Friday, August 21, 2015

Liga Super Malaysia 2015 - JDT Dan Pahang Kekal Sebagai Gergasi Bolasepak Malaysia



Liga Super Malaysia 2015 hampir melabuhkan tirainya dan tanggal 22.8.2015 bakal menyaksikan samada JDT berjaya mempertahankan gelaran sebagai juara ataupun Pahang berjaya memintas JDT di saat akhir untuk muncul juara. Pahang perlu menewaskan Terengganu dengan bergaya sambil mengharapkan JDT tumpas kepada Felda United.




Pada musim lepas JDT telah muncul sebagai juara Liga Super 2014 dengan memintas Selangor di tempat kedua. Disebabkan itu JDT layak ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2015 manakala Pahang sebagai juara Piala FA layak ke Piala AFC 2015.

JDT - Juara Liga Super 2014





Memandangkan Lions XII telah menjuarai Piala FA 2015 tetapi tidak boleh mewakili Malaysia ke Piala AFC 2016, slot ini telah diberikan kepada naib juara Liga Super 2015. Ini bermakna pada tahun hadapan, JDT dan Pahang masih lagi mewakili Malaysia di peringkat Asia.

Lions XII - Juara Piala FA 2015

Tanpa menunggu perlawanan terakhir, ATM dan Sime Darby telahpun mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super dan mereka akan bermain dalam Liga Perdana pada musim hadapan. Manakala pasukan Lions XII, Perak, Kelantan dan Sarawak hanya melengkapkan jadual perlawanan terakhir mereka.

Akhirnya Sime Darby berjaya mendapatkan kemenangan pertama mereka setelah menewaskan ATM 1-0

Perebutan tempat ke-3 dan ke-4 masih lagi terbuka dengan Selangor dilihat mempunyai kelebihan. Tempat ke-3 dan tempat ke-4 Liga Super bakal mewakili negara dalam kejohanan Liga Super ASEAN 2016 yang pertama kali diadakan dan dijangka bermula pada Ogos 2016. Selain Selangor, pasukan Terengganu, Felda United dan PDRM juga cuba mengintai peluang untuk slot terakhir Liga Super ASEAN 2016.


Pertembungan antara Pahang dan JDT sentiasa dinanti-nantikan

Nampaknya JDT dan Pahang berjaya mengekalkan momentum mereka sebagai 2 pasukan gergasi bolasepak Malaysia. Kedua-dua pasukan ini telah meninggalkan pasukan-pasukan lain jauh ke belakang. Pencapaian mereka di peringkat Asia amat membanggakan setelah layak ke peringkat suku akhir Piala AFC 2015.



Walaupun ada ura-ura mengatakan bahawa Lions XII tidak lagi akan menyertai Liga Malaysia musim hadapan, ATM yang bakal berhadapan penggantungan sekiranya isu berkenaan B Sathianathan tidak diselesaikan, Terengganu yang mungkin akan menarik diri akibat insiden perlawanan Piala FA menentang Lions XII, namun Liga Super Malaysia masih meriah dan rancak seperti biasa.



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...