Wednesday, August 6, 2014

ProSante - Sains dan Alam Semulajadi Bekerjasama Menghalang Rambut Gugur



50% daripada lelaki mengalami masalah berkaitan penipisan rambut dalam hidup mereka, manakala 40% wanita juga akan mengalami tanda yang ketara masalah penipisan rambut pada umur 35 tahun. Rambut setiap orang juga akan mengalami kerosakkan akibat diet tidak baik, kurang nutrisi, proses kimia ke atas rambut dan juga stres. Shaklee ProSante memberi penyelesaian kepada kedua-dua masalah ini.




Ujian klinikal yang meluas telah menunjukkan sistem penjagaan rambut ProSante secara semulajadi mengurangkan kehilangan rambut sewaktu bersikat, meningkatkan ketebalan dan mengurangkan kerosakkan untuk semua jenis rambut. Shaklee ProSante juga membantu melembapkan rambut dan melawan kerosakkan.


Apabila diuji secara bebas mengikut piawaian klinikal, sistem penjagaan rambut ProSante membantu memperbaiki dengan ketara penampilan rambut yang rosak dengan ketara dalam masa hanya 30 hari dan menggalakkan serta meningkatkan penambahbaikan dengan penggunaan berterusan :-


# Kurang Keguguran Rambut Sewaktu Bersikat - Amaun rambut yang gugur dikurangkan sebanyak 65%

# Kurang Perpecahan - Jumlah rambut yang mengalami perpecahan dikurangkan sebanyak 73%

# Rambut Lebih Tebal - 61% subjek ujian mengalami rambut yang jelas kelihatan tebal

# Rambut Lebat - 55% pengguna menyatakan peningkatan yang ketara dalam jumlah rambut mereka




Shaklee ProSante juga dirumus daripada 10 vitamin, mineral dan herba untuk menyokong kulit kepala, tidak menanggalkan warna dan kelembapan rambut. Oleh itu rambut anda akan kelihatan hebat walau dimana jua anda berada tanpa terikat pada musim mahupun cuaca yang berbeza-beza.


Tahukah anda bahawa masalah rambut bermula dengan kulit kepala? Kesan biasa stres dalaman dan luaran mampu menutup atau menekan folikel (akar) rambut sehingga bebuli rambut mengalami fasa berehat lanjutan. Akhirnya, rambut akan menjadi halus, lemah dan sukar diurus :-


# Kerosakan akibat proses kimia dan mendandan. Bahan kimia dari pewarna, perm (pengkerinting) dan pelurus ditambah dengan haba dari alat pendandan akan menjadikan rambut rosak dan poros, pecah dan regang, kusam dan pincang.

# Serangan dari alam sekitar. Cuaca yang ekstrim, cahaya UV dari matahari dan cahaya dalaman dan pelbagai pencemaran udara dan air mampu menekan folikel (akar rambut) dan merosakkan rambut, menjadikannya lemah dan mudah pecah.

# Stres Fizikal. Stres Fizikal seharian akan menyebabkan folikel rambut kekurangan zat dan "letih", menjurus kepada semakin banyak rambut yang "berehat" dan rambut yang kurus, nipis dan rapuh.

# Kerosakan Oksidatif. Jika tidak dibendung, radikal bebas akan memulakan pelbagai kerosakkan, ketidakselesaan dan kurang cantik, gatal-gatal atau minyak berlebihan.


Tahukah anda bahawa untuk sesuatu produk penjagaan diri adalah sama pentingnya mengetahui apa yang TIADA dalam produk itu dengan mengetahui apa yang ADA? Oleh itu, apa yang TIADA dan apa yang ADA dalam Shaklee ProSante adalah seperti berikut :-


