Tuesday, September 13, 2016

Suku Akhir Piala AFC 2016 - Tugas Sukar JDT Mempertahankan Kejuaraan



Pada 26 Mei 2016 telah selesai peringkat kalah mati Piala AFC 2016 dan 8 pasukan ke suku akhir telahpun diketahui

4 pasukan dari Asia Barat yang layak ialah Al-Muharraq (Bahrain), Al-Quwa Al-Jawiya (Iraq), Al-Ahed (Lubnan) dan Al-Jaish (Syria) manakala 4 pasukan dari Asia Timur yang layak ialah South China (Hong Kong), Bengaluru FC (India), Tampines Rovers (Singapura) dan juara bertahan JDT (Malaysia)


Asia Barat

Al-Muharraq (Bahrain)

Ini adalah penampilan kali ke-5 juara Liga Bahrain ini dalam kempen Piala AFC. Ismail Abdul Latif kekal sebagai penyerang berbisa Al-Muharraq dan juga skuad kebangsaan Bahrain. Penyerang import Sweden keturunan Bosnia, Admir Catovic telahpun kembali ke Sweden bersama dengan kelab Degerfors IF.

Ismail Abdul Latif berentap dengan Ashkan Dejagah dari Iran

Namun, Al-Muharraq masih lagi boleh bergantung kepada pemain sayap dari Brazil, Elias de Oliveira Rosa juga dikenali sebagai Kanu. Al-Muharraq juga telah berjaya mendapatkan pemain berprofil tinggi iaitu Vitor Saba yang berpengalaman luas bermain di Liga Itali.

Di peringkat kalah mati, Al-Muharraq tiada masalah untuk ketepikan juara Piala FA Jordan, Al-Faisaly dengan jaringan 1-0. Di suku akhir, Al-Muharraq akan menanti cabaran juara Liga Lubnan iaitu Al-Ahed

Al-Quwa Al-Jawiya (Iraq)

Ini adalah penampilan kali pertama Al-Quwa Al-Jawiya ataupun dikenali "Air Force", sebuah kelab dari Iraq yang merupakan naib juara Liga Iraq musim 2014-2015. Penyerang utama mereka iaitu Hammadi Ahmad adalah penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan 12 gol.

Hammadi Ahmad berentap dengan Yuto Nagatomo dari Jepun

Selain daripada dibelasah Al-Wahda (Syria) dengan jaringan 5-2 di peringkat kumpulan, Al-Quwa Al-Jawiya mempersembahkan pertahanan yang mantap yang diketuai pertahanan berpengalaman dari Cameroon, Jean-Paul Ndjoumeck Ndeki. Seorang lagi pemain import mereka ialah pemain tengah dari Ghana, Akwetey Mensah.

Di peringkat kalah mati Al-Quwa Al-Jawiya menewaskan juara Liga Jordan, Al-Wehdat dengan jaringan 2-1. Pada peringkat suku akhir pula, Al-Quwa Al-Jawiya telah diundi menentang juara Liga Syria, Al-Jaish.

Al-Ahed (Lubnan)

Ini adalah penampilan kali ke-7 juara Liga Lubnan musim 2014-2015. Penyerang dari Senegal, Mouhamadou Drame adalah penjaring terbanyak mereka dalam kejohanan ini. Tidak dilupakan juga bekas pemain import Terengganu, Hassan Chaito adalah penggerak bahagian tengah Al-Ahed.

Hassan Chaito ketika bersama pasukan Terengganu

Di peringkat kalah mati, Al-Ahed membelasah juara Piala Syria, Al-Wahda dengan jaringan 4-0. Di suku akhir nanti, Al-Ahed dijadualkan bertemu Al-Muharraq yang merupakan juara Liga Bahrain

Al-Jaish (Syria)

Juara Liga Syria ini membuat penampilan kali ke-6 dalam kempen Piala AFC ini. Al-Jaish mengharapkan Mohammad Hamadko sebagai penggempur utama selain daripada pemain Rusia keturunan Syria, Basel Mansur Abdoulfattakh yang beraksi di bahagian pertahanan.

