Tuesday, December 1, 2015

Pengalaman Bercuti Di Itali - Winter In Milan



Alhamdulillah.... tahun 2015 telah menjadikan negara Itali sebagai destinasi pilihan bagi Shaklee mengadakan incentive trip tahunan. Kalau tahun-tahun yang genap seperti tahun 2014 dan 2016, negara USA adalah destinasi wajib disebabkan persidangan antarabangsa yang diadakan 2 tahun sekali.

Baca : Summer in Long Beach/Los Angeles - Part 1

Trip 5 bintang yang diberikan percuma kepada mereka yang terpilih ini diadakan selama lebih kurang 9 hari iaitu dari 20 November 2015 sehingga 28 November 2015. Tempat yang menjadi pilihan pula ialah bandar Milan (Milano), Florence (Firenze) dan Rom (Roma) yang kaya dengan budaya dan sejarah.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali


20.11.2015 (Day 1)

Hari pertama ialah hari Jumaat... hari yang sangat sesuai kalau nak musafir.... Lepas solat Jumaat, terus bertolak ke stesen ERL Bandar Tasik Selatan. Isteri dan anak-anak tolong hantarkan sampai kat stesen ERL.

Bukan selalu naik ERL....

Sepatutnya kumpul kat KLIA pukul 5.30 pm... tapi memang niat nak datang awal, tengok kawan-kawan lain yang berlepas awal ke Itali. Kapal terbang Cathay Pacific terbang pukul 5.45 petang, kapal terbang Emirates Airlines berlepas pukul 7.20 malam dan aku pulak naik kapal terbang Singapore Airlines yang bertolak pukul 8.30 malam.

Ahli keluarga yang menghantar para peserta di KLIA


Jumlah peserta kali ini adalah lebih kurang 250 orang dari seluruh negara. Sebelum berlepas masing-masing dibekalkan dengan payung percuma disebabkan ada kemungkinan hujan renyai di Itali masa musim sejuk, jadual waktu solat di Itali dan juga duit poket 50 euro (kira-kira RM235.00) seorang.... jadilah.... Itu aje ke yang percuma??? Eh... taklah... sebelum tu lagi, kami dah dapat winter jacket dan luggage percuma dari Shaklee.

Payung yang unik....

Musafir... musafir jugak.... solat jangan lupa!

Kami tiba di Changi Airport lebih kurang pukul 9.30 malam. Next flight pergi ke Milan, Itali ialah pada pukul 2.20 pagi keesokan harinya. So, ada lebih kurang 5 jam transit di Singapura, kitorang dapat token sebanyak 20 Singapore Dollar (lebih kurang RM60)..... ihsan daripada Singapore Airlines untuk makan atau membeli-belah dalam Changi Airport.




Token ni ada due date daripada tarikh dikeluarkan, jadi bila-bila masa boleh pakai sebelum expiry date. Tapi lepas dah transfer dalam kad top up, token tu cuma boleh bertahan selama sebulan jer... So, kitorang pun makan malam kat Changi Airport. Cari punya cari... jumpa jugak akhirnya tempat makan yang sesuai.

Akak yang jaga nasi lemak ni macam Melayu keturunan Arab....

Nasi lemak ni berharga 10 Sing Dollar... fuhh!


SELAMAT MALAM SINGAPURA!


21.11.2015 (Day 2)

SELAMAT PAGI SINGAPURA!

Perjalanan dari Singapura ke Milan dijangka mengambil masa lebih kurang 13 jam. Kami dijangka tiba di Milan jam 8.30 pagi waktu Itali iaitu 3.30 petang waktu Malaysia.

13 jam perjalanan dari Singapura - Milan

Dalam kapal terbang, kami semua diberi makan sebanyak 2 kali. Makanan pun dah ditempah lebih awal. Bagi mereka yang biasa mengembara jauh naik kapal terbang mesti tahu pasal Muslim Meal yang boleh dipesan dengan mana-mana syarikat kapal terbang. Bukan sahaja Muslim Meal malah Vegetarian Meal pun ada.

Makanan pertama - 2 jam selepas penerbangan

Makanan kedua - 2 jam sebelum mendarat

Baca : Makanan Halal Dalam Kapal Terbang


SELAMAT DATANG ITALI.....


BUONGIORNO MILANO! SELAMAT PAGI MILAN!


