Wednesday, December 2, 2015

Pengalaman Bercuti Di Itali - Winter In Florence



22.11.2015 (Day 3)

BUONGIORNO MILANO! SELAMAT PAGI MILAN!


Terkebil-kebil mata di awal pagi.... maklumlah jetlag. Kat Milan baru pukul 3.30 pagi, tapi mata dah segar bugar. Beza waktu Itali dengan Malaysia kalau musim sejuk dan musim luruh ialah 7 jam. Masa musim panas dan musim bunga pulak beza waktunya ialah 6 jam.

Baca : Sebab Perbezaan Masa Dunia Tak Sama Ketika Musim Panas Dan Musim Sejuk


Paksa diri untuk tidur jugak... subuh pun 2 jam lagi. Lepas subuh, kemas beg sebab dah nak check out menuju ke Florence pulak. Satu hari satu malam je kami di bandar Milan.... Itupun dah ok.... Kami bersarapan di hotel seperti biasa. Suhu awal pagi agak sejuk lebih kurang 2 C sebab malam semalam hujan renyai. Suhu bila matahari naik pun paling tinggi ialah 14 C.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali

Antara sarapan pilihan di Melia Milano Hotel

Kat Milan pun ada Kopi Ginseng

Sarapan terakhir di bumi Milan

Sementara tu beg-beg besar kami akan diangkut menggunakan trak menuju ke bandar Florence yang mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Trak-trak putih ini yang memunggah luggage kami dan terus dihantar ke Florence

Kami pulak akan menuju ke stesen keretapi di Milan yang dikenali sebagai Milano Stazione Centrale dengan menaiki bas untuk naik bullet train menuju ke bandar Florence. Perjalanan dari Milan ke Florence mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit saje kalau guna bullet train.

Stesen Keretapi Milan Sentral pada tahun 1865

Laluan masuk ke platform-platform

Alhamdulillah.... kami semua diberikan tempat duduk dalam business class

Alhamdulillah... syukur.... sebab kami semua akan naik bullet train ni dalam coach business class yang sangat selesa. Tak sangka jugak dalam bullet train yang laju ni kita akan alami tekanan udara yang berubah mendadak dalam telinga, lebih-lebih lagi jika bullet train masuk dalam laluan terowong ataupun kawasan underground.

CIAO!


SELAMAT DATANG FLORENCE!

Alhamdulillah.... selamat tiba di stesen keretapi bandar Florence ataupun dikenali sebagai Firenze S.M.N. (Firenze Santa Maria Novella). Suhu paling rendah di bandar Florence pada hari ini ialah 3 C dan yang paling tinggi ialah 12 C.



Tiba saja di stesen Florence, kami menuju ke Pusat Islam Florence ataupun Masjid at-Taqwa untuk buat solat jamak. Rasa sangat bersyukur dapat solat di sini sebab pada asalnya memang tiada dalam jadual program. Tempat ni takdelah besar sangat, cukup sekadar muat untuk umat Islam di bandar Florence ini menunaikan ibadat mereka dan menuntut ilmu di sini.

Pusat Islam Florence


BUONA SERA FIRENZE! SELAMAT PETANG FLORENCE!

Selesai solat, kami berjalan kaki menuju ke kedai pizza yang bernama Rubaconte untuk makan tengahari. Agak lewat makan tengahari kali ni... local time lebih kurang pukul 2.30 pm.

Bergambar kenangan di Rubaconte

Hidangan bayam dan daging adalah antara menu yang disediakan

Selesai makan tengahari, kami mulakan 'city tour' di bandar Florence dengan singgah di destinasi pertama iaitu Piazza del Duomo yang utama di Florence, juga dikenali sebagai Florence Cathedral. Duomo dalam bahasa Itali bermaksud House of God.... Duomo ni berfungsi sebagai pusat untuk lapangan agama diorang di bandar Florence.

Piazza del Duomo Florence pada abad ke-18

Piazza del Duomo Florence pada abad ke-21

Kemudian kitorang pergi ke tempat kedua iaitu lapangan politik bandar Florence yang dikenali sebagai Palazzo Vecchio (Istana Lama), Piazza della Signoria yang telah dibina sejak abad ke-14 lagi.

Piazza della Signoria satu ketika dahulu

Piazza della Signoria pada zaman moden

Seterusnya kami terus jalan kaki menuju ke destinasi ketiga yang dikenali sebagai Uffizi iaitu kawasan galeri bersejarah di Florence. Perkataan "Uffizi" bermaksud office iaitu pejabat.... dahulunya Uffizi ni ialah kawasan pentadbiran yang sibuk dengan macam-macam jenis pejabat pentadbiran.

Uffizi pada abad ke-16

Uffizi pada abad ke-21

Kami terus jalan kaki dan sampai di destinasi keempat iaitu sebuah jambatan bersejarah dan cantik merentasi Sungai Arno dikenali sebagai Ponte Vecchio. "Ponte Vecchio" dalam bahasa Itali bermaksud "jambatan lama".

Ponte Vecchio ialah satu-satunya jambatan yang merentasi Sungai Arno, Florence
terselamat daripada kena bom semasa Perang Dunia Ke-2
Terdapat bermacam-macam jenis kedai dan restoran di atas Ponte Vecchio

Tanpa disedari kitorang dah jalan kaki merentasi bandar Florence sejauh 12km! Fuhhh...... Selesai 'city tour' barulah kami pergi membeli-belah di bandar Florence. Antara tempat tumpuan ialah Hard Rock Cafe dan juga pelbagai gerai yang banyak menjual barangan kulit berkualiti.

