Monday, November 30, 2015

Kepentingan, Kelebihan Dan Fungsi Vitamin Dan Mineral Kepada Manusia



Soal Jawab Kepentingan Beberapa Jenis Vitamin dan Mineral Kepada Tubuh Badan Kita

S1 : Vitamin apakah membantu kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem pernafasan, sistem imun dan rambut yang sihat?

J : Vitamin A

S2: Vitamin apakah yang memperkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis?

J : Vitamin D

S3 : Vitamin apakah berfungsi sebagai anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar aliran darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, artritis, baik untuk sistem pembiakan lelaki dan mengurangkan kesan parut?

J : Vitamin E

S4 : Vitamin apakah berfungsi sebagai anti-oksida, melawan kanser, merangsang pembentukan kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, mencepatkan penyempuhan luka, mencegah selesema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah?

J : Vitamin C

S5 : Vitamin apakah membantu kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit?

J : Asid Folik atau Vitamin B9

S6 : Vitamin apakah menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, bantu masalah keresahan, mabuk laut/darat dan mengurangkan petanda herpes zoster atau kayap?

J : Vitamin B1

S7 : Vitamin apakah menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, mulut dan kekejangan?

J : Vitamin B2

S8 : Vitamin apakah menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, mengurangkan kolesterol dalam darah, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau dan baik untuk perut dan usus?

J : Vitamin B3

S9 : Vitamin apakah membantu metabolisma protein, membaiki otot, senggugut, berfungsi sebagai penenang, membekalkan tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis (jangkitan lidah), dermatitis (jangkitan kulit), kekejangan, kebas dan anemia?

J : Vitamin B6

S10 : Vitamin apakah membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, membantu selera makan, bantu tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan , keresahan, kencing manis dan rabun?

J : Vitamin B12

S11 : Vitamin apakah membantu b-complex berfungsi lebih berkesan, mencegah rabun, mencegah rambut beruban dan gugur, cegah kencing manis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit?

J  : Biotin atau Vitamin B7

S12 : Vitamin apakah membantu meredakan tekanan, mempunyai kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, artritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan dan mencepatkan penyempuhan luka?

J  : Vitamin B5

S13 : Mineral apakah yang membantu memperkasakan tulang dan gigi, mencegah darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, imsonia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis dan penyakit tulang lembut?

J  : Kalsium

S14 : Mineral apakah yang meningkatkan kepadatan tulang, mencegah kencing manis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat artritis dan mencegah anoreksia?

J : Fosforus

S15 : Mineral apakah baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen dan otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal dan mengawal berat badan?

J : Iodin

S16 : Mineral apakah membantu membentuk hemoglobin, meredakan kesakitan akibat penyakit PMS, senggugut, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan anemia?

J  : Zat Besi (Iron)

S17 : Mineral apakah membantu kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sebagai penenang semulajadi, mencegah tekanan, kencing manis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman?

J : Magnesium

S18 : Mineral apakah membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang dan masalah kebengkakan?

J : Tembaga (Copper)

S19 : Mineral apakah yang memperkasa sistem imun, mencepatkan penyembuhan luka, membantu keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau dan ketajaman minda?

J : Zink


Nampaknya kesemua 12 Vitamin dan 7 Garam Galian atau Minerals yang disebutkan di atas mempunyai 1001 manfaat dan sangat penting kepada tubuh badan kita. Gabungan Vitamin dan Mineral ini dipanggil Multivitamin dan perlulah mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Recommended Dietary Allowance (RDA).

Kami mencadangkan agar anda mencuba Shaklee Vita-Lea yang mengandungi khasiat 30 nutrisi lengkap diekstrak daripada buah dan sayur, 12 vitamin dan 7 mineral penting dan diformulasikan secara seimbang. Multivitamin pertama di dunia telah dicipta oleh Dr Shaklee pada tahun 1915. Ini bermakna Shaklee Vita-Lea telah berusia 100 tahun sejak penciptaannya.



Tablet Vita-Lea juga telah disalut dengan nutrisi spirulina menggunakan teknologi kompleks "Explo-tab". Tablet Vita-Lea juga adalah multivitamin paling pantas di dunia larut dalam air dan tubuh badan manusia.



Vitamin Dan Mineral Untuk Kanak-Kanak

Multivitamin untuk kanak-kanak juga tidak kurang hebatnya. Vita-Lea untuk kanak-kanak adalah boleh kunyah, tidak mengandungi perasa, pewarna dan pengawet tambahan. Mengandungi pemanis semulajadi iaitu Xylitol yang membantu melindungi gigi dari kaviti.




Kami sangat menyarankan agar anda memberikan Vita-Lea kanak-kanak ini, jika anak anda kurang selera makan atau cerewet makan, suka makan junk food, mudah demam, selesam, batuk atau diserang penyakit (sistem imun lemah), kurang minum susu dan tidak suka makan sayur.




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...