Tuesday, December 15, 2015

Liga Remaja UEFA 2015/2016



Liga Remaja UEFA ataupun Liga Juara-Juara Eropah untuk budak-budak remaja ni dah tahun ke-3 diadakan. Liga Remaja UEFA telah dianjurkan setelah kejohanan NextGen Series yang dianjurkan oleh syarikat swasta British dilihat berjaya. NextGen Series juga menganjurkan perlawanan kompetitif untuk remaja bawah 19 tahun. NextGen Series hanya diadakan selama 2 tahun sebelum digantung akibat masalah kewangan dan juga "tidak kompetitif" dan digantikan dengan Liga Remaja UEFA.

Samuele Longo (kuning) - bintang Inter Milan dalam NextGen Series 2011/2012 dipinjamkan ke kelab Frosinone

Edisi pertama NextGen Series 2011/2012 telah dimenangi oleh Inter Milan (Itali) yang telah menewaskan Ajax (Belanda) 5-3 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan seri 1-1 di perlawanan akhir. Edisi ke-2 musim 2012/2013 pula telah dimenangi oleh Aston Villa (England) yang telah mengejutkan Chelsea (England) dengan jaringan 2-0.

Bintang Aston Villa dalam NextGen Series 2012/2013 Graham Burke telah berhijrah ke Notts County

Pada edisi pertama Liga Remaja UEFA iaitu 2013/2014, Barcelona (Sepanyol) muncul juara setelah menewaskan Benfica (Portugal) 3-0 di perlawanan akhir. Pemain terbaik kejohanan ialah Munir El-Haddadi dari Barcelona. 

Munir El-Haddadi (kiri) bintang Liga Remaja UEFA 2013/3014 yang masih diperlukan Barcelona

Pada edisi kedua tahun lepas pula iaitu 2014/2015, Chelsea (England) muncul juara setelah membenam Shakhtar Donetsk (Ukraine) dengan jaringan 3-2 pada perlawanan akhir. Penyerang Chelsea, Dominic Solanke muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Dominic Solanke (kanan) bintang Liga Remaja UEFA 2014/2015 yang dipinjamkan ke kelab Belanda, Vitesse  Arnhem

Dalam kedua-dua kejohanan Liga Remaja UEFA sebelum ini, format yang digunakan ialah format biasa iaitu sekiranya pasukan senior mereka layak ke peringkat kumpulan dalam Liga Juara-Juara Eropah, maka pasukan remaja mereka juga akan bertanding dalam kejohanan Liga Remaja UEFA atau UEFA Youth League ini.

Namun begitu, format pada edisi kali ni agak berbeza sedikit apabila mula diperkenalkan Champions League Path (Laluan Liga Juara Eropah) dan Domestic Champions Path (Laluan Juara Tempatan). Ini kerana tidak semua pasukan remaja yang ada di Champions League Path adalah sekuat pasukan senior mereka. Kemasukan juara tempatan dari negara masing-masing dilihat sebagai satu tindakan yang bijak bagi meningkatkan lagi kompetitif kejohanan ini.


Champions League Path

Apa yang berlaku ialah juara setiap kumpulan di Champions League Path akan layak ke peringkat kalah mati secara terus. Manakala naib juara kumpulan pula akan diundi bertemu dengan mana-mana pasukan yang telah melepasi pusingan kelayakan dalam Domestic Champions Path. 

Sekiranya juara tempatan memang sudah ada dalam Champions League Path, maka tiada wakil dari negara tersebut akan bertanding dalam Domestic Champions Path. Ini terjadi kepada Porto, Shakhtar Donetsk, Olympiacos, Maccabi Tel Aviv dan Dinamo Zagreb.

Juara kumpulan yang layak secara automatik ke pusingan kalah mati ialah Paris St Germain, PSV Eindhoven, Benfica, Manchester City, Barcelona, Dinamo Zagreb, Chlesea dan Lyon.

Naib juara kumpulan yang akan ke pusingan play off ialah Real Madrid, CSKA Moscow, Atletico Madrid, Sevilla, Roma, Arsenal, Dynamo Kiev dan Valencia.

Diogo Gonvalces - bintang Benfica yang dijangka menyinar pada edisi kali ini


Domestic Champions Path

Sebanyak 32 pasukan akan masuk pusingan pertama kalah mati. Pemenang pusingan pertama ini akan ke pusingan kedua peringkat kalah mati dimana pemenang peingkat ini pula akan diundi untuk bertemu naib juara kumpulan dalam Champions League Path.

Pemenang pusingan ke-2 kelayakan Domestic Champions Path yang akan ke pusingan play off ialah Celtic (Scotland), Elfsborg (Sweden), Anderlecht (Belgium), Middlesbrough (England), Ajax (Belanda), Red Bull Salzburg (Austria), Midtjylland (Denmark) dan Pribram (Republik Czech).

Abdelhak Nouri (oren) bakal mengemudi jentera tengah Ajax dalam Liga Remaja UEFA ini


Undian Play-Off Liga Remaja UEFA 2015/2016

Ajax (Belanda) vs Sevilla (Sepanyol)

Pribram (Republik Czech) vs CSKA Moscow (Rusia)

Red Bull Salzburg (Austria) vs Roma (Itali)

Anderlecht (Belgium) vs Arsenal (England)

Celtic (Scotland) vs Valencia (Sepanyol)

Elfsborg (Sweden) vs Real Madrid (Sepanyol)

Middlesbrough (England) vs Dynamo Kiev (Ukraine)

Midtjylland (Denmark) vs Atletico Madrid (Sepanyol)

Laluan wakil dari England ke peringkat kalah mati agak sukar kerana Middlesbrough akan bertemu dengan naib juara musim lepas iaitu Shakhtar Donetsk manakala Arsenal akan bertemu Anderlecht yang layak hingga ke separuh akhir musim lepas.

Sukar juga untuk meramalkan pertemuan yang lain akibat kekurangan maklumat dan juga kecenderongan mana-mana pasukan remaja yang beraksi secara yoyo dan tidak konsisten. Perlawanan play-off ini akan berlangsung pada 9 dan 10 Februari 2016.




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...