Tuesday, February 13, 2018

Pengalaman Anak Masuk Asrama Sekolah Menengah - SMISTA Cheras



Begitulah sekarang... nak masuk beberapa sekolah asrama terpilih kena interview dulu... Setahun sebelum ni nampak status kawan-kawan yang ada anak masuk Form 1... bawa anak mereka interview ke sana sini untuk masuk sekolah asrama... So minda dah prepare nak hadapi perkara begini... hehe....

Pengalaman yang nak diceritakan ni ialah temankan anak interview di SMISTA Cheras sampai daftar masuk asrama... Walaupun lebih 2 bulan berlalu... tapi masih segar dalam ingatan... eceh... Lokasi sekolah ni di belakang Masjid Saidina Usman bin Affan, Bandar Tun Razak. SMISTA ni maksudnya Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Al-Quran. SMISTA ni adalah milik MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) mula beroperasi pada tahun 2011 dan sejak 2014 telah diletakkan di bawah KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)



Tahun lepas result UPSR keluar pada minggu ke-3 bulan November, masa ni permohonan kemasukan secara online di maiwp.gov.my dah dibuka untuk seminggu. Apa yang best kat sini ialah prosesnya pantas... hanya mengambil masa beberapa hari selepas permohonan ditutup pada 28/11/2017, senarai layak temuduga dapat tahu pada 1/12/2017, hari temuduga pada 3/12/2017, dapat tahu layak masuk pada 18/12/2017... dan kemudiannya dah boleh ambil surat tawaran masuk sekolah di pejabat...


Sumber : MAIWP

Syarat Permohonan Masuk

1. Keutamaan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan dan 10% dibuka kepada anak-anak kelahiran negeri lain

2. Keputusan UPSR/UPSRA/PSRA yang cemerlang. Kelonggaran syarat untuk anak asnaf

3. Ada basic tilawah dan hafazan

4. Aktif dalam ko-kurikulum

Tambahan : Pastikan anak-anak yang berminat belajar di sini bukannya atas kehendak parents... sebab anak-anak yang akan menghafaz al-Quran

Baca : KAMIL Peringkat Zon Langat 2016

Baca : KAMIL Peringkat Daerah Hulu Langat 2016


Antara tips yang kita kena sedia masa ni ialah nak mencari orang yang akan sahkan dokumen dan sijil... Sebaik-baiknya guru besar sekolah atau guru penolong kanan... Bila tak kena masanya, mungkin diorang akan pergi bercuti dengan keluarga masing-masing... Alternatif lain ialah kena sahkan dokumen dengan Ketua Kampung atau Nazir Masjid

Selesai semua urusan pendaftaran online... Alhamdulillah pada 1/12/2017 dapat tahu yang Adam layak dipanggil untuk temuduga. Daripada 1000+ yang memohon hanya 500 orang dipanggil temuduga... dan 90 orang sahaja akan diterima masuk ke SMISTA Cheras

Interview ditetapkan pada hari Ahad 3/12/2017 iaitu sehari sebelum interview di MRSM Ulul Albab, Sg Besar. Selain sekolah SAM10 (disebut SAMTEN iaitu Sekolah Agama Menengah Batu 10 Cheras) memang mohon masuk ke 2 sekolah ni je... tak larat nak pening mohon banyak sekolah... hehe... Lagipun SBP (Sekolah Berasrama Penuh) memang tak layak mohon sebab Adam sekolah rendah jenis persendirian dan bukan bawah Kementerian

Adam diletakkan dalam sesi interview pertama iaitu pukul 8.00 pagi... dan sebahagian pelajar lain pula ialah pada sesi interview kedua iaitu pukul 11.00 pagi. Awal pagi dah bertolak dari rumah... tak jauh pun cuma 20 minit perjalanan je... hehe... Lepas parking di masjid terus hantar Adam untuk beratur tunggu giliran interview. Sambil tu beli sikit sarapan yang dijual oleh penjaja di sekolah untuk alas perut kami semua

Tips Temuduga

1. Sediakan semua sijil original yang berkaitan. Susun elok-elok dalam fail. Bawa al-Quran. Pastikan anak pakai baju dengan kemas

2. Datang awal supaya anak boleh menjalani temuduga dengan tenang

3. Ujian menulis perkataan Bahasa Melayu ke Jawi

4. Ujian hafazan. Anak akan diberikan 1 muka surat ayat al-Quran untuk dihafal dalam tempoh 30 minit. Sebaik-baiknya hafal dalam 7-8 ayat

5. Panel penemuduga akan bertanya soalah berkaitan tajwid... sekiranya pandai mengaji dengan tajwid yang betul, dan bacaan yang merdu adalah satu bonus

