Thursday, August 25, 2016

Apa itu Landmark Study? Apa Kaitan Landmark Study Dengan Kesihatan Manusia?



Ada beberapa tips ataupun petua untuk memilih suplemen yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita. Suplemen atau makanan tambahan sangat penting pada zaman sekarang sebab zat-zat dan nutrisi sedia ada pada makanan yang dimakan setiap hari semakin berkurangan disebabkan pencemaran, penggunaan racun serangga dan juga cara masakan yang tidak betul.

Ada banyak cara nak pilih... sebab kalau salah pilih boleh rosak buah pinggang kita! Ada yang nak pilih produk buatan tempatan saje, ada yang nak pilih produk yang ramai orang pakai saje, ada yang nak pilih produk yang glamour saje.... TAPI yang paling penting biarlah produk tersebut benar-benar berkesan pada kita dan TERBUKTI berkesan!

Berikut ialah tips daripada Puan Lin Chalo :-


LANDMARK STUDY - SHAKLEE PART 1

Orang logik, selalunya akan suka pada nombor dan result. Setakat hearsay, dia takkan percaya. Kalau percaya pun, dia pasti nakkan bukti. Rasa tak puas hati katanya

Selepas Mr Roger Barnett membeli syarikat Shaklee (read: CEO Shaklee), dia pun rasa tak puas hati bila orang asyik cakap vitamin Shaklee ni best, vitamin Shaklee ni works dan sebagainya. Yelah, semua orang boleh claim the best dengan cakap-cakap je tapi bukti hitam putih belum tentu ada


So, Mr Roger mengambil satu keputusan yang mendebarkan, iaitu beliau proposed National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) untuk membuat satu study ke atas suplemen Shaklee ni



Mengapa agaknya beliau meminta NHANES untuk membuat study ke atas suplemen Shaklee ye?



Okay kejap lagi saya sambung...





LANDMARK STUDY - SHAKLEE PART 2



So, mengapa Mr Roger meminta National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) sebagai badan survey untuk membuat study ke atas suplemen Shaklee?



1 - NHANES adalah satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US



2 - Sebelum ni, NHANES memang dah conduct 1 study yang lengkap ke atas suplemen iaitu kumpulan pengamal vitamin vs kumpulan yang tidak mengamalkan vitamin dalam kehidupan seharian

3 - So, Mr Roger nak minta NHANES tambah 1 kumpulan lagi iaitu - kumpulan pengamal vitamin Shaklee (yang dah ambik Shaklee lebih dari 20 tahun dan ke atas)

4 - Kiranya nanti bakal ada 3 kumpulan la. Kumpulan pengamal vitamin vs Kumpulan yang tidak mengamalkan vitamin vs Kumpulan pengamal vitamin Shaklee (lebih 20 tahun dan ke atas)

NHANES setuju untuk conduct study ni, dan NHANES juga dah pilih satu institusi yang terkenal untuk mengetuai study ni. Nampak tak, kemain hebat pihak-pihak yang buat study ni 

Tunggu tau.. jap lagi sambung balik.. Bagi korang debar-debar.. Hihihi






LANDMARK STUDY - SHAKLEE PART 3


Dipendekkan cerita, NHANES minta satu institusi penyelidikan yang agak hebat iaitu University of California, Berkeley (UC-Berkeley) untuk mengetuai study ni

Orang no 1 dalam study ni ialah Dr. Gladys Block. Dr. Gladys Block ni bukan calang-calang orang tau. Beliau ni adalah antara orang yang hebat dalam bidang Epidemiologi (maksud gugel sendiri deh) & Public Health Nutrition



Jadinya, bila Dr. Gladys Block dan timnya dah diberikan kuasa untuk handle study ni, maka kesemua keputusan adalah di dalam genggamannya *whoa



Maksudnya, apa sahaja keputusan daripada study ni akan dipublish. Baik ataupun buruk pasti akan dipublish!



Sebab tulah, takde mana-mana syarikat suplemen di dunia ini yang berani buat study macam ni tau. Kenapa agaknya? Alah.. korang pun tau kennn kenapa..

