Monday, June 6, 2016

Final Nations Cup Malaysia 2016 - Thailand 2 Malaysia 1



Tamat sudah cabaran skuad negara di bawah bimbingan Frank Bernhardt dalam Nations Cup Malaysia 2016. Pada perlawanan akhir, skuad negara tewas kepada Thailand dengan jaringan 2-1. Ini juga adalah sebahagian daripada persiapan skuad negara menjelang Sukan Sea 2017 tahun hadapan. Pasukan Thailand dibimbing oleh bekas pemain import Kelantan dari Thailand iaitu Worrawoot Srimaka.






Nations Cup Malaysia 2016 ni adalah kejohanan buat julung kalinya yang disertai oleh pasukan bawah 21 tahun dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam. Format perlawanan adalah kalah mati dimana Thailand diundi bertemu Vietnam dan Malaysia pula bertemu Singapura. Thailand layak ke perlawanan akhir setelah menang 2-0 ke atas Vietnam manakala Malaysia layak ke akhir setelah menewaskan Singapura 3-0.

Malaysia berjaya membenam Singapura dengan jaringan 3-0 walaupun Singapura diperkuatkan dengan pemain sayap Adam Swandi yang berpengalaman bermain di Liga Perancis bersama FC Metz selama 2 tahun. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Shafawi Rashid, Syafiq Ahmad dan Syamie Iszuan.

Syafiq Ahmad selepas menajringkan gol ke-2

Tiada perubahan besar dalam skuad Frank Bernhardt kali ini melainkan posisi penjaga gol diisi oleh Amierul Hakimi (Terengganu), pemain sayap JDT II iaitu Syazwan Andik diletakkan di posisi pertahanan kiri manakala Adam Nor Azlin (Selangor) menggantikan S Kumaahran yang bersama skuad senior.

Pada perlawanan akhir menentang Thailand, Frank Bernhardt mengekalkan barisan pemain kecuali 2 orang pemain dari Kuala Lumpur iaitu Arif Anwar menggantikan Adam Nor Azlin di bahagian serangan manakala Irfan Zakaria menggantikan Shahrul Hakim di posisi tengah.

Walaupun dikejutkan dengan gol awal Thailand melalui set piece namun pasukan negara kembali menyamakan kedudukan melalui Syamie Iszuan yang menyudahkan hantaran menarik daripada Syafawi Rashid di sebelah kiri. Namun pemain tengah Zuasyraf yang masuk di separuh masa kedua membuat kesilapan hantaran sehingga menyebabkan Thailand menjaringkan gol kemenangan menerusi counter attack.

Kapten Thailand yang kontroversi menjaringkan gol kemenangan

Banyak yang perlu diperbaiki oleh skuad negara sebelum Sukan Sea 2017 tahun hadapan. Lebih banyak perlawanan kompetitif perlu diadakan supaya Frank Bernhardt mempunyai idea siapakah yang terbaik untuk menjadi pemain utama negara untuk Sukan Sea 2017

Ayuh.... Ayuh Malaysiaku!

Harimau Malaysia.... tunjukkan belangmu!


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...