Friday, August 29, 2014

Summer in San Francisco - Part 1



19.8.2014 - Day 1

Ibu negara California ialah Sacramento, namun begitu Los Angeles adalah kota utama di selatan California manakala San Francisco adalah kota utama di utara California. California adalah sebuah negeri yang mempunyai pengaruh Hispanik dan Latin yang besar berbanding negeri lain di USA. Justeru tidak hairanlah bahasa Latin adalah bahasa kedua selepas bahasa Inggeris Amerika di California.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA



* California adalah 50km persegi kurang daripada kepulauan Sumatera Indonesia * 


* Penggunaan bahasa Latin yang meluas di California * 

Perjalanan dari Los Angeles ke San Francisco memakan masa lebih kurang 1 jam dengan menggunakan pesawat domestik Southwest Airlines. Kami semua agak terkejut kerana semua kakitangan pesawat domestik ini sangat sempoi perkhidmatan mereka, sehinggakan mereka berjenaka sesama sendiri termasuklah kapten pesawat dan anak kapal dengan menggunakan pembesar suara... Nasib baik satu jam perjalanan saja.... Fuhh..!


* Sangat colourful * 

Kami berasa sangat simpati dengan beberapa orang dalam delegasi kami kerana penerbangan mereka ke San Francisco telah dibatalkan dan digantikan dengan penerbangan lain yang lebih lewat. Tahniah juga kepada ejen pelancongan yang bijak mengendalikan keadaan dan menyusun semula tentatif lain khas kepada mereka ini yang tiba lewat di San Francisco.

Terkenal dengan hembusan angin yang dingin, San Francisco lebih sejuk daripada Los Angeles yang terik sinaran mataharinya sepanjang musim panas. Walaupun musim panas, suhu di San Francisco adalah 10 C hingga 19 C sahaja. Mengikut sejarah, budaya seperti liberal, hippies dan LGBT bermula di bumi San Francisco ini.


* Bendera "rainbow" golongan LGBT di kota San Francisco * 


Setibanya di San Francisco kami dihidangkan dengan makanan laut sebagai makanan tengah hari di salah sebuah Restoran Itali di Pier 39, Fisherman's Wharf. Berbanding dermaga yang lain, Pier 39 lebih menarik perhatian pelancong kerana di sini kita boleh saksikan anjing-anjing laut yang melepak dan bersantai di dermaga 39 ini.


* Fisherman's Wharf - Ikon San Francisco * 


* Dermaga 39 yang terkenal * 



* Anjing-anjing laut yang sedang bersantai di Pier 39 * 


* Ketam adalah hidangan utama di Swiss Louis Italian & Seafood Restaurant *

Selepas makan tengah hari kami menuju ke San Francisco City Hall untuk merakam gambar kenangan semata-mata.


* Dewan Bandaraya San Francisco * 

Kembara kami diteruskan ke Twin Peaks kerana di sinilah kita dapat melihat kota San Francisco yang terbentang indah. Dengan ketinggian mencapai hampir 1,000 kaki dari aras laut, angin bertiup agak kencang dan dingin.


* Twin Peaks - 925 kaki dari aras laut * 


* Kota San Francisco ibarat kek-kek yang dipotong * 

Sebelum malam menjelang kami bergegas ke Golden Gate Bridge iaitu sebuah tempat yang wajib pergi di San Francisco. Terdapat beberapa jambatan lain di San Francisco tetapi kerana warnanya yang merah keemasan, Golden Gate Bridge telah menarik perhatian jutaan pelancong. Selain itu, Golden Gate Bridge juga terkenal dengan fakta sejarahnya yang tersendiri.


* Golden Gate Bridge di jari anda * 

Setelah penat seharian berjalan, kami menuju ke Yemeni's Restaurant untuk hidangan makan malam.


* Yemeni's Restaurant * 


* Hidangan di Yemeni's Restaurant * 

Masa yang ditunggu-tunggu juga telah tiba apabila kami pulang ke hotel dan check in di San Francisco Marriott Marquis. Walaupun banyak destinasi dalam sehari, tetapi kami tidak merasakan kepenatan seperti di Los Angeles, besar kemungkinan adalah disebabkan oleh faktor cuaca yang lebih dingin di sini.




SELAMAT MALAM SAN FRANCISCO, CALIFORNIA!



20.8.2014 - Day 2

Hari kedua di San Francisco adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kami di sini khususnya kaum wanita. Hanya satu bas sahaja yang pergi ke muzium tempatan manakala rombongan yang lain menuju ke factory outlet iaitu di Gilroy Premium Outlets. Kalau kat Malaysia macam Johor Premium Outlets lah tapi tak aci lah kalau nak bandingkan kedua-duanya.... sangat berbeza.


* Gilroy Premium Outlets * 



* Outlet yang glamour * 

Antara banyak-banyak outlet, seperti yang dijangka outlet Coach yang telah diserbu oleh kami semua. Takdelah murah sangat tapi sekurang-kurangnya takdelah mahal sangat macam yang dijual di Malaysia. Selain tu, outlet yang jual perfume juga nampak meriah selain daripada outlet yang jual beg, maklumlah dah banyak barang tambahan yang dibeli kenalah beli beg baru.

Setelah seharian di sini, kami dikehendaki pulang lebih kurang pukul 4.00 petang kerana pada waktu malam terdapat Gala Dinner yang bertemakan Hollywood Night. Diadakan di Julia Morgan Ballroom, masing-masing yang bersemangat telah menggayakan diri dengan suit-suit tertentu selaras dengan tema yang ditetapkan. Bagi yang lain, cukuplah tuxedo atau suit biasa yang dikenakan.



* Julia Morgan Ballroom at 1st floor *

* Hollywood lah sangat * 


* The Spiderman made in Malaysia * 

Selesai acara ini masing-masing pulang ke hotel untuk berehat dan tidak sabar untuk menunggu hari terakhir besok sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA



SELAMAT MALAM SAN FRANCISCO, CALIFORNIA!



* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Summer in San Francisco - Part 2


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...