Tuesday, March 29, 2016

Malaysia B22 (1) Nepal (1) : Eksperimen Seterusnya Frank Bernhardt



Selesai game persahabatan ke-2 untuk Skuad Projek Sukan Sea 2017 dimana pasukan negara akhirnya berjaya mengikat pasukan Nepal dengan jaringan 1-1. Berbanding game masa lawan Filipina bawah 22 tahun, game lawan Nepal nampaknya lebih mencabar dengan corak permainan pasukan Nepal yang lebih fizikal dan pantas dibantu dengan sokongan padu daripada penyokong mereka yang membanjiri Stadium Paroi.

Baca : Malaysia B22 (4) Filipina B22 (1)




Frank Berndhart telah menampilkan muka-muka baru seperti Zairulizwan (T-Team), Shahrul Hakim (Kelantan) dan Raphi Azizan (Kedah) dalam game ini. Namun, kesilapan demi kesilapan telah menyebabkan Raphi Azizan dikeluarkan lebih awal iaitu pada minit ke-40 dan digantikan dengan Danish Haziq (N.Sembilan).

Gol Nepal di separuh masa pertama juga berpunca daripada kesilapan ketua pasukan Faris Shah sehingga menyebabkan bola dengan mudah dirampas oleh penyerang Nepal, Bharat Kawas dan terus menjaringkan gol. Beginilah formasi yang digunakan pada separuh masa pertama :-




Pada separuh masa kedua, pasukan negara tampil dengan formasi yang lebih menyerang. Zairulizwan dan Syamie Iszuan yang tidak efektik pada separuh masa pertama dikeluarkan dan digantikan dengan Syazwan Andik dan S. Kumaahran. Namun gol yang dicari-cari tidak juga kunjung tiba.

Arif Anwar - penyerang skuad Piala Presiden Kuala Lumpur

Akhirnya, pasukan negara dapat juga menyamakan kedudukan menerusi penyerang gantian Arif Anwar yang bijak menyudahkan peluang setelah mendapat hantaran cantik daripada Shahrul Hakim. Selain daripada Arif Anwar, Syazwan Andik dan Zuasyraf juga membuat penampilan pertama dalam Skuad Projek Sukan Sea 2017 ini.





Game pertama lawan Filipina B22 nampak lebih menarik berbanding dengan game lawan Nepal ni. Apa-apa pun mereka semua sedang dalam proses ujian dan percubaan serta diperhatikan oleh coach Frank Bernhardt. Perjalanan masih jauh dan banyak peluang di hadapan yang perlu budak-budak ni manfaatkan.

Hanya yang terbaik saje akan dipilih oleh coach Frank Bernhardt untuk menjadi skuad utama dalam Projek Sukan Sea 2017 ni.

Ayuh..... Ayuh Malaysiaku!

#tunjukkanbelangmu



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...