Friday, March 30, 2018

Meal Shakes - Makanan Lazat Di Mana-Mana Sahaja



Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja *



Keistimewaan Shaklee

Sumber yang baik bagi serat dan protein. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, membekalkan asid amino yang diperlukan untuk penghasilan protein.

Kaya dengan kalsium dan zink. Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Zink memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan

#11001 | 544 gram | 16 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk minuman yang berkrim, rendah lemak dan berkhasiat, campurkan 1/4 cawan (34g) serbuk dengan 1 cawan (237ml) air sejuk atau susu rendah lemak.

Untuk minuman yang lebih pekat dan berbuih, campur 1/3 cawan (45g) serbuk dengan 1 cawan (237ml) susu penuh dan beberapa ketul kiub ais di dalam pengisar.

Kandungan nutrisi dalam Meal Shakes Shaklee


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Saturday, March 17, 2018

Pengalaman Uji Bakat Suara Upin & Ipin



Dapat lah jugak merasa temankan anak-anak untuk pergi ujibakat suara Upin & Ipin. Selama ni tengok kat TV je Upin & Ipin... lepas tu budak-budak ni bukak youtube tengok siapa pemilik suara kartun yang terkenal ni... hehe.. Sebagai ibu bapa... kita lebih tahu dan kenal tahap mana kemampuan anak kita dalam apa jua perkara... tapi yang penting pengalaman tu mahal.. betul tak?!

Nampak iklan kat FB berkenaan ujibakat suara ni... macam best je... kena try ni... why not? Tapi syaratnya ialah umur 7 hingga 9 tahun sahaja... nampaknya Hannah sorang je yang boleh. Tarikh ujibakat 25 Februari 2018... tapi skrip untuk peserta berlatih release di FB pada 24 Februari 2018 lebih kurang 10 malam... bagus jugak macam ni... takdelah semua peserta beriya praktis

Gigih jugak awal pagi gerak dari Cheras ke Shah Alam... jauh perjalanan luas pengalaman katanya.... hehe... Sampai di pejabat Les Copaque, kami terus breakfast di kedai berhampiran... Eksaited ler budak-budak nampak bangunan Upin & Ipin depan mata

Bergambar kenangan di hadapan bangunan Les Copaque Production Sdn Bhd

Lepas breakfast pergi ke tempat pendaftaran... antara yang terawal jugak sampai sebab dapat no 14 dan 15. Nak cuba daftarkan kakak jugak walaupun terlebih umur... dengan alasan kakak lahir bulan Disember... namun apakan daya... misi tak berjaya... macam sedih je kakak tapi dia ok...

Hannah konpem lepas sebab umurnya 8 tahun... Hasya pulak umur 6 tahun... cuba daftarkan dia tapi tak boleh... kakak bahagian pendaftaran cakap budak-budak kena pandai baca... dia tanya Hasya... adik pandai baca??? Terus Hasya angguk kepala dengan sebanyak-banyaknya... haha... Akhirnya berjaya daftarkan Hasya...

Hannah dan Hasya bersiap sedia untuk diujibakat
Ramai orang kat ruang menunggu... peserta yang dah nak sampai nombor gilirannya akan duduk di tempat yang disediakan... Kat dinding pun ada tampal skrip ayat...kalau ada orang yang masih nak berlatih. Boleh nampak lah ada parent yang terlalu bersungguh-sungguh latih anak mereka untuk berjaya ujibakat ni dan ada yang biasa-biasa je... dapat Alhamdulillah... tak dapat its ok dan move on... hehe...




Sambil menunggu sempat jugak borak dengan sorang brader yang dah kerja dengan Les Copaque selama 12 tahun... Ujibakat suara sebelum ni dia kata 3-4 tahun yang lepas... masa tu tak buat had umur... dari pagi sampai malam baru habis ujibakat. Tahun ni buat had umur... barulah tak ramai sangat orang.... dalam pukul 3 petang boleh habis dia kata..

Hanya 2 orang je boleh masuk ke dalam untuk tengok anak ujibakat sebab ruang agak kecil. Gilir-gilir masuk tengok Hannah dan Hasya beraksi. Hmmm.... keras dan kaku pulak diorang bila kena suruh buat suara watak-watak... Adoyaiii... takpelah bukan rezeki korang kat sini anak-anak... Selesai ujibakat suara diorang cakap peserta yang berjaya akan dihubungi melalui telefon... hehe




Terus bergerak ke sekolah si abang di Cheras sebab ada mesyuarat Agong PIBG... Dalam kereta tak sudah sudah diorang ni tak puas hati... ingatkan tak puas hati sebab apa, rupa-rupanya ada budak perempuan Cina yang dah besar... mungkin umur 12 atau 13 tahun... datang ujibakat untuk buat suara Mei Mei... cuba untuk justifikasikan konsep "general rule" dan "exception"... ialah mungkin tak ramai boleh buat suara Mei Mei... dan maybe jugak diorang ni jemputan khas... tetapi tetap tak berjaya untuk yakinkan diorang... haha... budak-budak kan?

Oh ye... kepada yang berjaya pada ujibakat suara ni tahniah ye kami semua ucapkan! Jumpa lagi kita untuk bercerita pengalaman yang lain....




Monday, March 5, 2018

Vita-Lea For Children - Multivitamin Kanak-Kanak Yang Enak



Kesihatan Kanak-Kanak - serlahkan potensi si manja anda

Apapun si manja lakukan, yakinlah bahawa Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar



Si manja anda yang sedang membesar memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kesihatan dan tumbesaran optimum mereka tetapi kebanyakan kanak-kanak sangat memilih makanan. Usah risau, Vita-lea for Children dicipta khas dengan mikronutrien berspektrum luas untuk memenuhi keperluan nutrisi si manja anda *

Keistimewaan Shaklee

Vita-Lea for Children dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral yang komprehensif

Setiap hidangan menyediakan 100% Nilai Harian kesemua lapan vitamin B, serta vitamin C, D dan E, yang memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat

Tanpa tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan, dan ia dimaniskan secara semulajadi menggunakan xylitol yang tidak menggalakkan kerosakan gigi

Bebas gluten dan berperisa anggur lazat yang pasti digemari oleh si manja

MAL13115143NC
#11005 | 60 tablet | 30 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk kanak-kanak 4 hingga 12 tahun. Ambil 2 tablet sekali sehari selepas makan

Kandungan nutrisi dalam Vita-Lea For Children

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0589/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...