Thursday, December 4, 2014

Kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman - Part 2



SELAMAT PAGI SHAH ALAM!


Day 2 - 29.11.2014

Pengalaman Program Dr Azizan Osman diteruskan lagi pada hari kedua. Setelah breakfast di hotel, kami bergegas ke SACC. Seperti dijangka memang tiada parking yang kosong, tapi kali ini kami parking di Anggerik Mall, takdelah jauh sangat dengan SACC.... 5 minit berjalan dah pun sampai.


Macam biasa... tarian "bara-bara bere-bere" dulu, membaca ikrar dan kelas dimulakan dengan celotehan Dr Azizan Osman berkenaan beberapa perkara berbangkit dan juga mengulangi rules and regulations sepanjang program berjalan.


Antara isu yang cuba dijelaskan ialah tarian "bara-bara bere-bere", kenapa perlu berdiri atas kerusi, kenapa perlu tepuk tangan kuat-kuat beserta suara dan banyak lagi. Korang nak tahu apa penjelasan Dr Azizan Osman? Korang join jer program diorang nanti taulah jawapannya.


Peserta MMM ni takdelah seramai program IMKK di Stadium Melawati sebanyak 6,000 orang dan IMKK di Mines seramai 8,000 orang. Seperti biasa, nak masuk dewan memanglah berebut-rebut sebab masing-masing nak duduk depan. Tapi kalau IMKK memang havoc sangat sehinggakan ada peserta yang mendapatkan bantuan kesihatan sebab ramai sangat orang.

Sumber : FB Dr Azizan Osman


Sumber : FB Dr Azizan Osman


Hari ke-2 juga adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh para peserta sebab masa ni lah ada diberikan 200+ tips marketing yang tip top. Bukannya kesemua 200+ tips marketing tu kena buat, Insya Allah... buat satu cara pun dah boleh berjaya. Yang penting ikut contoh orang yang dah berjaya buat.... sebijik sebijik...

Bergambar kenangan bersama isteri


Kami semua dilepaskan agak lewat sikit untuk makan tengah hari kerana terlalu banyak input yang perlu diberikan di pagi hari. Seperti biasa, kami mencari tempat makan di dalam PKNS Shah Alam. Kami juga akan solat di PKNS Shah Alam kerana tidak cukup ruang untuk solat di SACC.


Peserta Super Premium lunch di tempat yang disediakan di SACC

Kembara menuntut ilmu diteruskan lagi di sebelah petang. Kalau diikutkan... memang dah tepu kepala otak ni, tapi bila difikirkan betapa berharganya ilmu yang dituntut sekarang, digagahkan juga diri ini. Dr Azizan Osman juga sangat gigih dalam mencurahkan ilmu kepada kami semua walaupun keadaan kesihatan dan suara beliau tidak berapa baik pada ketika ini.


Antara sikap beliau ialah akan mengarahkan semua peserta berdiri, jika ada yang tertidur... semuanya untuk memastikan semua orang memberikan tumpuan dalam kelas. Sering memastikan adanya interaksi dalam kelas walaupun jumlah peserta yang agak ramai. Beliau juga sangat tegas kepada peserta yang tidak mengikut tunjuk ajar beliau dengan serta merta.


Kelas petang berakhir lebih kurang jam 5.30 petang. Setelah selesai solat Asar kami makan malam lebih awal kerana kelas malam akan bermula jam 8.00 malam. Kami memilih untuk makan malam di Ayam Penyet Sumatera, PKNS Shah Alam.


Ihsan : Handphone Ainul Malik


Selesai solat maghrib di PKNS Shah Alam, kami bergegas ke SACC. Walaupun hujan lebat, kami redah jua.


Kelas malam agak menyeronokkan kerana inilah sesi "hot seats". Hot seats ni adalah sharing moment peserta-peserta lama program Dr Azizan Osman yang telah kaya dan berjaya. Sesi ini juga dikendalikan oleh Dato' Roslan Ab Hamid dan juga Saudara Afdlin Shauki. Seramai 15 orang telah berkongsi kejayaan mereka kepada semua peserta MMM malam itu.

Sumber : FB Dr Azizan Osman

Sumber : FB Douglas Su

Secara ringkasnya mereka adalah seperti berikut :-

1. Fiona Tahir -  seorang perunding kewangan yang mempunyai jualan kumpulan sebanyak 170 juta setahun.

2. Junaidy Abu Bakar - suami kepada Puan Anis, pengasas Anis Moist Choc yang bakal mencapai target jualan tahun 2014 sebanyak RM8 juta.

3. Eida Hasan - salah seorang jutawan online untuk pelbagai produk

4. Puan Aida - pengasas AIDAQ Services & Traders dengan sales hampir RM3 juta setahun.

5. Dr Aslan Bacho - telah mempunyai 6 buah klinik di bawah kendalian beliau.

6. Ummu Habibah - pengasas Muslimah4u.com yang kini menjana pendapatan sebanyak lebih kurang RM300,000.00 sebulan.

7. Raja Safuan - insan istimewa yang merupakan pengasas perniagaan internet ExtremeTech. Perniagaan beliau meningkat sebanyak 500% setelah menyertai program Dr Azizan Osman.

8. Ernayanee - pengasas oshien2u.com yang menjana pendapatan RM300,000.00 sebulan

9. Puan Azliza - Pembekal utama manik di GM Klang di bawah syarikat Othman Ali Sdn Bhd dengan hasil jualan sebanyak RM200,000.00 sebulan.

10. Mohd Khuzaimie - anak muda bekas buruh kasar yang kini CEO di Parota Rich

11. Tengku Shaheela - pengasas Zacheela

12. Baharom Ahmad dan Douglas Soo - rakan kongsi yang mempunyai 20 homestay di Melaka dan juga pengasas kepada Celop Celop

13. Keyn Aziz - perunding hartanah


Selepas mendengar sharing moments semasa hot seats ni, baru kufaham kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman. Anak Muda seperti ini mempunyai pemikiran dan tindakan yang luar biasa sehingga RMxx,xxx mereka dileburkan begitu sahaja untuk mendapatkan hasil yang berganda-ganda di masa akan datang.


Kami semua hanya pulang pada jam 12.30 tengah malam. Sebelum ke hotel, aku sempat minum-minum dengan isteri di kedai mamak. Kepala pun masih ligat berpusing tentang potensi-potensi perniagaan yang bakal diceburi selain daripada bisnes yang sedia ada.


Jumpa lagi dalam sambungan pengalaman ini di Part 3 nanti...


SELAMAT MALAM SHAH ALAM! 



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...