Tapi terbalik pulak dengan Shaklee ni, berani betul mereka ini.. ish ish.. (sebenarnya nak kata dorang yakin gila yang suplemen Shaklee ni bagus 5 bintang)

(Sebenarnya, ada rumors mengatakan, Dr. Block yang carik Shaklee untuk buat study ni. Bukan di sebaliknya)

Next, kita bakal tahu, bagaimana cara Dr Block dan timnya buat study ni 

Stay tuneee.. (Pi la buat Cinch Tea Shaklee kasi segar sikit mata tu) 






LANDMARK STUDY - SHAKLEE PART 4



Jadi bagaimana agaknya cara tim Dr. Block ni buat study ni ye?



Okay, macam yang saya dah bagitau dalam previous post, Dr. Block dan tim UC-Berkeley ni ada kuasa penuh dan kontrol sepenuhnya study ni, termasuklah;



1- Bagaimana study ni dilaksanakan

2- Menulis keputusan study ni

3- Publish result study ni - tak kiralah baik atau tidak buat Shaklee

4- Walau apa pun keputusan, Shaklee tetap support (funder) bagi study ni

(Bagi yang tak tahu, Shaklee ni tak lokek tau untuk belanja juta-juta setiap tahun semata-mata untuk buat research ke atas produknya. Sebab tu produk Shaklee selamat, berkesan & semulajadi *hoyeahh)

Okay, kita pendekkan lagi cerita, akhirnya study pun dah complete. Alhamdulillah. Tapi Shaklee ni memanglah.. dia masih tak puas hati lagi.. tau tak dia buat apa?

Dia minta 3rd party scientists pula buat review untuk cek semua study yang dah dibuat oleh tim UC-Berkeley ni (peer reviewed publication). Wow!

So ini adalah reason mengapa Shaklee nak minta peer reviewed publication;

1- Takut ada mana-mana study yang tak tepat / accurate

2- Once result study tu ada 3rd party punya review, so sapa-sapa pun tak boleh nak argue / persoalkan akan keputusan study tersebut

Kelllass Shaklee tau, kill two birds with one stone katanya.. 

Bak kata Cindy Latham, Senior VP of Marketing, Shaklee Corporation (mantan),

"I guarantee any other company would NOT have done this study, because they would be concerned about the possible outcome. We believed in our products and gave UC-Berkeley full control. You should be extremely proud of the results and because it will be 'peer reviewed' nobody can argue with you regarding the merits of the data."

Gituuuu 

(Okeh nantikan keputusan study ni kejap lagi ai ols share, penat sudah..)







LANDMARK STUDY - SHAKLEE PART 5

Last but not least adalah result study yang telah dibuat oleh tim Dr. Block & UC-Berkeley
Keseluruhannya keputusan daripada study ni sangatlah mengujakan!
(Ofkoz la Shaklee menang besar :D)

So, kalau sahabat semua nak cari suplemen, pastikan 3 benda ni;
1) Suplemen tu diekstrak dan diambil dari sumber-sumber yang torrrbaekkk & semulajadi
2) Sebelum dijual di pasaran TELAH dibuat kajian berulangkali (dan sentiasa diupgrade dari semasa ke semasa)
3) Telah terbukti memberikan kesan yang positif ke atas kesihatan manusia

Untuk abstrak study ni boleh rujuk link di bawah;

Kalau tak reti nak baca bolehlah refer pada gambar-gambar yang disertakan :-










Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

Sumber asal : Puan Lin Chalo




Wednesday, August 24, 2016

Summer In Orlando, Florida, USA - Part 3



Orlando, Florida menerima cahaya matahari sepanjang tahun sama seperti Malaysia. Jadi tak hairanlah cuaca di sini lebih kurang sama macam Malaysia. Paling sejuk pun sekitar 23-24 C iaitu masa awal pagi dan lewat malam sama macam Malaysia. Orlando tak sama macam kawasan lain di USA di bahagian utara yang mengalami cuaca 4 musim sama macam dunia Eropah

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA

Waktu solat juga tak susah untuk kita tahu.... Walaupun boleh cari sendiri, tapi pihak Shaklee juga ada sediakan jadual waktu solat di Orlando dan juga Dubai untuk kemudahan para delegasi yang beragama Islam... Alhamdulillah....




9.8.2016 - Day 7

SELAMAT PAGI ORLANDO, FLORIDA!

Hari ni hari Selasa... suhu di Orlando ialah 32 C.....

Hari ni adalah hari terakhir percutian di Orlando sebab besok dah nak pergi airport untuk pulang ke tanahair. Aktiviti hari ini ialah aktiviti shopping sepanjang hari. Para delegasi dihantar ke Vineland Premium Outlet yang terletak cuma 15 minit perjalanan dari hotel.

