Thursday, November 12, 2015

Bibir Pecah, Lidah Merekah, Mata Ikan Dan Kerap Keliru Adalah Disebabkan Kekurangan Vitamin B1 dan B2



Adakah anda mudah confused??? Atau dalam erti kata lain adakah anda kerap keliru??? Perlu ke kita risau kalau kita kerap keliru? Adakah kita ni dalam kategori tidak normal kalau kita kerap keliru?Sebenarnya keliru bermaksud ketidakmampuan diri kita untuk berfikir dengan tepat dan jelas berbanding biasa. Ketidakmampuan ini adalah berkait rapat dengan Sistem Saraf kita terutama sekali di bahagian otak.

Betul ke orang yang kerap keliru ni mempunyai rekahan pada mulut? Kalau tak pasti, kena tengok cermin sekarang jugak! Rekahan pada mulut bermaksud bahagian mulut kita khususnya bibir kelihatan kering, merekah dan pecah-pecah. Lidah pula kelihatan beralur dan tidak sekata menunjukkan terdapatnya keradangan pada lidah.

Lidah merekah dan tidak sekata adalah tanda kekurangan Vitamin B


Biasa tak kena "mata ikan"? Ya, "mata ikan" pun adalah sejenis keradangan yang berlaku dalam mulut. Sakitnya... wow.... tak payah cakap lah.... Bayangkan kalau tunas rasa pada lidah kita tu ada "mata ikan", kesakitannya akan mengalir melalui saraf-saraf di lidah kita dan sampai dengan pantas pada otak kita untuk ditafsirkan!

Kekeliruan dan rekahan pada mulut adalah tanda-tanda kita kurang Vitamin B1 dan Vitamin B2. Vitamin B1 juga dikenali sebagai Thiamin manakala Vitamin B2 dikenali sebagai Riboflavin. Vitamin B1 membantu kepada faedah neurological iaitu Sistem Saraf manakala Vitamin B2 membantu kepada kesihatan penglihatan (eyesight) dan juga pembinaan sel darah.

Perbaiki ketajaman akal anda dengan Vitamin B


Jadi apabila dah tahu punca sebenar kenapa kita kerap keliru dan juga terdapat rekahan pada mulut kita, maka seharusnyalah kita banyakkan lagi ambil makanan yang kaya dengan Vitamin B khususnya Vitamin B1 dan Vitamin B2. Vitamin B1 boleh diperolehi daripada bijiran semasa sarapan dan juga bijirin penuh manakala Vitamin B2 boleh didapati daripada bijirin penuh, susu, telur dan sayur yang bewarna hijau pekat.




Kerap juga terjadi dimana kita telah mempertingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin B, akan tetapi kita masih lagi kerap keliru dan juga mempunyai bibir dan lidah yang merekah. Ini boleh terjadi atas beberapa sebab dan faktor seperti gaya hidup yang tidak sihat dan juga tubuh badan kita tidak mampu serap nutrisi daripada makanan secara maksimum.

Jadi, apabila dah sampai tahap macam ni, adalah sangat-sangat disarankan untuk mengambil suplemen B-Complex yang terbaik di pasaran untuk menampung kekurangan Vitamin B1 dan Vitamin B2 yang penting untuk Sistem Saraf, fungsi otak, fungsi mata dan juga aliran darah yang sempurna.

Kandungan B-Complex Shaklee mematuhi piawaian dalam RDA

Kenali dan Cintai Vitamin B!

Takut terlebih ambil Vitamin B? Jangan risau... kita semua dah tahu bahawa Vitamin B ialah vitamin larut air. Jadi, takde masalah pun kalau terlebih ambil B-Complex sebab akhirnya akan disingkirkan melalui air kencing.

Baca : Vitamin Larut Air


Dapatkan B-Complex terbaik yang mengandungi Vitamin B1 dan Vitamin B2 daripada kami sekarang!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...