Monday, November 16, 2015

Asid Folik dan Vitamin B9 - Membantu Perkembangan Bayi Sihat Di Peringkat Janin



Rata-rata ramai dah tahu sangat pentingnya Asid Folik kepada ibu mengandung. Setiap kali check up kat klinik kesihatan, pasti doktor tanya samada dah ada ambil Asid Folik ke belum? Kalau belum, pasti ibu mengandung akan dibekalkan dengan bekalan Asid Folik.

Sebenarnya apa itu Asid Folik? Dah la ada perkataan asid.... tak bahaya ke? Memang tidak bahaya, sebaliknya Asid Folik adalah sebahagian daripada nutrisi penting untuk manusia dan sangat penting kepada kita khususnya kepada ibu yang mengandung. Asid Folik adalah tergolong dalam 'keluarga' Vitamin B dan dikenali sebagai Vitamin B9.

"Neural Tube Defect" dan "Spina Bifida" adalah antara
kecacatan semasa kelahiran disebabkan kekurangan Asid Folik

Vitamin B9 atau Asid Folik ini berperanan untuk menggalakkan pertumbuhan sel darah merah dan juga mengurangkan risiko kecacatan bayi semasa kelahiran. Pengambilan Asid Folik juga terbukti membantu mengelakkan anak yang dilahirkan menjadi sumbing (bibir dan lelangit bercelah), kecacatan jantung dan risiko kelahiran pramatang.

Sumber utama Asid Folik atau Vitamin B9 daripada makanan ialah daging, bijirin dan juga buah-buahan sitrus seperti limau, lemon dan anggur. Kadang-kadang tu... kita tak cerewet makan pun, pemakanan kita seimbang... tapi masih lagi rasa tak sihat semasa mengandung.

Sumber makanan yang mengandungi Folate (Asid Folik)

Asid Folik dalam B-Complex seharusnya mengikut garis panduan RDA

Perlu diingatkan untuk ibu mengandung bahawa kita sedang membawa seorang lagi manusia dalam tubuh badan kita untuk tempoh lebih kurang 9 bulan. Ternyata bekalan Asid Folik atau Vitamin B9 daripada pemakanan masih lagi tidak mencukupi. Justeru, sangatlah disarankan untuk kita mengambil suplemen Vitamin B-Complex yang mengandungi Asid Folik atau Vitamin B9.

Baca : Tips Memilih Vitamin B-Complex Terbaik Di Pasaran


Asid Folik dan Vitamin B9 juga sangat penting kerana kekurangan Vitamin B9 boleh menyebabkan anemia (kurang darah merah) dan diarrhea (cirit birit). Sebab itu mereka yang mengalami anemia, bukan sahaja disebabkan kekurangan Zat Besi, tetapi juga disebabkan kekurangan Vitamin B.

Baca : Semua Kerja Tak Boleh Buat Apabila Diserang Kurang Darah Atau Anemia


Ibu mengandung yang kekurangan Asid Folik atau Vitamin B9 juga akan melahirkan anak yang tidak sempurna dan cacat. Kecacatan yang dikenalpasti akibat kekurangan Asid Folik atau Vitamin B9 ini ialah kecacatan tiub saraf iaitu "neural tube defect" dan juga penyakit "Spina Bifida".

Sebab itu, pengambilan Asid Folik atau Vitamin B9 sangat-sangat penting diambil masa fasa awal kehamilan kerana pada masa inilah tiub saraf bayi sedang membentuk dan berkembang.

Nasihat pakar perubatan

Kandungan dalam B-Complex Shaklee menepati garis panduan RDA

Sebenarnya takde masalah pun kalau terlebih ambil dos Vitamin B sebab Vitamin B adalah larut dalam air dan akan disingkirkan melalui air kencing jika berlebihan. Justeru, Vitamin B yang berlebihan tidak akan tersimpan dalam hati dan tidak memudaratkan.


Dapatkan B-Complex terbaik yang mengandungi Asid Folik daripada kami sekarang!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...