Vineland Premium Outlet

Para delegasi yang berpengalaman akan membawa luggage ketika bershopping. Ini sangat memudahkan sebab tak perlu untuk bawa beg plastik yang banyak untuk ke sana dan ke mari. Outlet yang ada kat USA ni barang-barangnya pun jauh lebih murah berbanding outlet yang sama macam kat Malaysia seperti JPO. Jadi tak hairanlah... kalau banyak sangat diorang shopping kat sini.

Ramai bawak beg.... sebab nak isi barang shopping... senang!

Tambahan pula... banyak lagi baki duit poket yang diorang dapat masa kat airport haritu. Jadi banyaklah idea diorang untuk beli sesuatu untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Itu pun nilai ringgit dah jatuh... kalau nilai ringgit macam 2 tahun lepas.... mesti sangat berbaloi untuk shopping kat sini.

Suasana di outlet

Selesai shopping... para delegasi pulang ke hotel. Ramai jugak yang ambil keputusan untuk pulang awal... maklumlah barang-barang tak packing lagi. Kalau yang dah packing pulak... nampaknya ada barangan tambahan untuk dimasukkan

SELAMAT MALAM ORLANDO, FLORIDA!



10.8.2016 - Day 8

SELAMAT PAGI ORLANDO, FLORIDA!

Hari terkahir ialah hari Rabu di sini.... suhu di Orlando ialah 33 C....

Hari ni barulah hari terakhir sebenar untuk para delegasi berada di bumi Orlando Florida USA. Barang-barang semua dah packing dan dah letak kat tempat khas di hotel untuk dibawa ke airport. Diorang pun menikmati sarapan terakhir di hotel.... entah bila lagi dapat duduk dalam hotel mewah macam ni.

Pernah satu ketika... salah seorang daripada delegasi menaiki teksi untuk pulang ke hotel. Apabila diberitahu destinasi untuk drop off.... pemandu teksi berasa agak hairan dan berkata bahawa hanya orang kaya saja yang mampu duduk di hotel Gaylord Palms Resort and Convention Centre. Yelah.... para delegasi pun tak tahu harga sebenar bilik hotel tu... tapi bila diorang cek harga.... wow..... memang tak sangka harganya semahal itu! Syukur, Alhamdulillah.....

Mujurlah airport tak jauh dari hotel iaitu tak sampai setengah jam perjalanan pun dari hotel. Dalam mana-mana penerbangan antarabangsa pun kena biasakan 3 jam sebelum berlepas dah kena ada kat airport. Tambah lagi kalau macam kat USA ni yang mempunyai kawalan yang amat ketat, urusan imigresen dan kastam yang teliti sudah pasti akan ambil masa.

Scanner gergasi di US airport

Bagi siapa yang pernah pergi US mesti dah pernah rasa masuk dalam scanner besar kat airport US yang macam kapsul. Memang rasa pelik... masuk dalam kapsul besar... kangkang kaki dan angkat tangan... rasa macam penjenayah pun ada.... huhu.... Airport negara lain takdelah pakai scanner macam ni... huhu...

Masa yang dinanti-nantikan pun dah tiba.... Penerbangan dari Orlando ke Dubai dijadualkan berlepas jam 2.15 petang menggunakan pesawat EK220. Waktu macam ni memang para delegasi rasa macam dah tak sabar sangat nak balik.

SELAMAT TINGGAL ORLANDO, FLORIDA!


Mujurlah dalam pesawat besar macam EK220 ni walaupun perjalanan yang jauh tak terasa bosan sangat disebabkan adanya wifi dalam kabin dengan hanya USD1 sahaja... serta makanan yang sangat enak disediakan. Pejam celik pejam celik... entah berapa kali tidur dan berapa kali makan pun sampai tak terkira.



11.8.2016 - Day 9

SELAMAT TENGAHARI DUBAI!

Hari Khamis di Dubai..... suhu di Dubai... Masya Allah.... lebih kurang 46 C!!! Macam pergi Haji pulak......

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Dubai

Alhamdulillah... setelah lebih kurang 16 jam penerbangan... akhirnya selamat mendarat di bumi Dubai ini. Waktu Dubai ialah jam 1.00 tengahari iaitu jam 5.00 petang waktu Malaysia. Transit kali ni agak lama iaitu selama 8 jam. Jadi, boleh lah keluar dari airport untuk pusing-pusing kat bandar Dubai.