* Tiada Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Natrium Laureth Sulfat (SLES)
* Tiada Cocamide DEA atau Lauramide DEA
* Selamat untuk semua jenis rambut, walaupun diwarna atau dirawat kimia
* Keseimbangan pH
* Tiada minyak yang menyebabkan tersumbat
* Tiada Propilen Glikol
* Tiada Quartenium 15
* Tiada bahan pengawet "Penderma Formaldehyde" (seperti Imidazolidinyl Urea atau Diazolidinyl Urea)
* Tiada warna atau bahan pewarna
* Tidak mengeringkan, tidak menanggalkan
* Diuji oleh ahli dermatologi
* Diuji secara klinikal
* Tidak menyebabkan folikel rambut tersumbat
* Tidak diuji ke atas haiwan



Nourishing Scalp Treatment - Memperkenalkan ramuan eksklusif secara semulajadi Shaklee Scalp Health Complex, gabungan 10 vitamin, mineral dan herba yang menyuburkan kulit kepala dan rambut.

ProSante Nourishing Scalp Treatment menormalkan kulit kepala untuk menyediakan persekitaran untuk rambut yang lebat dan sihat. Manfaat perlindungan bertenaga Shaklee Scalp Health Complex - disampaikan dalam bentuk lembut dan rawatan intensif - akan mempertingkatkan sinaran, warna, ketebalan dan tekstur rambut dari semasa ke semasa.

Apabila terlalu banyak folikel rambut "berehat", penghasilan rambut baru dikurangkan. Rambut yang masih anda miliki tertakluk kepada kerosakan seterusnya oleh serangan persekitaran. Ini menjadikannya nampak nipis dan pincang, merasa rapuh dan lemah dan berkeadaan teruk. Rambut anda juga terdedah kepada kerosakan akibat kimia untuk mewarna, mengkerinting dan meluruskannya.

Nourishing Scalp Treatment merawat ke pangkal masalah dengan serum derma-available yang merangsang peredaran, melindungi dari serangan persekitaran dan menyediakan ramuan yang menyuburkan kulit kepala.





Revitalizing Shampoo - Untuk Membersih dan Memulihkan Lantunan dan Sinaran Muda

Mengandungi sistem pembersihan yang patent-pending. Diformulasikan dengan humectants dan protein berasas sayuran untuk kutikel rambut yang licin.

Mengimbangi kulit kepala dan menyemai rambut dengan humectant, membantu mengurangkan kusut dan mengekalkan imbangan kelembapan dan kilauan.

Setiap kegunaan membuat rambut nampak dan rasa :-

* Bersih - Menanggalkan minyak berlebihan, kotoran dan produk dandanan

* Kuat - Tidak menanggalkan kelembapan penting, jadi kutikel rambut sentiasa licin dan tahan dari rosak, walaupun dalam keadaan basah

* Lantunan - Anti-statik dan tidak mengering jadi rambut mengekalkan flex dan daya tahan semulajadi

* Menyegarkan - Menampilkan Scalp Health Complex untuk menenangkan dan melembapkan, membuat kulit kepala rasa selesa dan bertenaga





Purifying Shampoo - Untuk Pembersihan Secara Mendalam Di Samping Melindungi Kelembapan Asli.

Membersih dengan lengkap, mendalam untuk menghapuskan kotoran dan pembentukan minyak tanpa menanggalkan rambut atau kulit kepala atau melunturkan warna rambut. Setiap kegunaan akan membuat rambut :-

* Jelas - Membebaskan rambut dari sebum yang terkumpul, pencemar persekitaran dan timbunan produk dandanan. Mengembalikan sinaran dan menyerlahkan tekstur asli rambut

* Volume - Keseimbangan pH untuk melindungi kutikel rambut dan menjamin dan menyerlahkan rambut berkilau

* De-Stressed - Menangani cabaran alam sekitar dengan melindungi kelembapan dan imbangan lipid

* Bebas Dari Mengelupas - Menampilkan Scalp Health Complex untuk mengurangkan rambut kelihatan berminyak dan kelemumur dan membantu menyokong imbangan mikroflora kulit kepala.





Lightweight Conditioner - Untuk Memulihkan Tekstur Dan Kekuatan Dan Membantu Mencapai Volume Dan Kondisi Optimum

Menampilkan Scalp Health Complex, menyerap kutikel rambut untuk mengekalkan imbangan pH dan hidrasi kulit kepala.

