan buah-buahan. Suhu di kawasan Gero juga tak jauh beza dengan Nagoya iaitu antara 18 C hingga 26 C.

Oh ye... semalam masa mula-mula sampai hotel untuk check in, kami semua telah diberikan dengan yukata percuma dari Shaklee dan boleh bawak balik Malaysia. Yukata ni akan dipakai semasa di Takayama dan juga di Shirakawa.

Yukata percuma daripada pihak Shaklee

Selesai sarapan kami semua menaiki bas yang disediakan untuk ke destinasi berikutnya iaitu pekan Takayama. Takayama ialah sebuah pekan kecil yang juga terletak dalam wilayah Gifu. Dari hotel di Gero Onsen ke pekan Takayama ini hanya memakan masa selama 1 jam perjalanan saja.

Uniknya pekan ni sebab ada sebuah perkampungan yang mengekalkan ciri-ciri tradisional dan kat sini jugak boleh tengok ramai orang berjalan dengan memakai yukata atau kimono. Kat sini cuma ada lebih kurang 95,000 orang penduduk sahaja dan kebanyakannya ialah warga emas.

Beberapa orang gadis Melayu di kedai cenderamata di Takayama, Jepun

Pemandangan di bahagian luar rumah di pekan Takayama

Pekan tradisional ni jugak dikenali sebagai bandar lama Sannomachi. Selain tu terdapat juga pasar pagi kat sini yang dikenali sebagai Takayama Morning Market. Suhu kat sini juga lebih sejuk berbanding pekan Gero iaitu antara  15 C hingga 21 C.

Keklin dan bunga sakura
Suasana di pekan Takayama

Pada waktu tengahari kami berkumpul semula dan menaiki bas untuk ke destinasi berikutnya. Tempat seterusnya telah disenaraikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO iaitu Shirakawa Gasshoumura atau dikenali juga sebagai Shirakawa-go. Perjalanan dengan bas dari pekan Takayama ke Shirakawa (barat laut wilayah Gifu) hanya mengambil masa 1 jam sahaja.

Di Shirakawa-go kami masuk dalam rumah Wada iaitu salah seorang pemilik rumah yang unik ini dan pernah menjadi orang terkaya di kampung ini satu ketika dahulu. Rumah ini unik kerana dibina tanpa paku, bahagian bumbung yang besar tak sama macam perkampungan Jepun yang lain. Design rumah ini dikenali sebagai "gassho-zukuri" atau "minka".

Tiket masuk ke rumah Wada

Bumbung rumah di sini kelihatan macam buku yang diterbalikkan, dibina daripada jerami yang banyak dan diikat dengan kuat dan kukuh untuk menghadapi salji tebal. Jadi masa musim sejuk tak terlalu sejuk dan musim panas tak terlalu panas. Masa Keklin kat sini suhunya nyaman-nyaman je sama seperti di pekan Takayama iaitu antara 15 C hingga 21 C.

Suasana di Shirakawa-go

Bahagian hadapan rumah akan menghadap samada Utara atau Selatan untuk hadapi laluan angin. Nampak macam rumah 1 tingkat tapi sebenarnya 2 dan 3 tingkat. Kebanyakan daripada penduduk di sini mengusahakan benang sutera dari rumah, sebab tu semua rumah mempunyai mesin proses benang sutera.

Barang-barang lama di rumah Wada

Dulu rumah macam ni banyak tetapi dah kurang sebab rosak dan ada pemilik asal yang telah jualkan kepada orang luar. Untuk kekalkan tradisi rumah ni akhirnya kerajaan Jepun telah menyelamatkan perkampungan ini dengan mendaftarkannya di bawah UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Selesai berpusing-pusing di dalam dan luar rumah di perkampungan ini, Keklin dan kawan-kawan gigih panjat bukit berhampiran untuk bergambar dan tengok perkampungan ini dari view atas bukit yang cantik.


Keklin, kawan-kawan dan juga Mrs Presiden berlatarbelakangkan Shirakawa-go

Selesai bergambar kenangan di Shirakawa-go, kami tunaikan solat jamak di sini dan kembali ke bas untuk pulang ke hotel. Dari Shirakawa-go untuk ke hotel di Gero mengambil masa selama hampir 2 jam. Apa lagi... inilah masanya untuk melepaskan penat dan tidur di dalam bas.

Setelah tiba di hotel, kami terus ke dewan makan untuk makan malam gaya Kaiseki dinner. Oh ya... Kaiseki dinner yang kami nikmati selama 2 malam ni ada 14 course iaitu yang paling mahal dan bernilai... syukur Alhamdulillah.... Selesai makan malam, Keklin dan kawan-kawan kembali ke bilik untuk packing dan merehatkan diri. Perjalanan esok hari semestinya lebih mencabar.



OYASUMINASAI GERO!

SELAMAT MALAM GERO!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma *

Teruskan juga membaca :


Bercuti di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 2 

Bercuti di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 3 




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...