Tempat pertama yang diterjah ialah tempat lunch iaitu Tang Palace Restaurant yang terletak di kawasan Jumeirah. Dari airport mengambil masa selama 15 minit untuk tiba di restoran ini. Restoran ni terletak di bangunan Al Hudaiba Awards Building.

Pintu masuk restoran

Dubai adalah antara tempat yang paling selamat di dunia. Pengalaman ni terjadi kepada para delegasi yang transit di Dubai. Salah seorang delegasi tertinggal topi di shower room. Apabila patah balik untuk mengambilnya semula... topi tu masih berada di tempatnya. Salah seorang delegasi yang lain pula tertinggal handphone suaminya di airport...... apabila kembali semula untuk mengambilnya... handphone tu masih ada dan dalam keadaan selamat!

Ok... sambung balik Dubai City tour ni.... sebelum pergi ke Dubai Mall, para delegasi stop kejap kat pantai Jumeirah untuk bergambar kenangan di kawasan pantai dan juga bergambar dengan Burj Al-Arab dari jarak jauh.... Next time, kena bergambar dengan lebih dekat. Burj Al-Arab ni ialah hotel mewah di Dubai.

Burj Al-Arab Jumeriah....

Dari Jumeirah beach barulah para delegasi dihantar ke Dubai Mall untuk menghabiskan masa di situ. Dubai Mall terletak di kawasan downtown Dubai. Antara tempat menarik di sini ialah terletaknya Burj Khalifa iaitu bangunan tertinggi di dunia sejak tahun 2009. Di kawasan tasik pula terdapatnya The Dubai Fountain iaitu air pancut koreograf terbesar di dunia. Kat sini kita boleh tengok "dancing fountain" iaitu persembahan air pancut yang seakan-akan menari-nari....

Burj Khalifa
Dancing Fountain
Dubai Mall pula ialah tempat membeli belah yang terbesar di dunia jika diambil kira secara luas kawasan. Selain tempat membeli belah di dalamnya ada beberapa tempat menarik seperti Dubai Aquarium, zoo hidupan laut dan juga kedai kek keju.

Dubai Aquarium
Underwater Zoo
Cheesecake Factory Dubai Mall
Kalau nak diikutkan memang takde mood nak jalan-jalan kat Dubai sebab penat berada dalam pesawat masih ada lagi. Lagipun... lambaian tanahair sangat kuat menggamit kesemua para delegasi ni. Maybe suatu hari nanti akan berjalan-jalan di Dubai secara proper dan enjoy.

Selesai Dubai Tour... kesemua delegasi naik semula ke bas untuk pulang ke airport. Flight EK344 dari Dubai ke Kuala Lumpur dijangka berlepas pada pukul 9.30 malam waktu Dubai iaitu 1.30 pagi waktu Malaysia.

Matahari terbenam di Dubai
Sampai je kat airport.... para delegasi pergi kat shower room untuk mandi dan membersihkan diri supaya lebih segar. Apa yang uniknya kat Dubai ni ialah air paipnya yang sangat panas.... fuhh.... memang tak tahan lah bila kulit ni kena air panas.... faktor cuaca agaknya... Tapi nasib baiklah air mandian boleh diadjust.....


SELAMAT MALAM DUBAI!



12.8.2016 - Travelling Day 

SELAMAT PAGI KUALA LUMPUR!

7 jam perjalanan di udara..... Tanpa disedari kapal terbang dah memasuki ruang udara Asia Tenggara. Perasaan nak jejak kaki kat tanahair sendiri memang takleh nak digambarkan. Syukur Alhamdulillah.... selamat tiba di tanah air..... syukur juga dapat sedut udara segar di Malaysia ini

Lebih kurang pukul 9.00 pagi... pesawat EK344 selamat mendarat di KLIA.... Selesai urusan imigresen dan luggage... para delegasi menuju ke balai ketibaan untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing


Jauh perjalanan... luas pengalaman.... Itulah kata-kata yang lebih tepat untuk digambarkan.... Perkara-perkara unik yang boleh dilihat di USA ni telahpun diceritakan dalam entri lain 2 tahun lepas iaitu Summer In Francisco - Part 2..... jemput baca ye....

Orlando tidaklah crowded sangat kalau nak dibandingkan dengan Los Angeles. Orlando adalah bandar yang ke-24 dari segi populasi jika nak bandingkan Los Angeles di No.2 di belakang New York. Jadi bila tak ramai orang... rasa agak selamat sikit.