Basel Abdoulfattakh pernah beraksi untuk pasukan Zenit St Petersburg di Rusia

Di peringkat kalah mati, Al-Jaish mengejutkan juara Liga Iraq iaitu Naft al-Wasat dengan jaringan 0-1. Perlawanan ini telah diadakan di Tehran, Iran sebagai gelanggang berkecuali akibat pergolakan yang berlaku di Iraq dan Syria.

Di suku akhir nanti, Al-Jaish akan berhadapan dengan cabaran pasukan dari Iraq juga iaitu naib juara Liga Iraq, Al-Quwa Al-Jawiya yang diadakan di Qatar sebagai gelanggang berkecuali untuk kedua-dua pasukan.




Asia Timur

South China (Hong Kong)

Ini adalah penampilan kali ke-7, juara play-off Hong Kong ini pada musim 2014-2015. South China mulakan kempen ini dengan agak goyah iaitu 3 kekalahan pertama sebelum bangkit semula dengan 3 kemenangan terakhir.

Mahama Awal dari Cameroon kekal sebagai pemain paling bernilai South China yang sentiasa mengancam dari bahagian sayap. Bekas pemain import Sarawak dari Australia, Ryan Griffiths juga banyak menjaringkan gol-gol penting untuk South China.

Ryan Griffiths ketika beraksi bersama Sarawak

Di peringkat kalah mati, South China menewaskan juara Liga Filipina, Ceres La Salle dengan jaringan 1-0 selepas masa tambahan. Di suku akhir nanti, South China dijadualkan menentang juara bertahan Piala AFC iaitu Johor Darul Takzim.

Bengaluru FC (India)

Ini adalah penampilan kali ke-2 Bengaluru FC dalam Piala AFC. Di peringkat suku akhir, Bengaluru FC akan dibimbing oleh jurulatih baru Albert Roca bekas pengendali skuad kebangsaan El Salvador menggantikan Ashley Westwood

Hanya John Johnson sahaja yang kekal sebagai pemain import Bengaluru FC. 3 orang pemain import baru dibawa masuk iaitu Alvaro Rubio (Sepanyol), Juanan (Sepanyol) dan Cameron Watson (Australia) menggantikan Curtis Osano, Michael Collins dan Kim Seng-Yong.

Juanan (merah) ketika beraksi dalam Liga Jerman bersama Fortuna Dusseldorf

Di peringkat kalah mati, Bengaluru FC mengejutkan juara Hong Kong, Kitchee FC apabila menewaskan mereka 3-2 di tempat lawan. Di peringkat suku akhir, Bengaluru FC akan menentang naib juara Liga Singapura Tampines Rovers.

Johor Darul Takzim (Malaysia)

JDT membuat penampilan ke-3 dalam kempen Piala AFC. Selaku juara bertahan, tugas mempertahankan kejuaraan kali ini nampak lebih sukar. Berbanding musim lepas, bahagian serangan JDT nampak lebih berbahaya dengan kembalinya Jorge Pereyra Diaz dari Independiente yang telah dipinjamkan dan juga penyerang baru mereka juga dari Independiente, Juan Martin Lucero.

Juan Martin Lucero ketika bersama Independiente

Di peringkat kalah mati, JDT membelasah juara Piala UFL Filipina Kaya FC dengan jaringan 7-2. Di suku akhir, JDT akan berhadapan cabaran wakil Hong Kong, South China

Tampines Rovers (Singapura)

Ini adalah penampilan ke-8 Tampines Rovers yang merupakan naib juara Liga Singapura tahun 2015. Kekuatan Tampines Rovers adalah pada pemain sayap yang pernah beraksi dengan kelab besar seperti Arsenal dan Liverpool iaitu Jermain Pennant.

Selain itu bekas pemain remaja West Ham United yang pernah menjadi pemain import untuk Kedah dah Sarawak juga menguatkan jentera serangan Tampines Rovers. Billy Mehmet juga dikenali sebagai Billy Osman Mehmet lahir di London tapi mempunyai bapa keturunan Turki-Cyprus dan ibu berbangsa Ireland.

