Sunday, August 23, 2015

Liga FAM Malaysia 2015 - Akhirnya Perlis Dan Melaka United Kembali Ke Liga Perdana



Tanggal 23 Ogos 2015 telah selesai keseluruhan permainan dalam Liga FAM 2015 di mana Perlis selaku juara Kumpulan A dan Melaka United selaku juara Kumpulan B telah layak untuk bermain dalam Liga Perdana musim 2016. Kini hanyalah menantikan penentuan siapakah juara keseluruhan Liga FAM 2015 samada Perlis ataupun Melaka United yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos 2015.

Nota : Tarikh perlawanan akhir Liga FAM telah diawalkan ke 29 Ogos 2015

Kuantan FA - Juara Liga FAM 2014


Pada musim lepas Kuantan FA telah muncul sebagai juara Liga FAM 2014 memintas Kuala Lumpur di tempat ke-2. Pasukan yang bertanding musim lepas juga tidak sebanyak musim ini dan tidak memerlukan sehingga 2 kumpulan. 

Selain daripada Perlis dan PBAPP FC (Pulau Pinang) yang telah diturunkan daripada Liga Perdana 2014, pasukan-pasukan daripada Liga FAM ialah Melaka United (Melaka), MISC-MIFA (Kedah), Sungai Ara FC (Pulau Pinang), Shahzan Muda FC (Pahang), Kedah United (Kedah), Harimau Muda C, Hanelang FC ataupun Persatuan Bolasepak Hulu Terengganu (Terengganu) dan MOF FC (Kuala Lumpur).

Pasukan-pasukan baru dalam Liga FAM ialah Megah Murni FC (Selangor), JDT III (Johor), Penjara FC (Negeri Sembilan), Air Asia (Selangor), UKM FC (Kuala Lumpur), Real Mulia FC (Kuala Lumpur), Felcra FC (Kuala Lumpur), Ipoh FA (Perak) dan Young Fighters FC ataupun Felda United II (Kuala Lumpur).

Dalam kumpulan A, Perlis ditentang sengit oleh Real Mulia FC, sebuah kelab yang dimiliki oleh Tengku Fahd Muadzam Shah, anak kepada Sultan Pahang. Walaubagaimanapun, Perlis tampil bergaya dengan menghabiskan keseluruhan perlawanan tanpa kalah.

Pertembungan antara Perlis dan Real Mulia FC


Dalam kumpulan B pula, Melaka United menghadapi tentangan sengit daripada MISC-MIFA iaitu sebuah kelab yang mewakili kaum India di Malaysia. Melaka United menjuarai kumpulan B dengan 2 kali kalah iaitu kepada MISC-MIFA dan Young Fighters. Pasukan Young Fighters ataupun Felda United II juga tidak kurang hebatnya dalam Kumpulan B ini.

Pertembungan antara Melaka United dan MISC-MIFA

Dalam perlawanan terakhir Melaka United tewas di tempat sendiri kepada Young Fighters 0-2 manakala MISC-MIFA menewaskan Air Asia 1-2 di tempat lawan. Ini bermakna Melaka United berkongsi mata dengan MISC-MIFA sebanyak 36 mata tetapi layak ke Liga Perdana 2016 berdasarkan perbezaan jaringan iaitu Melaka United sebanyak +17 manakala MISC-MIFA sebanyak +16.

Perlis mengambil masa hanya setahun untuk kembali semula ke Liga Perdana, manakala Melaka United mengambil masa 5 tahun untuk kembali ke Liga Perdana dimana kali terakhir Melaka United bermain dalam Liga Perdana ialah pada tahun 2010.

Sudah lama pemyokong Melaka menantikan kebangkitan bolasepak Melaka

Dengan adanya pasukan seperti Perlis dan Melaka United dalam saingan Liga Perdana musim depan dijangka akan memeriahkan lagi bolasepak negara kita. Terdapat juga ura-ura untuk penswastaan Liga Malaysia 2016 yang lebih menyeluruh sehingga ke peringkat ke-6 termasuk liga peringkat negeri dan daerah, berbanding 3 peringkat sahaja sekarang ini.

Liga FAM musim 2016 pula akan menerima kehadiran semula Kuala Lumpur dan Putrajaya SPA yang telah disingkirkan dari Liga Perdana 2015. Pasukan-pasukan dalam Liga FAM tidak semuanya akan kekal untuk musim akan datang. Pada kebiasaannya pasukan-pasukan kecil akan menarik diri atas alasan masalah kewangan.

Baca : Liga Perdana Malaysia 2015


Teruskan menyokong bolasepak tempatan!





No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...