Dapat singgah Dubai dan tour kat beberapa tempat di Dubai untuk trip Orlando ni dah kira satu bonus untuk semua delegasi kali ini. Kebanyakan daripada delegasi memang dah tanam azam untuk repeat Dubai sekali lagi sekiranya ada rezeki.

Alhamdulillah... syukur sekali lagi sebab rasa sangat berbaloi buat bisnes Shaklee sebab kerja keras sepanjang tahun dibalas dengan layanan istimewa ke mana-mana destinasi percutian yang telah ditetapkan

See you in Japan 2017!

Insya Allah.... jika terpilih dan diizinkan-Nya jumpa lagi tahun depan di Jepun!

BACA : TRIP KE JEPUN 13-30 MEI 2017


Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun



* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Tuesday, August 23, 2016

Summer In Orlando, Florida, USA - Part 2



Nak cerita sikit pasal hotel tempat para delegasi ni menginap... agak "cultural shock" jugak bila 1st time diorang sampai. Dah ler hotel sangat besar.... untuk mengelakkan kepanasan melampau sepanjang tahun yang biasa dialami di Orlando, Florida ni... bangunan hotel ni ditutup dengan dinding kaca dan ada aircond di keseluruhan hotel ni

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA

Pemandangan dari salah sebuah bilik para delegasi

Bukan setakat itu jer.... kawasan hotel ni agak redup disebabkan beberapa pokok yang ditanam dan dibiarkan hidup di dalam hotel selain daripada beberapa ekor alligator yang memeriahkan "taman" dalam hotel ni...

Ini adalah alligator sebenar ye... dan masih hidup....


6.8.2016 - Day 4

SELAMAT PAGI ORLANDO, FLORIDA!

Hari ni hari Sabtu.... suhu di Orlando ialah 33 C....

Breakfast pagi ni agak eksklusif sebab semua delegasi berpeluang untuk bersarapan dengan CEO Shaklee Incorporation iaitu Mr Roger Barnett. Sarapan dibuat di Orange Blossom Ballroom yang terletak di dalam kawasan hotel.

Bergambar kenangan setelah selesai sarapan

Setelah sarapan.... para delegasi bergambar ramai-ramai atau group photo di "Market Square" yang terletak dalam kawasan hotel. Group photo macam ni adalah sebagai tanda atau landmark untuk mana-mana trip yang dibuat oleh Shaklee sebagai kenang-kenangan

Group photo di kawasan hotel

Kemudian para delegasi menaiki bas menuju ke pusat konvensyen untuk menantikan acara seterusnya di hari terakhir persidangan ni. Setibanya di pusat konvensyen kebanyakan delegasi mengambil peluang untuk membeli belah di dalam pusat konvensyen. Kebanyakan barang yang dijual ialah barang-barang atau merchandise yang ada logo Shaklee yang sangat sesuai digunakan sebagai hadiah kepada kumpulan bisnes masing-masing

Pada waktu tengahari, para delegasi menikmati juadah yang disediakan di pusat konvensyen sebelum meneruskan sesi terakhir pada waktu petang. Sesi waktu petang ini menampilkan bekas angkasawan dari NASA iaitu adik beradik kembar Scott dan Mark Kelly.

Master Rohaya dan suami bergambar bersama dengan angkasawan kembar

Scott Kelly dan Mark Kelly kedua-duanya adalah antara bekas angkasawan yang telah dipilih oleh NASA untuk misi angkasa lepas. Semasa berada di angkasa lepas, mereka mengambil suplemen Shaklee untuk memastikan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan lengkap dengan pelbagai nutrisi penting dalam badan. Kata mereka lagi misi angkasa lepas sangat lama.... kalau kerap sakit mereka gagal!

Sesi forum dengan angkasawan yang diadakan semasa persidangan

Hubungan antara Shaklee dan NASA bermula sejak tahun 1993 lagi... apabila NASA approach Shaklee untuk mendapatkan makanan terbaik untuk diberikan kepada angkasawan mereka yang mengadakan misi panjang di angkasa lepas



Berakhirlah sudah persidangan antarabangsa Shaklee untuk tahun 2016 ini. Kalau nak diikutkan semua delegasi memang dah tak sabar untuk pulang ke tanah air supaya dapat berkongsi pelbagai input, maklumat kepada organisasi masing-masing. Tapi apakan daya selesai saja persidangan.... aktiviti percutian harus diteruskan untuk beberapa hari lagi.

