Wednesday, April 27, 2016

7 Jenis Buah Bagus Untuk Kesihatan Mata - #5 dan #6 Memang Rare!



Mata ialah antara organ yang penting pada tubuh badan kita. Mata membolehkan kita nampak warna warni kehidupan. Kekurangan atau kurang upaya pada mata atau penglihatan akan menyebabkan hidup kita kurang seri berbanding orang lain. Nikmat penglihatan ialah antara nikmat yang perlu kita syukuri!

Tanpa kita sedari di sekeliling kita banyak punca yang boleh menyebabkan mata kita rosak ataupun ditimpa penyakit. Antara penyebabnya ialah faktor keturunan, pencemaran dan juga makanan! Langkah pencegahan adalah perlu untuk pastikan mata kita sihat dan boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.


Berikut adalah beberapa jenis makanan yang dicadangkan untuk meningkatkan tahap kesihatan mata kita :-

1. Buah rambutan - Kaya dengan Vitamin C dan Bioflavanoids (Vitamin C Complex). Gabungan kedua-dua nutrisi ini bersifat antioksida dan merupakan ejen anti radang yang bagus untuk kesihatan mata. Ini kerana kesihatan mata kita akan merosot apabila umur semakin meningkat



2. Buah nona - dikenali dengan nama Custard Apple atau Sugar Apple. Buah nona juga sering kali disalah anggap sebagai Articok kerana fizikalnya yang hampir serupa. Selain daripada Vitamin C dan Vitamin B, buah nona kaya dengan potasium. Potasium sangat bagus untuk mengawal lebihan air di bawah kulit yang menyebabkan mata bengkak



3. Buah nangka - kaya dengan Vitamin C. Vitamin C membantu mengurangkan risiko katarak dan kemerosotan makula akibat penuaan. Kemerosotan makula (macular degeneration) boleh menyebabkan hilang penglihatan



4. Buah manggis - Kaya dengan Vitamin B Kompleks yang membantu mengurangkan risiko kemerosotan makula di kalangan wanita



5. Buah tangan Buddha - Kaya dengan Vitamin C yang membantu melindungi salur darah halus dalam retina mata



6. Buah kiwano - juga dikenali sebagai tembikai bertanduk. Kaya dengan Provitamin A seperti beta karotena yang membantu melindungi permukaan mata serta bagus untuk penglihatan malam



7. Buah naga - Kaya dengan Vitamin C yang membantu menyuburkan kornea mata



Sumber : allaboutvision.com 


Pastikan kita makan buah yang baru dipetik untuk memastikan khasiat dan nutrisi dalam buah tersebut tidak berkurangan. Ini kerana kandungan nutrisi atau vitamin dalam buah akan berkurangan setiap hari semenjak buah itu dipetik.


Kesimpulannya ada banyak nutrisi yang membantu kepada kesihatan mata kita seperti Vitamin B Kompleks, Vitamin C, minyak ikan Omega-3 dan juga antioksida yang lain. Namun begitu, kajian mendapati bahawa antioksida yang terdapat dalam provitamin A seperti Lutein dan Zeaxanthin adalah yang terbaik untuk melindungi kesihatan mata

Untuk kesihatan mata yang optimum, sangat digalakkan untuk mengambil suplemen yang terbukti berkesan secara klinikal, sentiasa selamat digunakan dan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Carotomax


Carotomax - sumber Pro Vitamin A terbaik di pasaran

Carotomax mengandungi nutrisi-nutrisi terbaik untuk kesihatan mata seperti Alpha Karotena, Beta Karotena, Lycopene, Astaxanthin, Lutein dan Zeaxanthin. Kandungan antioksida dalam Carotomax bukan sahaja membantu melindungi kesihatan mata, malah membantu melindungi kesihatan kulit dan mencegah kanser secara serentak!


Testimoni pengguna Carotomax





Berminat untuk mendapatkan sumber Pro Vitamin A yang terbaik di pasaran ini???

PM kami di Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...