Mengikut sejarah, sejak dulu lagi kota Florence menghasilkan banyak barangan kulit yang berkualiti. Orang-orang Florence bertukar barang dagangan dengan orang Arab yang membawa emas. Barangan kulit di Florence sangat lembut dan amat berkualiti kerana menggunakan kulit anak lembu atau kulit anak rusa.

Beli T-Shirt sehelai pun jadilah.....

Yang selebihnya window shopping je lah....

Kemudian kami semua berkumpul untuk menaiki bas dan menuju ke tempat makan malam di sebuah restoran elit yang dikenali sebagai Palazzo Borghese Firenze. Baru ku tahu... rupa-rupanya makanan di sini sangat kaya dengan keju, kentang dan sayur bayam. Nampaknya bukan semua orang boleh makan makanan Itali... hehe....

Ayam Belanda + Bayam + Kentang

Selesai makan malam, kami pergi check in di hotel. Di Florence kami tinggal di Hotel Hilton Florence Metropole. Alhamdulillah.... beg yang dihantar dengan trak pun dah selamat sampai ke bilik.

Pintu masuk hotel


BUONA NOTTE FIRENZE! SELAMAT MALAM FLORENCE!



23.11.2015 (Day 4)

BUONGIORNO FIRENZE! SELAMAT PAGI FLORENCE!


Sarapan di hotel Hilton ialah sarapan pertama di bandar Florence. Memang susah nak cari nasi lemak, roti canai atau mee goreng kat sini. Yang ada cuma kuskus... huhu... teringat kenangan di US tahun lepas masa 1st time makan kuskus.

Hidangan kuskus di pagi hari
Terima kasih Shaklee kerana sentiasa memastikan kebajikan peserta Muslim terjaga

Baca : Pengalaman 1st Time Makan Kuskus di USA


Buat pertama kalinya mengikut ramalan kaji cuaca hari ni dijangka akan shower atau hujan renyai. Ini bermakna suhu sejuk sedia ada akan drop lagi. Suhu pada hari ini adalah dari 2 C hingga 10 C. Perjalanan hari ini pulak ialah menempuh perjalanan selama 1 jam 15 minit menuju ke bandar Pisa, Itali dari bandar Florence. Bila sebut Pisa semua orang tahu apa ada di situ.

Group photo di Menara Condong, Pisa

Menara Condong Pisa ini menjadi senget kerana sebahagian tanah di bahagian asas menara ini didapati lembut dan menyebabkan menara ini condong sedikit.

Menara condong Pisa ni dibuat daripada marmar. Walaupun tak setinggi menara-menara lain tetapi berat Menara Condong Pisa ni adalah 2 kali ganda berat Menara Eiffel di Paris. Lawatan di sini berakhir dengan gambar foto secara berkumpulan di Menara Condong Pisa

Selesai di sini, kami berjalan kaki menuju ke restoran India bernama Bollywood Pisa yang berhampiran untuk makan tengahari dan solat jamak dalam restoran tersebut.

Selera rakyat Malaysia


BUONA SERA FIRENZE! SELAMAT PETANG FLORENCE!

Selepas makan tengahari, kami kembali ke bandar Florence untuk ke Piazza Michelangelo iaitu sebuah dataran di atas bukit. Di sini juga, kami boleh nampak pemandangan kota Florence yang cantik. Hujan renyai yang turun juga menjadikan suhu semakin sejuk.

Michelangelo sangat kagum dengan David
sehingga mengukir satu monumen khas untuk David
Pemandangan Ponte Vecchio yang merentasi Sungai Arno
Pemandangan bandar Florence dari Piazza Michelangelo

Kemudian kami pergi ke tempat shopping yang dikenali sebagai The Mall (luxury outlet). Di sini terkumpulnya barang-barang yang berjenama mewah tetapi lebih murah berbanding yang original. Off course terdapat defect pada barang-barang ni tapi diorang pun tak tahu defect bahagian mana. So, terpulang pada kita nak beli ke tak...




Selesai membeli belah, kami menuju ke sebuah Villa antik yang telah dijadikan sebagai restoran berhampiran dengan Piazza Michelangelo. Nama tempat makan tu ialah Le Certosa Ristorante

Spaghetti kupang adalah sebahagian daripada menu yang disediakan
Bergambar kenangan di Le Certosa

Selesai makan malam kami kembali ke hotel dan bersiap-siap untuk packing sebab esok dah nak gerak ke Rom.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali


BUONA NOTTE FIRENZE! SELAMAT MALAM FLORENCE!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :



Winter In Milan, Italy

Winter In Rome, Italy - Part 1


Winter In Rome, Italy - Part 2



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



1 comment:

  1. Blog yang menarik, mengingatkan saya akan Sungai Arno , sungai ini melewati Florence, dan lewat dibawah jembatan-jembatan Ponte Vecchio, Ponte alle Grazie dan Santa Trinita.
    Saya mencoba menulis blog tentang hal ini, semoga anda juga suka blog di https://stenote-berkata.blogspot.hk/2018/04/florence-sepanjang-sungai-arno.html

    ReplyDelete

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...