Makan malam untuk hari ni jugak agak unik sebab menampilkan tema atau ciri-ciri zaman pertengahan Eropah. Para delegasi menaiki bas menuju ke Medieval Times Dinner & Tournaments yang terletak lebih kurang 15 minit perjalanan daripada pusat konvensyen

Pintu masuk pun dah macam nak masuk kota lama

Para delegasi dari Malaysia mendapat layanan VVIP kat sini.... dan juga tempat duduk VVIP. Walaupun ada orang awam lain yang datang untuk makan malam di sini... tapi pihak Medieval Times memberi keutamaan kepada diorang untuk masuk dulu.

Para delegasi juga dihiburkan dengan persembahan para pahlawan "knight" yang menunggang kuda masing-masing 'bertempur' di tengah gelanggang. Terasa sangat 'real' dan seolah-olah berada dalam zaman "Middle Age" atau pertengahan Eropah pulak. Sebelum ni hanya dapat tengok dalam TV jer.....
Antara persembahan yang dipertontonkan kepada para tetamu
Para tetamu menghayati 'drama' yang sedang berlangsung
Sambil menikmati hidangan VVIP

Sudah pasti dinner di Medieval Times ni adalah antara destinasi yang paling menarik dan sangat rare.... sehinggakan salah seorang daripada rakan cik puan yang pernah belajar di US menyangkakan bahawa para delegasi berada di Las Vegas!

Selesai makan malam... para delegasi pulang ke hotel untuk merehatkan badan sebelum meneruskan dengan aktiviti seterusnya pada esok hari

SELAMAT MALAM ORLANDO, FLORIDA!


7.8.2016 - Day 5

SELAMAT PAGI ORLANDO, FLORIDA!

Hari ni hari Ahad..... hujung minggu yang panas... Suhu di Orlando ialah 32 C

Pernah tak tengok roket dilancarkan untuk menghantar kapal angkasa ke angkasa lepas untuk apa-apa misi angkasa lepas yang dibuat oleh NASA??? Ye... tempat tu lah yang akan jadi destinasi seterusnya kesemua delegasi dari Malaysia iaitu Kennedy Space Centre yang terletak di Pulau Merritt, Florida.

Selesai bersarapan di hotel, para delegasi menaiki bas menuju ke Kennedy Space Centre dimana perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari hotel. Setibanya di situ, kesemua delegasi berjalan-jalan di kawasan yang dikenali sebagai "Atlantis" iaitu kompleks untuk para pelawat melihat pameran yang disediakan.

Roket Challenger....
bergambar kenangan di Glob NASA
Kat belakang tu namanya Rocket Garden....

Selepas aktiviti di "Atlantis" para delegasi masuk ke IMAX 3D teater yang terletak di bahagian indoor (dalam bangunan) Kennedy Space Centre. Kat sini boleh tengok macam mana rupa bentuk muka bumi dari pandangan angkasa lepas.

Pintu masuk ke iMax Theather
Siap sedia sebelum tengok wayang 3D
Pandangan dari angkasa : Korea Selatan terang benderang, Korea Utara gelap gelita....

Menjelang waktu tengahari, para delegasi menikmati makanan tengahari bersama-sama dengan angkasawan NASA yang bertugas. Angkasawan yang bertugas ialah Mr Sam Durrance yang bercerita tentang pengalaman dan perjalanan hidup beliau sebagai seorang angkasawan. Para delegasi juga berpeluang untuk bertanyakan soalan berkaitan angkasa lepas... yelah dah memang angkasawan depan mata kan??? Masa ni lah ambil peluang nak tanya.... Kat Malaysia entah bila boleh jumpa Sheikh Muzaffar..... hehe....

Pintu masuk ke tempat makan tengahari
Mr Sam Durrance yang semakin berusia....

Setelah makan tengahari, kesemua delegasi diberi peluang untuk mengelilingi keseluruhan kawasan dalam Kennedy Space Centre dengan menaiki bas.

