Friday, November 20, 2015

Kombinasi Vitamin C dan Vitamin E - Kulit Cantik Melambangkan Kesihatan Tubuh Badan Seseorang???



Umum mengetahui bahawa selain daripada Vitamin A.... Vitamin C dan Vitamin E juga merupakan antioksida yang kuat. Peranan Antioksida dalam menentang Radikal Bebas telahpun diterangkan sebelum ini.

Gabungan antara Vitamin C dan Vitamin E juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Bagaimana ia boleh berlaku??? Ini kerana radikal bebas adalah salah satu ejen yang mencepatkan proses penuaan. Ini bermaksud kita akan nampak lebih tua daripada usia kita. 

Oleh itu suatu antioksida yang sangat kuat diperlukan bagi menyingkirkan radikal bebas yang mencepatkan proses penuaan kita semua. Bukan muka kita nampak tua sahaja menjadi masalah... tetapi apabila semua organ dalam badan kita menjadi tua sebelum usia sebenar... itulah masalah utamanya.



Faedah-faeadah lain kombinasi Vitamin C dan Vitamin E

Selain daripada apa yang telah dinyatakan di atas, Vitamin C dan Vitamin E juga berperanan seperti berikut :-

1) mengelakkan kehilangan tulang - kajian menunjukkan bahawa kombinasi 2 antioksida kuat ini membantu pada ketumpatan tulang

2) melindungi arteri - kolesterol LDL (jahat) yang terkumpul boleh menyebabkan oksidasi pada arteri dan boleh menyebabkan arteri pecah. Arteri pecah boleh menyebabkan penyakit seperti strok. Vitamin C dan Vitamin E juga menghalang pengumpulan kolesterol dalam salur darah

3) menghalang penyakit AMD (Age-related Macular Degeneration) - sejenis penyakit yang berkait rapat dengan kebutaan. Kurang antioksida dalam tubuh boleh sebabkan penyakit ini.

4) mengurangkan risiko penyakit Alzheimer - sejenis penyakit nyanyuk atau hilang ingatan ini disebabkan oleh sel-sel otak dan memori telah rosak disebabkan oleh serangan radikal bebas. Kurang antioksida dalam tubuh boleh menyebabkan penyakit Alzheimer ini.

5) membantu menentang penyakit kanser - kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C yang banyak boleh menentang kanser. Begitu juga dengan darah yang mengandungi kandungan Vitamin E yang tinggi boleh mencegah kanser



Jadi, kita sebenarnya bukanlah hanya mementingkan kecantikan dan ingin nampak muda semata-mata, sebaliknya kesihatan sejagat adalah lebih penting daripada itu. Radikal bebas akan menyebabkan sel-sel dalam badan menjadi keliru dan rosak serta tidak menjalankan fungsi tubuh yang sebenar.



Organ-organ tubuh kita yang terbina daripada sel-sel yang sudah rosak menjadi tidak bermaya serta menajdi lemah. Itulah yang menyebabkan kita nampak lebih tua daripada biasa. Organ paling ketara dan paling mudah dilihat ialah kulit kita sendiri.

Ini bermaksud jika kulit kita tidak sihat dan nampak tua, perkara yang sama juga berlaku kepada organ-organ kita yang lain seperti mata, telinga dan juga organ dalaman seperti jantung, hati, usus dan lain-lain lagi. Sebab itu orang yang kulitnya cantik secara semulajadi adalah lebih sihat daripada orang yang kulitnya tidak berapa cantik.


Jadi, sudahkah anda mengambil Vitamin C dan Vitamin E harian anda?

Jika sudah, adakah pengambilan Vitamin C dan Vitamin E menepati sukatan minimum yang perlu anda ambil?

Adakah Vitamin C dan Vitamin E yang anda ambil benar-benar semulajadi, selamat dan berkesan?





Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...