Ramuan bersumberkan tumbuhan membantu memberi volume dan penstrukturan semula permukaan bilah rambut supaya ianya kelihatan dan rasa :-

* Ringan - Menyuburkan dan melindungi rambut tanpa memberatkannya supaya ianya boleh diguna setiap hari.

* Bebas Kusut - Pelembap ringan melicin dan mengasingkan rambut, supaya sikat anda bergerak dengan mudah, dalam keadaan basah atau kering

* Mudah Diurus - Agen kondisioner semulajadi melembutkan rambut dan menghapuskan statik untuk pengendalian mudah dan penggayaan

* Volume - Meningkatkan kekuatan rambut dan kilat dan membantu menebalkan rambut halus untuk lebih body dan lantunan




Replenishing Conditioner - Untuk Melembap Dan Mengisi Setiap Helai Rambut

Formula intensif kondisioner untuk semua jenis rambut yang meningkatkan kesihatan rambut dan penawar bagi rambut kering, rapuh, bertekstur dan dirawat kimia.

Emolien pekat dan elemen struktur asli meresap ke dalam rambut yang kering, terlebih proses untuk membina semula keanjalan dan kekuatan. Humectant asli mengikat dan mengekalkan kelembapan untuk memulihkan kilauan dan fleksibiliti.

Gunakannya sekali atau 2 kali smeinggu untuk :-

* Berkilat - Pelincir semulajadi dan ekstrak herba menambah kelembapan dan melicinkan permukaan rambut untuk lebih kilat. Menghasilkan rambut yang lembut dengan rasa seperti sutera luar biasa.

* Dipulihkan - Scalp Health Complex membantu menormalkan dan melembapkan kulit kepala dan rambut yang diproses secara kimia dan dikasari.

* De-frizzed - Humectant dan protein asli membantu membina semula kerosakan kepada bilah rambut, untuk melembut dan meningkatkan tekstur rambut.

* Berdaya Tahan - Ramuan penguat semulajadi menambah body, fleksibiliti dan pengurusan rambut.




Long Lasting Finishing Spray - Pegangan Sederhana Yang Melindungi Rambut Dari Kerosakan UV.

Finishing Spray menyalut rambut dengan semburan halus, membantu memegang rambut dan menghalang kelembapan yang merosakkan gaya. Tambahan pula antioksidan dan perlindungan UV melindungi dari kerosakan akibat sinar suria dan pencemar persekitaran.

Pam semburan bukan aerosol menyediakan kawalan aplikasi serta merta untuk rasa penamat yang fleksibel. Ia juga menyediakan penggayaan serba boleh dan kawalan.

Sesuai untuk semua jenis rambut, Finishing Spray dengan semburan halus untuk mengekalkan :-

* Sinar - Membantu semua jenis dan gaya rambut, mengekalkan kilauan yang nampak sihat sepanjang hari

* Kelembutan - Rambut terasa hebat dengan tambahan body

* Boleh Diberus - Tidak merosakkan permukaan gaya anda, jadi anda boleh memberus semula dengan berus atau dengan jari untuk kawalan sederhana

* Tidak Mengerbang - Formula tidak kering membuat rambut lembut dan terurus. Memberi rambut lurus, kemasan yang licin berkilat dan membantu mengurangkan frizz pada rambut kerinting


Setelah mengenali Shaklee ProSante dengan lebih dekat lagi, adalah jelas bahawa ProSante adalah sentiasa selamat digunakan dan berkesan kepada pengguna seperti anda. Penggunaan yang sempurna akan menghasilkan kepuasan dan hasil yang optimum. Adalah dicadangkan agar Shaklee ProSante dipakai seperti berikut :-




Seperti biasa, terdapat perbezaan di antara Shaklee ProSante dengan produk penjagaan rambut lain yang berada di pasaran. Pilihan adalah di tangan anda!




Dapatkan segera Shaklee ProSante anda yang membantu memelihara dan menjaga rambut anda daripada rosak dan gugur!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...