Bas yang digunakan untuk Kennedy Space Center tour

Masa dalam bas....... hujan renyai turun... syukur Alhamdulillah... sejuk sikit bumi ini.... Antara yang menarik masa tour ni ialah bangunan NASA atau dikenali sebagai "Vehicle Assembly Building" (VAB) iaitu tempat dibina roket dan kapal angkasa. Roket dan kapal angkasa akan dibina dalam bangunan ni.... Apabila dah siap, bangunan ni boleh terbuka untuk membolehkan roket dan kapal angkasa ni dikeluarkan.
Bangunan NASA ni dari tingkap bas... bukan dari TV

Dengan ketinggian lebih kurang 160 meter... bangunan ni ialah bangunan 1 tingkat terbesar di dunia, tertinggi di Florida sehingga tahun 1974 dan tertinggi di US di kawasan luar bandar

Lagi nampak roket.....

Sebelum pergi ke tempat makan malam, para delegasi request kepada tour guide untuk singgah sekejap di Universal Studio Orlando sebab kat situ jer yang ada Hard Rock Cafe. Dah jadi trend sekarang ni untuk beli T-Shirt dan souvenir dari Hard Rock Cafe kalau pergi melancong ke luar negara.

Dalam lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kennedy Space Centre... akhirnya tiba di Universal Studios Orlando untuk ke Hard Rock Cafe. Hard Rock Cafe ni agak special kerana dikatakan sebagai Hard Rock Cafe yang terbesar di dunia

Hard Rock Cafe terbesar di dunia yang sementara ini....
Pintu masuk Universal Studio Orlando

Selesai membeli beberapa T-shirt dan souvenir di Hard Rock Cafe.... para delegasi kembali ke bas dan menuju ke restoran untuk makan malam. Dinner kali ini ialah di restoran makanan laut iaitu Landry's Seafood. 15 minit perjalanan dari Hard Rock Cafe... akhirnya sampai ke tempat makan malam mereka

Pintu masuk restoran
Selesai makan malam, para delegasi pulang ke hotel untuk berehat. Para delegasi sekali lagi dikejutkan dengan special gift.... kali ni beg Mickey Mouse yang comel sempena lawatan ke Disneyland Orlando pada keesokan harinya... Hilang semua rasa penat berjalan sebab dikejutkan macam ni... hehe....

Takde di pasaran Malaysia lagi...


SELAMAT MALAM ORLANDO, FLORIDA!


8.8.2016 - Day 6

SELAMAT PAGI ORLANDO, FLORIDA!

Hari Isnin.... cuaca agak sejuk sikit disebabkan hujan..... Suhu di Orlando ialah 29 C....

Pagi ini bersarapan seperti biasa di hotel. Sekali lagi para delegasi telah dikejutkan dengan pemberian Vivix secara percuma setiap orang semasa bersarapan. Bagi mereka yang dah biasa amalkan pemakanan Vivix secara konsisten dan telah menikmati manfaat kesihatan asbab daripada pengambilan Vivix ini, sudah pasti akan berasa sangat sangat bersyukur dengan pemberian secara percuma ini.



Destinasi pagi ni pulak ialah akan ke Disneyland Orlando. Kalau ikut sejarah.... selepas Disneyland tertua di dunia iaitu di Anaheim California mendapat sambutan, barulah dibina Disneyland Orlando ni iaitu Disneyland yang ke-2 ini

Baca : Pengalaman di Disneyland Anaheim California


Disneyland Orlando juga sangat besar dan mempunyai hampir 10 jenis taman tema di dalamnya. Untuk lawatan kami kali ini, taman tema Epcot dan Magic Kingdom menjadi pilihan. Taman tema Epcot hanya ada di Disneyland Orlando jer dan takde kat tempat lain. Epcot menampilkan elemen-elemen futuristik.

Epcot Disneyland
lagi tempat menarik di Epcot Disneyland
Suasana semasa hujan turun
Bagi mereka yang nak tengok pertunjukan bunga api kat Disneyland.... kena tunggu malam sikit baru nampak. Maksudnya kena balik lewat iaitu naik bas yang ke-3. Bagi mereka yang lain ada pulang lebih awal akibat kepenatan samada naik bas pertama atau bas ke-2.

Fireworks di Disneyland Orlando
Makan tengahari dan makan malam memang makan sendiri sendiri kat sini... Ingat tak semua delegasi dah dapat duit poket masa kat airport haritu??? Masa ni lah kalau nak gunakan duit poket tu... hehe...

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA

SELAMAT MALAM ORLANDO, FLORIDA!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Summer In Orlando, Florida - Part 1

Summer In Orlando, Florida - Part 3





Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...