Tuesday, August 18, 2015

Mudahnya Golongan Wanita Diserang Sakit Sendi Dan Sakit Tulang



Bersyukur kita sebab masih lagi sihat dan mampu menggunakan "tulang empat kerat" untuk menjemput rezeki. Rezeki yang kita dapat haruslah dikongsi-kongsi bersama dengan orang sekeliling. "Tulang empat kerat" yang selalu disebut-sebut oleh orang-orang tua kita ialah Sistem Rangka Manusia.


Sistem Rangka Manusia

Sistem Rangka Manusia bukan sahaja merujuk kepada tulang belulang dalam tubuh semata-mata tetapi termasuklah sendi yang menghubungkan sesuatu tulang kepada tulang yang lain. Kesihatan kedua-dua tulang dan sendi amat penting kepada kita semua bagi memudahkan kita melakukan pelbagai aktiviti berfaedah untuk diri sendiri, keluarga dan orang yang disayangi.

Antara fakta menarik berkenaan dengan Tulang ialah manusia dilahirkan ke dunia ini dengan 270 jenis tulang. Akan tetapi sebahagian daripada tulang telah bersatu dan seorang dewasa mempunyai sebanyak 206 jenis tulang. Menjaga kesihatan Sistem Rangka Manusia iaitu tulang dan sendi sangat penting dengan mengambilkira langkah-langkah pencegahan awal dari segi gaya hidup dan pemakanan terutamanya ketika berumur 20-an lagi.

Walau disuntik, tiada jaminan untuk Sakit Sendi pulih 100%


Kesihatan Tulang

Kesihatan Tulang berkait rapat dengan umur seseorang. Isipadu tulang sentiasa berkembang dan berada di puncaknya ketika kita berumur 30 tahun dan semakin merosot selepas kita menjangkau umur 30 tahun. Dari segi jantina, wanita dikehendaki untuk menjaga kesihatan tulang lebih banyak daripada orang lelaki.


Kesihatan Sendi
Kesihatan Sendi pula berkait rapat dengan 4 komponen utama iaitu Tulang Rawan, Cecair Sinovial, Ligamen dan Tendon. Tulang Rawan ialah tulang lembut seperti span berfungsi sebagai kusyen di sendi untuk melindungi tulang. Dengan adanya Tulang Rawan, tulang-tulang boleh meluncur dan bergeser sesama sendiri tanpa rasa sakit.
Cecair Sinovial pula berfungsi sebagai pelincir dalam sendi membantu untuk menyuburkan dan menyegarkan Tulang Rawan pada setiap masa.
Tendon pula ialah struktur bergentian yang menghubungkan otot dan tulang. Manakala Ligamen ialah gentian fleksibel yang memegang tulang bersama

Baca : Sakit Sendi Boleh Sebabkan Kita Bertongkat atau Berkerusi Roda

Gangguan dan Penyakit Sistem Rangka Manusia
Terdapat 2 jenis penyakit utama kepada Sistem Rangka Manusia iaitu :-
1) Osteoporosis - sejenis penyakit yang menyebabkan isipadu dan ketumpatan tulang berkurangan. Tulang pesakit akan menjadi mudah patah walaupun hanya terjatuh.
2) Arthritis - terdapat 2 jenis yang utama iaitu Osteoarthritis (OA) dan Rheumatoid Arthritis (RA)
Osteoporosis boleh juga dikatakan sebagai tulang tak padat atau tulang peroi akibat kurang Kalsium

Baca : Kepentingan Kalsium Dalam Kehidupan Kita


Osteoarthritis (OA) adalah disebabkan oleh penggunaan Tulang Rawan yang berlebihan sehingga menyebabkan Tulang Rawan haus, permukaan tulang tidak rata dan bergerigi. Individu yang aktif bersukan mudah terdedah kepada risiko penyakit ini lebih awal daripada individu lain.
Rheumatoid Arthritis (RA) berlaku apabila berlaku keradangan terutamanya pada Cecair Sinovial dimana Sistem Imunisasi telah keliru dan menyerang sistem sendi. RA bukan sahaja menyerang sistem sendi malah akan menyerang organ-organ lain seperti kulit, mata, paru-paru dan salur darah. Biasa berlaku apabila kita berumur 40 tahun ke atas khususnya wanita.

Tips Melegakan Sakit Sendi
Sakit Sendi biasanya akan bertambah buruk disebabkan faktor usia dan tiada penawar untuk sembuh 100%. Pada kebiasaannya, berikut adalah tindakan yang diambil untuk melegakan sakit sendi :-
1) Perubatan dan Suntikan - melegakan dan mengurangkan kesakitan dan keradangan secara sementara tetapi pada masa yang sama akan merosakkan organ-organ dalaman
2) Pembedahan - Kos yang mahal dan menyebabkan pergerakan pesakit terbatas


Kos yang mahal dan pergerakan pesakit terbatas

Penyelesaian Nutrisi
Masih belum terlambat lagi untuk kita semua mengubah gaya hidup dan gaya pemakanan kepada yang lebih sihat. Walaupun ada sesetengah orang berpendapat bahawa Sakit Sendi adalah biasa apabila usia meningkat, tetapi kita masih ada ruang dan peluang untuk mengurangkan risiko sedemikian supaya kita tidak menyusahkan anak cucu kita apabila kita sakit kelak.
Sumber : Loyerpencen.com

Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...