Thursday, August 6, 2015

Gergasi, Orang Kerdil, Bantut, Beguk dan Kencing Manis Berlaku Disebabkan Kegagalan Kelenjar-Kelenjar Berfungsi Dengan Normal



Pernah ke dengar perkataan Endokrin? Endokrin ni ialah salah satu sistem dalam badan kita. Senang cerita, Sistem Endokrin Manusia ni ialah berkenaan dengan kelenjar-kelenjar yang mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

Sepertimana Sistem Saraf Manusia, Sistem Endokrin Manusia adalah sebuah sistem isyarat maklumat yang berfungsi merembeskan hormon-hormon tertentu daripada kelenjar-kelenjar tertentu untuk kestabilan tubuh badan kita.

Terdapat 10 jenis kelenjar utama yang membentuk Sistem Endokrin Manusia yang  perlu kita tahu : -
Hormon Pertumbuhan yang tidak normal boleh menyebabkan GHD ataupun Orang Kerdil

1) Kelenjar Hypothalamus - Berfungsi mengawal hormon pituitari dan merembeskan jenis-jenis hormon seperti berikut :-
a) Hormon Pertumbuhan - pertumbuhan tulang dan tisu badan yang lain. Rembesan hormon yang berlebihan akan menyebabkan Acromegaly manakala kekurangan hormon ini akan menyebabkan kekerdilan atau Growth Hormone Deficiency (GHD).
b) Thyrotropin - merangsang kelenjar thyroid untuk menghasilkan hormon thyroid
c) Corticotrophin - merangsang kelenjar adrenal untuk menghasilkan hormon-hormon tertentu
d) Gonadotropin - mengawal pertumbuhan, perkembangan seksual dan fungsi pembiakan

Gergasi (Acromegaly)

2) Kelenjar Pituitari (Hypophysis)
- Kelenjar ini mempengaruhi kesejahteraan individu secara keseluruhan dan dikenali sebagai Kelenjar Induk. Terbahagi kepada bahagian hadapan yang dikenali sebagai "anterior pituitary" dan bahagian belakang yang dikenali sebagai "posterior pituitary".
- "Anterior pituitary" merembeskan hormon-hormon seperti hormon pertumbuhan, Prolaktin - mengaktifkan penghasilan susu, Andrenocorticotropic, hormon perangsang tiroid, Luteinizing, dan hormon perangsang Folikel. "Posterior pituitary" merembeskan hormon-hormon seperti Oxytocin dan Antidiuretic
- Penghasilan dan rembesan hormon pituitari dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti emosi dan perubahan bermusim

3) Kelenjar Pineal (Epiphysis) - merembeskan hormon Melatonin yang membantu tubuh mengenalpasti masa untuk tidur.

4) Kelenjar Thymus - merembeskan hormon dikenali sebagai "humoral factors" dan penting ketika akil baligh. Hormon ini membantu perkembangan sistem imun tubuh badan
Antara Penyakit-Penyakit Disebabkan Gangguan Pada Kelenjar Thyroid


5) Kelenjar Thyroid - berfungsi mengawal metabolisma seseorang. Apabila terdapat gangguan, Kelenjar Thyroid tidak akan mengeluarkan hormon yang secukupnya untuk fungsi tubuh badan ataupun akan merembeskan hormon yang berlebihan sehingga menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Hypothyroidism ialah keadaan dimana terdapat gangguan yang berlaku apabila Kelenjar Thyroid tidak menghasilkan hormon yang secukupnya untuk berfungsi kepada tubuh badan kita. Pelbagai jenis penyakit yang dikenalpasti akibat daripada Hypothyroidsm ialah seperti berikut :- 

a) Cretinism (Bantut) - pertumbuhan fizikal dan mental yang terbantut dengan teruk. Tanda-tanda seperti pesakit bertubuh kerdil dengan kekurangan mental yang teruk, kulit yang kering dan kasar, gigi dan rambut yang kurang, pertumbuhan rangka kepala yang kecil dan kadar BMR (metabolisma) yang rendah.

