Monday, August 11, 2014

Arsenal 3 Manchester City 0


Beberapa minit lalu wisel akhir telah ditiupkan oleh pengadil menandakan berakhirnya Community Shield yang telah dimenangi oleh Arsenal. Community Shield diadakan sebagai perlawanan pembuka tirai di antara juara liga musim lalu iaitu Manchester City dan juga Arsenal sebagai juara piala FA.

Kemenangan 3-0 hasil jaringan Cazorla, Ramsey dan jaringan cantik daripada Giroud telah memberikan Arsenal trofi pertama musin ini walaupun ini bukanlah trofi yang menjadi rebutan. Kedua-dua pasukan tidak menurunkan pasukan terkuat mereka dan bermain agak berhati-hati.

Tidak banyak yang perlu diperkatakan dari segi mutu permainan Arsenal melainkan kemasukan Nacho Monreal pada sepatuh masa kedua menggantikan Laurent Koscielny sebagai pertahanan tengah. Jika pada musim-musim sebelum ini pakcik Wenger gemar menggunakan Monreal sebagai sayap kiri. Akan tetapi, pada musim ini dilihat Monreal mungkin dibiasakan dengan posisi barunya.

Dengan pengesahan bahawa Thomas Vermaelen telah berhijrah ke Barcelona, peranan baru yang diberikan kepada Monreal diharap dapat membantu skuad dalam kes-kes kecemasan memandangkan pencarian pertahanan tengah yang baru samada Matija Nastasic, Daniel Agger dan Matt Hummels masih menemui jalan buntu.

Pun begitu, ketika Arsenal diserang balas dilihat posisi tengah bertahan yang dikemudi oleh Mikel Arteta agak lambat untuk turun ke belakang untuk membantu bahagian pertahanan sehingga menyebabkan pakcik Wenger memasukkan Mathieu Flamini yang menggantikan Jack Wilshere untuk membantu Arteta ketika bertahan.

Adakah pemburuan Arsenal untuk posisi tengah bertahan untuk permain seperti Sami Khedira dan William Carvalho telah pun berakhir? Pemain seperti Calum Chambers juga dikatakan mampu mengisi kekosongan di situ di waktu-waktu kecemasan.


* Winner 2013 * 


* Winner 2014 * 

Semoga persembahan Arsenal musim ini tidak akan jatuh merudum sepertimana persembahan juara 'talam' komuniti tahun lepas.

Akhir sekali tahniah Arsenal atas kemenangan ini. COYG!







No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...