6. Sesi interview yang santai, minta izin duduk, tunjuk kesungguhan untuk belajar di SMISTA

7. Doa dan tawakal

Sementara tunggu Adam selesai interview kami semua iktikaf di masjid... dan begitu juga dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, selesai sudah Adam punya proses interview dan kami terus pulang ke rumah sebelum bersiap-siap untuk ke Tg Karang pulak

Baca : Pengalaman Bercuti Di Tg Karang, Selangor

Sejurus selepas selesai interview

Antara nama-nama besar yang datang interview masa ni ialah Juara Qari Junior 2017, adik Mohd Haikal Firdaus dan juga Naib Juara Qari Junior 2016, adik Sofea Humairah

Adik Haikal Firdaus
Adik Sofea Humairah

2 minggu berlalu dan keputusan kemasukan ke SMISTA pun telah diumumkan.. Alhamdulillah Adam  termasuk di kalangan 90 orang yang berjaya masuk ke SMISTA. Keesokan harinya kami ke sekolah untuk ambil surat tawaran masuk sekolah di pejabat. Pelajar baru dikehendaki daftar masuk ke sekolah dan asrama pada 31/12/2017.

Adam ambil surat tawaran masuk sekolah

Tak sampai 2 minggu masa yang ada... masa ni lah macam-macam persiapan dibuat khususnya mencari dan membeli keperluan dan kelengkapan masuk asrama. Dari segi mental.. Insya Allah... Adam dah ready sebab dari kecil lagi anak-anak dah dibiasakan dengan hidup berdikari dan belajar buat kerja-kerja dalam rumah sedikit demi sedikit... Kami pun pernah hantar anak-anak ke program yang bermalam walaupun diorang masih kecil

Baca : Program Summer Camp Super Muslim III

Baca : Program Kem Funzania

Baca : Program Cuti Sekolah Di Sawah Padi Dan Ladang Kelapa Sawit


31/12/2017 pun tiba... awal bagi dah bertolak ke SMISTA Cheras. Lepas parking di masjid kami ke pondok waqaf berhampiran untuk "berkelah" dan bersarapan di situ



Selepas sarapan, kami ke kantin sekolah untuk sesi pendaftaran... Selesai pendaftaran kami ke dataran sekolah untuk sesi bertemu dengan pengetua dan barisan pentadbir sekolah

Semangat menunggu giliran untuk pendaftaran... masa ni belum ramai orang
Terserempak dengan Dato Mufti Wilayah dalam lif asrama...
anak beliau juga di SMISTA Cheras... Masya Allah

Lebih kurang jam 11.00 pagi barulah kami ke asrama untuk check in. Asrama SMISTA berkongsi dengan pelajar SMA (Sekolah Menengah Agama) MAIWP iaitu di bangunan MAIWP, Bandar Sri Permaisuri Cheras. Di asrama lelaki Baitul Mujahidin, pelajar SMISTA di Tingkat 7, 8 dan 9 manakala Tingkat 6 sampai bawah ialah untuk pelajar SMA. Adam dapat bilik di Tantawi 7 Tingkat 9 atas sekali... hehe

Setiap hari pelajar SMISTA akan ke sekolah menaiki bas yang disediakan pada awal pagi dan akan pulang semula ke asrama selepas habis kelas lebih kurang jam 4.00 petang

Di depan pintu masuk asrama
View dari bilik Adam di Tingkat 9... boleh nampak ERL dan LRT

Locker yang dah dikemaskan
Cadar, sarung bantal kaler merah... selimut kaler purple... rare!

Syukurlah nak... kat asrama pun ada mesin basuh

Lepas kemas locker, susun barang, pasang cadar dan sarung bantal... kami semua makan tengahari di luar... budak baru asrama request makan KFC... ok layan jer lah... hehe

Menikmati KFC... yummeh..

Lepas makan balik rumah sekejap... dan lepas Asar kembali ke asrama untuk hantar Adam. Difahamkan program orientasi di SMISTA Cheras adalah selama 2 minggu... lepas habis orientasi baru boleh balik rumah. Di SMISTA Cheras... pelajar Form 1 dan Form 2 boleh balik ke rumah dengan kerap. Tapi bermula Form 3 mereka dah jarang balik dan kena fokus pada pelajaran dengan pelbagai aktiviti yang disediakan

Begitulah serba sedikit pengalaman anak masuk asrama Form 1... jakun sikit... bagi can lah ye.... haha... Insya Allah... masa anak-anak yang lain masuk Form 1 dah kurang jakunnya...

Oh ye... bagi yang berminat untuk daftarkan anak ke SMISTA Cheras... diharap pengalaman dan tips ini sedikit sebanyak membantu dan jangan lupa untuk like dan follow FB Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Al-Quran MAIWP



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...