Thursday, November 6, 2014

Kepentingan Menggunakan Maklumat Nutrisi Dan Label Makanan



Setiap produk samada makanan ataupun minuman yang dijual mempunyai labelnya tersendiri yang dikeluarkan atau diisytiharkan oleh pengeluar produk berkenaan. Label Makanan ini mempunyai Maklumat Nutrisi yang menyenaraikan kandungan nutrisi sesuatu produk tersebut. 


Oleh itu, Menggunakan Maklumat Nutrisi Dan Label Makanan adalah Cadangan Keempat Belas Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Menggunakan Panel Maklumat Pemakanan (NIP) Sebagai Panduan Dalam Membuat Pilihan Makanan

1) Dapatkan maklumat berkenaan jumlah tenaga dan nutrisi dalam produk yang hendak dibeli

2) Pertimbangkan bagaimana tenaga dan nutrisi dalam makanan menyumbang kepada jumlah nutrisi harian yang diambil

3) Bandingkan kandungan semua nutrisi untuk sesuatu produk dengan kandungan nutrisi jenama produk yang lain dan bukannya membandingkan setakat kepada satu kandungan nutrisi sahaja.


Menggunakan Maklumat Pemakanan Dengan Bijak

1) Lihat kandungan nutrisi yang dipamerkan dan bandingkan dengan kandungan nutrisi jenama lain dengan sewajarnya

2) Gunakan maklumat nutrisi bersama dengan NIP dalam memilih makanan yang hendak dibeli

3) Gunakan fungsi nutrisi sesuatu produk bersama-sama dengan maklumat nutrisi lain dari pelbagai sumber dalam membuat pemilihan makanan

4) Perlu diingatkan maklumat nutrisi yang dipamerkan tidak menjamin untuk merawat sesuatu penyakit atau melindungi anda dari sebarang penyakit

Mendidik Anak-Anak Tentang Penggunaan NIP

1) Didik anak-anak berkenaan NIP ketika bersama-sama membeli belah

2) Tunjukkan NIP kepada anak-anak berkenaan kesan sesuatu nutrien dan nilai kandungannya kepada pengguna

3) Biasakan anak-anak dengan maklumat nutrisi seawal mungkin bagi membolehkan mereka membuat pilihan tetap berkenaan pemakanan yang sihat sepanjang hidup mereka


Kanak-kanak suka makanan sihat


Contoh Perbandingan Maklumat Nutrisi

Terdapat pelbagai jenis suplemen dan vitamin yang ada di pasaran. Setiap syarikat atau pengeluar produk akan menjual suplemen atau vitamin masing-masing. Masing-masing juga akan mendakwa bahawa hanya produk merekalah yang terbaik dan terlaris di pasaran.




Sebagai contoh, B-Complex memang terbukti bagus dan berkesan kepada anda terutamanya kepada wanita mengandung bagi membekalkan Asid Folik untuk tumbesaran bayi di dalam perut. B-Complex yang terbaik adalah mengandungi semua jenis Vitamin B, Biotin dan Asid Folik. Jadi, peranan kita sebagai pengguna ialah membandingkan kandungan nutrisi B-Complex yang ada di pasaran dan membuat keputusan terbaik untuk anda dan keluarga.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...