Thursday, March 24, 2016

Skuad Projek Sukan Sea 2017 - Resipi Pertama Coach Frank Bernhardt



Semalam berlangsungnya perlawanan persahabatan di antara pasukan Malaysia B22 dan juga Filipina B22 di Stadium Paroi yang berkesudahan pasukan negara menang 4-1. Skuad negara bawah 22 tahun ni ialah skuad projek Sukan Sea 2017 di bawah kendalian jurulatih dari Jerman, Frank Bernhardt.

Setelah pencapaian yang sangat memalukan dalam Sukan Sea 2015 di Singapura, beberapa rombakan dibuat kepada pasukan muda negara termasuklah mengambil jurulatih dari luar, Frank Bernhardt manakala Datuk OKS telah dinaikkan sebagai jurulatih skuad utama negara. Barisan pemain negara menentang Filipina ini nampak banyak variasi tidak seperti skuad Sukan Sea 2015 yang lalu seolah-olah ketandusan penyerang muda.

Baca : Skuad Sukan Sea 2015


Sebelum mengendali skuad muda negara, Frank Bernhardt menjadi pembantu pengurus kepada pasukan simpanan dan remaja St Pauli dalam Liga Jerman, mengendalikan pasukan Estonia bawah 19 dan 21 tahun dan yang terakhir menjadi pengurus kepada kelab Kalev Tallinn di Estonia.


Frank Bernhardt ketika menjadi jurulatih pasukan simpanan dan remaja St Pauli

Frank Bernhardt bersama pasukan remaja Estonia

Pada separuh masa pertama, Frank Bernhardt membariskan pemain-pemain berikut dalam barisan skuad bawah 22 tahun menentang pasukan Filipina bawah 22 tahun :-





Separuh masa pertama tamat dengan jaringan 2-0 hasil jaringan daripada Arif Farhan dan juga S Kumaahran. Kedua-dua gol disumbangkan hasil gerakan daripada bahagian sayap kanan yang diketuai oleh Syamie Iszuan.

Pemain kacukan Ghana-Sarawak, Rodney Celvin Akwensivie

Sebaik saja separuh masa ke-2 bermula, Frank Bernhardt membuat pertukaran di bahagian serangan dan pertahanan. Syafiq Ahmad masuk menggantikan Jafri Firdaus Chew manakala pemain kacukan Ghana-Sarawak, Rodney Celvin masuk menggantikan Adib Zainuddin. Setelah Arif Farhan dikeluarkan, barisan pemain negara kelihatan seperti berikut :-





Perlawanan tamat dan berkesudahan dengan jaringan 4-1. 2 lagi gol negara dihasilkan melalui tandukan N. Thanabalan yang menyambut tendangan percuma Farhan Roslan. Manakala gol ke-4 dijaringkan oleh Farhan Roslan melalui sepakan penalti.

Masih terlalu awal untuk menilai skuad projek Sukan SEA 2017 ini, tapi ada beberapa orang pemain baru yang mampu pergi jauh seperti Syamie Iszuan (Sarawak) dan Khairil Anuar (Perak). Dengan tersenarainya Haziq Nazli (PDRM) dan Adib Zainuddin (UiTM) telah membuktikan bahawa tidak semestinya bermain dengan kelab besar akan menjamin peluang bermain dengan pasukan kebangsaan.

Syamie Iszuan (No 21)

Selain itu, ada beberapa orang lagi pemain-pemain muda yang masih belum diturunkan seperti bekas ketua pasukan Harimau Muda C, Dominic Tan Jui Jin yang kini beraksi bersama JDT II. Perlu diingatkan bahawa 3 orang bintang muda negara terlibat dengan skuad utama kebangsaan iaitu Mathew Davies (Pahang), Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah) dan Adam Nor Azlin (Selangor).

Skuad Projek Sukan Sea 2017 ini juga masih belum dimuktamadkan. Ini bermakna peluang masih ada untuk mana-mana pemain muda dalam Liga Malaysia untuk menyinar dengan pasukan masing-masing untuk menraik perhatian coach Frank Bernhardt sebelum diserapkan dalam skuad Projek Sukan Sea 2017 ini.

Baca : Malaysia B22 (1) Nepal (1)


Ayuh.... ayuh Malaysiaku!

#tunjukkanbelangmu




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...