Sunday, August 3, 2014

Bienvenida David Ospina! Welcome Calum Chambers!


Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin...


Lama tak buat entry, sibuk sangat berhari raya... Apa-apa pun tahniah buat Arsenal yang telah berjaya mengikat penjaga gol dari Colombia berusia 25 tahun, David Ospina dari kelab Nice di Liga Perancis. Semoga dengan kehadirannya dalam skuad Arsenal akan membuatkan persaingan yang sihat dengan penjaga gol utama setakat ini dari Poland yang berusia 24 tahun, Wojciech Szczesny


* David Ospina *


Hadir sebagai peganti kepada Lukasz Fabianski yang berhijrah ke Swansea City, David Ospina akan membuktikan kepada Arsenal bahawa dia boleh menjadi penjaga gol utama Arsenal dalam tempoh yang singkat dan bukan hanya sebagai penjaga gol kedua di belakang Wojciech Szczesny.


Beberapa hari kemudian, Arsenal telah mengesahkan pembelian kapten England bawah 19 tahun dari Southampton iaitu Calum Chambers. Tanda tanya menyelubungi kem Arsenal kerana Calum Chambers bermain di posisi yang sama dengan Mathieu Debuchy iaitu di bahagian bek kanan.


* Calum Chambers *


Walaubagaimanapun, Calum Chambers lebih versatile kerana dia boleh bermain di posisi pertahanan tengah, tengah bertahan mahupun di bahagian tengah. Sejurus selepas itu Arsenal telah melepaskan Carl Jenkinson secara pinjaman kepada West Ham United dengan pilihan untuk kekal terus di West Ham kerana masa hadapannya yang masih belum jelas dengan Arsenal. Kemungkinan besar juga pemain Sepanyol berusia 19 tahun, Hector Bellerin akan dilatih untuk bermain di sayap kanan dan bukan lagi sebagai pertahanan kanan.


Selamat Datang David Ospina dan Calum Chambers ke Arsenal!






No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...