Billy Mehmet semasa beraksi untuk pasukan Kedah

Di peringkat kalah mati, Tampines Rovers mengejutkan juara Liga India musim 2014-2015 Mohun Bagan dengan jaringan 2-1 setelah masa tambahan. Tampines Rovers akan menentang satu lagi pasukan dari India iaitu Bengaluru FC yang tampil sebagai juara Piala Konfederasi India.


Antara 8 pasukan yang bertanding... hanya JDT, South China dan Al-Jaish sahaja yang bermain di peringkat suku akhir pada Piala AFC 2015 musim lepas. South China tewas kepada JDT dengan agregat 4-2 manakala Al-Jaish tewas kepada Al-Qadsia dengan agregat 3-2.

Pertembungan di suku akhir Piala AFC 2016 ini juga akan lebih menarik kerana pasukan-pasukan yang layak nampak lebih berkualiti dan lebih bersedia. Pasukan dari Asia Barat sudah pasti ingin merampas semula Piala AFC ini daripada JDT yang telah membuat kejutan pada musim lepas.



Tuesday, September 6, 2016

Suplemen Shaklee Selamat Dimakan Untuk Jangka Masa Yang Panjang....



Masih ada beberapa orang rakyat Malaysia yang menyatakan pendirian mereka bahawa tak elok makan suplemen... sebab akan rosakkan buah pinggang. Ada juga yang mengatakan... tak perlulah makan suplemen... lebih baik ambil zat dan nutrisi secara alami atau secara natural melalui pemakanan seharian.

Ya... itu sebenarnya yang berlaku kalau kita ambil sebarangan suplemen yang tidak diketahui samada berkesan atau tidak kepada tubuh badan kita, kadar serapan dalam tubuh badan dan banyak lagi. Sebab tu kena ada bukti bertulis daripada badan berkecuali seperti Landmark Study yang membuktikan bahawa sesuatu suplemen sangat selamat digunakan untuk jangka masa panjang...



Begitu juga dengan pengambilan makanan seharian secara alami untuk mendapatkan zat dan nutrisi adalah tidak salah untuk diamalkan. Tapi kandungan zat dan nutrisi itu akan berkurangan setiap hari dan tidak cukup untuk keperluan tubuh badan kita disebabkan oleh pencemaran, penggunaan racun perosak dan juga cara masakan yang tidak betul.

Pada zaman dahulu kala... ya betul.... suplemen bukanlah mustahak. Zaman dulu takde pencemaran sepertimana sekarang. Jadi zat serta nutrisi yang ada pemakanan adalah cukup untuk keperluan tubuh badan kita. Logiknya... dulu pun takde penyakit pelik-pelik seperti yang ada sekarang.

Sebab tu lah Shaklee berani guna tagline sentiasa semulajadi, sentiasa selamat dan sentiasa berkesan ke atas produk-produknya... Kenapa??? Sebab kajian secara mendalam telah dibuat kepada pengguna produk Shaklee sejak dulu lagi.... dan ternyata serta terbukti memang berkesan!

Berikut ni adalah testimoni daripada pengguna-pengguna produk Shaklee sejak berzaman lagi.... Oh ye..... Shaklee kat Malaysia dah 28 tahun.... kalau worldwide atau seantero dunia baru 60 tahun!


Nenek ni dah umur 77 tahun ye... amalkan produk Shaklee sejak umur 20-an lagi


Dah 20 tahun pakai produk Shaklee... berat badan sihat... tenaga yang berpanjangan

Profesor ni percaya kepada bukti saintifik.... NASA pun approach Shaklee untuk suplemen angkasawan

Dah 20 tahun guna produk Shaklee

Dah 24 tahun pakai produk Shaklee... tenaga dan konsentrasi meningkat setiap hari!

Asbab produk Shaklee.... hidup lebih lama... keluarga lain meninggal awal....

