Friday, January 15, 2016

Ahlan Wa Sahlan Ya Mohamed Elneny!



Kalau tahun lepas, Arsenal beli Gabriel dari Villareal masa tingkap perpindahan Januari untuk cover bahagian pertahanan yang semakin merapuh. Kali ni, Arsenal beli Mohamed Elneny, pemain Mesir yang sebelum ni beraksi di Switzerland dengan kelab FC Basel dengan yuran perpindahan antara 5 juta pound hingga 7.4 juta pound.


Mohamed Elneny atau nama penuhnya "Mohamed Naser Elsayed Elneny" bermain di posisi tengah bertahan, dijangka mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Mikel Arteta yang semakin merosot persembahannya. Posisi ini nampaknya akan dipegang oleh pemain yang semakin meningkat naik, Francis Coquelin yang kini dihimpit dengan kecederaan serius.

Cari Rumah/Apartment Cantik Untuk Disewa Di Mesir

Ahlan Wasahlan dan selamat datang ke Arsenal!

Selama ini, Arsenal akan menggunakan Santi Cazorla atau Aaron Ramsey di posisi ini, namun kedua-dua pemain ini mempunyai potensi menyerang yang lebih baik daripada potensi bertahan. Dengan susuk badan yang tegap, Mohamed Elneny dijangka mampu menyaingi corak permainan fizikal dalam Liga Perdana Inggeris sesuatu yang sukar dilakukan oleh Coquelin, Ramsey, Carzola mahupun Arteta.

Sahabat baik Mohamed Elneny telah terlebih dahulu ke England bersama Chelsea iaitu Mohamed Salah. Kini Mohamed Salah dipinjamkan ke kelab Itali, AS Roma dari Chelsea. Mohamed Elneny masih berusia 23 tahun setahun lebih muda dari Coquelin dan masih banyak yang boleh diharapkan oleh Arsenal daripada Elneny.

Mohamed Elneny (kanan) bersama sahabat baiknya Mohamed Salah ketika ziarah Masjid Al-Aqsa

Antara sebab Arsenal membeli Mohamed Elneny ialah kerana dia mempunyai mentaliti seorang juara kerana telah banyak kali mengecapi kejuaraan bersama FC Basel di Switzerland. Mohamed Elneny juga mempunyai pengalaman luas beraksi di kancah Eropah samada dalam Champions League ataupun UEFA Cup.

Selain itu, Mohamed Elneny juga dilabelkan sebagai "tireless midfielder" serta mampu mebuat hantaran dan passing yang baik. Mengikut rekod Mohamed Elneny juga jarang cedera dan mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Mohamed Elneny bukanlah pemain Mesir pertama yang bermain untuk Arsenal. Pada tahun 1920-an, seorang pemain Mesir bernama Sedak Fahmy (dikenali dengan panggilan Abdul) bermain dengan pasukan simpanan Arsenal di posisi sayap kiri. Kemudian pada tahun 2002, Arsenal membeli Rami Shaaban penjaga gol Sweden yang mempunyai bapa warganegara Mesir. Kemudian pada tahun 2004, pemain pertahanan kanan Ahmed Fathy pernah bermain untuk Arsenal dalam beberapa siri perlawanan persahabatan tetapi gagal untuk mendapatkan kontrak bersama Arsenal.

Mohamed Elneny ketika FC Basel menentang Real Madrid

Semoga reputasi dan statistik cemerlang Mohamed Elneny selama ini akan diterjemahkan di atas padang dan membantu Arsenal untuk muncul sebagai juara pada musim ini.

Cari Rumah/Apartment Cantik Untuk Disewa Di Mesir


Ahlan Wasahlan Ya Mohamed Elneny!

COYG!




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...