b) Myxedema - akibat thyroxin yang kurang dihasilkan. Tanda-tanda seperti kelesuan melampau dan pemikiran lembap, rendah BMR (metabolisma), kadar nadi yang perlahan, kulit kering dan rambut kasar dan dalam sesetengah kes muka akan bengkak dan fungsi seksual tidak sempurna.
c) Penyakit Hashimoto - sejenis penyakit auto imun dimana pelbagai jenis pengantara sel dan antibodi menyerang Kelenjar Thyroid.
Hyperthyroidism pula ialah keadaan dimana Kelenjar Thyroid telah terlebih merembeskan hormon Thyroid sehingga menyebabkan penyakit-penyakit seperti berikut :-
a) Penyakit Grave - sejenis penyakit auto imunisasi dimana kelenjar thyroid terlebih aktif disebabkan oleh pengeluaran hormon thyroid yang berlebihan. Gejala-gejala seperti mata membonjol keluar disebabkan otot mata membengkak dan menolak mata keluar, kurang berat badan walaupun kuat selera makan dan pertambahan BMR (metabolisma)
b) Goitre (Beguk) - Kelenjar thyroid yang membengkak sehingga menyebabkan leher  dan kotak suara (larynx) juga membengkak. Beguk berlaku apabila kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan betul. Secara umumnya kekurangan iodin adalah punca penyakit beguk
Selain daripada penyakit-penyakit yang disebabkan oleh Hypothyroidsm dan Hyperthyroidsm, Barah Thyroid juga adalah sejenis gangguan dan penyakit yang kerap berlaku pada Kelenjar Thyroid.

6) Kelenjar Parathyroid
- berfungsi mengawal kandungan Kalsium dan Fosforus dalam badan. Penting untuk perkembangan tulang yang teratur dan baik.

7) Kelenjar Adrenal (Suprarenal) - mengawal kandungan gula dalam darah serta membantu tubuh untuk fungsi-fungsi seperti menggalakkan fungsi kardiovaskular yang betul, menggunakan lemak dan karbohidrat dalam tubuh dengan betul, membantu membahagi-bahagikan lemak yang tersimpan dan menggalakkan kesihatan fungsi usus.
Suntikan Insulin diperlukan jika Kelenjar Pankreas gagal berfungsi


8) Kelenjar Pankreas
- Pankreas merembeskan hormon yang dikenali sebagai insulin. Gangguan atau penyakit utama kepada Kelenjar Pankreas ialah penyakit kencing manis ataupun Diabetes Mellitus.
Diabetes Mellitus terjadi apabila kandungan gula dalam darah terlalu tinggi seperti berikut :-
- ketika tidak makan - antara 4.0 hingga 6.0 mmol/l
- 2 jam selepas makan - tidak lebih daripada 8.0 mmol/l

Terdapat 3 jenis penyakit kencing manis seperti berikut :-
Jenis 1 - Pankreas tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi. Memerlukan suntikan insulin untuk mengawal gula dalam darah
Jenis 2 - tubuh badan tidak mampu membuat atau menggunakan insulin dengan betul
Gestational diabetes - kencing manis semasa mengandung
Kerap buang air kecil, cepat dahaga, lapar, peningkatan keletihan, luka lambat sembuh, tangan dan kaki yang kebas dan pemandangan kabur adalah gejala-gejala utama penyakit kencing manis.

Komplikasi utama kencing manis adalah seperti berikut :-
a) saraf dan salur darah rosak - 2 hingga 4 kali menyebabkan penyakit sistem peredaran darah
b) kebutaan
c) kegagalan buah pinggang
d) kaki diabetes
e) gangguan fungsi kelelakian

Penyelesaian Nutrisi Pesakit Kencing Manis

9) Kelenjar Ovari - Ovari menghasilkan hormon Estrogen dan Progesteron yang menggalakkan perkembangan buah dada. Hormon ini juga membantu wanita mengekalkan kesihatan ketika kitaran haid.

10) Kelenjar Testes - Testikel menghasilkan hormon Testosteron yang menggalakkan pembesaran zakar dan juga pertumbuhan rambut di muka dan badan. Selain itu, hormon Testosteron juga mendalamkan suara, mengekalkan nafsu seks, menggalakkan penghasilan sperma dan mengekalkan kesihatan otot dan isipadu tulang.



Bayangkan betapa uniknya ciptaan Allah ini termasuklah Sistem Endokrin Manusia dimana jika kelenjar-kelenjar ini dalam keadaan yang sihat, hormon-hormon juga akan dirembeskan tidak lebih dan tidak kurang serta tepat pada masanya untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan kita.

Sedikit gangguan sudah cukup untuk menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuklah Penyakit Kencing Manis yang merupakan masalah utama rakyat Malaysia.




Semoga bermanfaat kepada semua!

==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...