Dah 25 tahun pakai produk Shaklee

Dah 26 tahun pakai produk Shaklee

Nampak tak... memang penting kita mengkaji setiap suplemen yang kita ambil. Kaji dari setiap sudut... bukan dari sudut pandangan kita saje.... Sebab tu Shaklee satu-satunya syarikat yang berani membuat kajian macam Landmark Study terhadap produknya...

OK lah.... yang atas ni testimoni daripada orang biasa yang dah lama guna produk Shaklee. Tak cukup dengan itu... para atlet dan juga angkasawan pun guna produk Shaklee tau. Hubungan antara NASA dan Shaklee bermula sejak tahun 1993 lagi apabila NASA mintak saintis Shaklee formulakan makanan angkasawan mereka



Sebahagian atlet olimpik dari USA yang menggondol pingat emas, perak dan gangsa juga menggunakan suplemen Shaklee untuk meningkatkan performance mereka. Jadi sebab itulah pentingnya untuk kita mengambil suplemen Shaklee dalam kehidupan seharian kita

Delegasi dari Malaysia pun dah pernah sampai kat Kennedy Space Centre tempat NASA, makan tengahari dengan angkasawan dan juga explore tempat roket dan kapal angkasa semasa trip ke Orlando, US baru-baru ini

Baca : Pengalaman ke Kennedy Space Centre, Orlando USA


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Monday, September 5, 2016

Tips Kurus Lisa Surihani...



Apa lah korang ni.... Kalau artis yang kurus... laju jer korang follow ye.... kalau orang lain ke pakar pemakanan ke yang bagi tips untuk kurus... pandang sebelah mata jer... haha....



OK... ini yang Lisa Surihani share macam mana dia boleh kurus dan berat badan turun sampai 11kg :-

1. Kawal Hidangan

“Kawal hidang bermaksud kita boleh makan apa yang kita nak makan, tetapi dalam hidangan yang sedikit. Sebagai contoh, dalam satu pinggan itu setengah daripadanya adalah karbohidrat, suku daripadanya sayur, suku lagi protein. Jadi saya masih boleh makan apa yang saya nak dan kita boleh belajar hunger level. Kalau masih nak makan makanan yang kita suka tetapi tinggi kalori, ambillah dalam jumlah yang sedikit.

2. Makan buah sebelum makan

“Buah penting untuk di makan dalam makanan harian tetapi tips saya ialah, makanlah buah sebelum anda makan nasi. Budaya kita makan buah selepas makan nasi. Itu sebenarnya tidak betul.

3. Senaman

“Saya akui tidak pernah bersenam sebelum ini. Malah selepas berpantang saya hanya diet dan kawal pemakanan sahaja. Jadi penurunan berat badan saya tidak begitu ketara. 

"Jadi saya nekad dan mula bersenam disamping mengamalkan pemakanan sihat. Saya terkejut kerana berat badan turun mendadak. Bila mula bersenam badan rasa 'sedap' dan tak tahu kenapa saya semakin seronok bersenam dan telah menjadikannya rutin.

"Sekarang saya dah tak kisah dengan berat tetapi masih bersenam kerana sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini.

4. Air

“Apabila mengamalkan makan dengan jumlah hidangan yang sedikit, saya akui mudah berasa lapar. Tapi saya mendapat satu tips ini, iaitu untuk mengetahui kita benar-benar lapar atau tidak selepas makan, saya akan minum segelas air. Jika selepas minum masih berasa lapar, itu bermakna kita masih perlukan makanan lagi tetapi jika sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada hormone trick wanita sahaja.

5. Supplement

“Saya rasa ambil supplement yang asas dan simple sahaja iaitu multivitamin dan B Complex kerana saya rasa badan kita memang perlu.

Vita-lea (Multivitamin) tutup putih ni limited edition...

B-Complex terbaik di pasaran

Jadi... kalau nak dapatkan suplemen B Complex dan Multivitamin terbaik boleh lah whatsapp kat 014 338 6810 (Puan Lin) ye..... Bukan sajer yang terbaik, malah sentiasa semulajadi, sentiasa selamat dan sentiasa berkesan

Baca : Bukti Kenapa Suplemen Shaklee Berkesan Kepada Kesihatan Kita



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...