First time menjejakkan kaki di bumi Eropah. Itali ialah negara pertama. Suhu masa ni paling sejuk 4 C dan kalau tinggi pun cuma 12 C. Itupun, dah cukup syarat untuk pakai winter jacket.

Hampir mendarat di Milan, Itali
Suasana di Milan Malpensa Airport

Sampai saja di airport Milan, kami terus pergi beli simkad Vodafone yang berharga 30 euro (kira-kira RM141.... fuhh...) untuk data 2G selama sebulan. Oklah...... kitorang kat Itali tak sampai 10 hari pun.... Kat Itali lain pulak caranya... hanya lepas 3 jam beli baru boleh tukar simkad. Risau jugak takut simkad takleh pakai.... tapi Alhamdulillah, simkad boleh pakai....

Kemudian kami semua naik bas yang disediakan menuju ke sebuah Villa yang telah dijadikan hotel untuk "welcome breakfast" kat sana. Menurut tour guide.... kat Itali ni banyak sangat Villa ataupun rumah besar yang telah dibina pada zaman dahulu oleh golongan bangsawan. Kebanyakannya dah dijadikan hotel atau pun restoran.

Villa Torretta, Milan
Antara menu sarapan di Villa Torretta

Selesai sarapan kami terus mulakan 'city tour' di sekitar bandar Milan. Tempat pertama yang dikunjungi ialah Castello Sforza iaitu sebuah istana lama yang pernah didiami oleh keluarga bangsawan Visconti. Istana lama ini juga telah beberapa kali dirobohkan dan dibina semula. Kini istana lama ini adalah antara kubu pertahanan terbesar di Eropah yang kaya dengan hasil seni.

Lakaran Istana Kuno Sforza pada abad ke-16

Bergambar kenangan di Castello Sforza, Milan pada abad ke-21

Tempat kedua yang dilawati ialah Gothic Duomo ataupun dikenali sebagai Milan Cathedral iaitu sebuah gereja kuno yang mengambil masa selama 600 tahun untuk disiapkan. Gereja ini ialah gereja ke-2 terbesar di Itali dan gereja ke-5 terbesar di dunia.

Gothic Duomo pada tahun 1745
Gothic Duomo, Milan pada tahun 2015

Tempat ke-3 yang dilawati ialah La Scala Opera House iaitu tempat penyanyi-penyanyi opera seluruh dunia datang berkunjung. Tempat ini juga sering dijadikan tempat lakonan beberapa buah filem yang melibatkan teater opera mega.

La Scala Opera House pada abad ke-19

Bergambar kenangan di hadapan La Scala Opera, Milan pada abad ke-21

Selesai city tour kami menuju ke tempat makan tengahari iaitu kedai makan Riad Yacout. Kat sini... memang tipikal makanan orang Arab Maghribi (Morocco) disediakan untuk kami semua.

Bergambar kenangan di Riad Yacout

BUONA SERA MILANO! SELAMAT PETANG MILAN!

Setelah selesai makan tengahari dan solat jamak dalam kedai Riad Yacout, kami terus pergi ke salah sebuah tempat shopping paling tua di dunia iaitu Gallerie Vittorio Emanuele, Milan.

Gallerie Vittorio Emanuele tahun 1880
Window shopping di Gallerie Vittorio Emanuele, Milan tahun 2015

Musim sejuk memang hari siangnya pendek. Kat Milan pun begitu, lebih kurang pukul 5.45 petang dah gelap dan nak masuk Maghrib. Jadi, kami pun kembali semula ke dalam bas dan menuju ke hotel untuk check in. Oh ye.... beg kami yang besar-besar tu semua dah dihantar lebih awal dari Airport Milan terus ke hotel.

Melia Milano Hotel di Milan
Di Milan, kami menginap di Melia Milano Hotel. Malam ni kami dinner di hotel. Seperti kebiasaan, tempat dinner kami dah diasingkan daripada non-halal punya menu di tempat lain. Bila tiba dalam bilik, kami pastikan everything is in order sebab besok pagi dah nak check out menuju ke bandar Florence pulak....

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali



BUONA NOTTE MILANO! SELAMAT MALAM MILAN!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :



Winter In Florence, Italy 

Winter In Rome, Italy - Part 1 


Winter In Rome, Italy - Part 2




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...