Tuesday, October 21, 2014

Kepentingan Makanan Berasaskan Beras, Bijirin dan Ubi



Makanan Ruji rakyat Malaysia ialah nasi (beras) iaitu makanan utama kebanyakan negara-negara di Asia. Manakala kebanyakan orang Barat dan Eropah menggunakan sumber bijirin seperti gandum sebagai sumber utama makanan mereka.


Sumber ubi pula seperti kentang, keledek, keladi dan sebagainya bukanlah sumber makanan utama kepada kebanyakan manusia. Akan tetapi dikala darurat contohnya ketika zaman peperangan, makanan bersumberkan ubi adalah pilihan terbaik kerana mendatangkan hasil dengan cepat setelah ditanam.


Ubi Manis 

Justeru, Makan Makanan Berasaskan Beras, Bijirin (sebaik-baiknya Bijirin Penuh) dan Ubi adalah Cadangan Keempat Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Sebagai orang Asia yang lazimnya mengambil beras sebagai sumber makanan manakala sumber ubi juga yang mudah didapati di mana-mana saja, pasti anda sudah kenal dan biasa dengan semua jenis makanan yang bersumberkan beras dan ubi ini.


Kenali Jenis-Jenis Bijirin Dengan Lebih Dekat Lagi

Sumber bijirin adalah agak asing bagi kita memandangkan sumbernya yang agak terhad kerana negara kita bukanlah pengeluar bijirin utama di dunia. Terdapat 2 jenis bijirin iaitu bijirin penuh (whole grains) dan juga bijirin halus (refined grains).



Bijirin Penuh mempunyai 3 komponen utama iaitu Bran, Germ dan Endosperm. Berbeza dengan bijirin penuh, bijirin halus pula telah melalui beberapa proses mekanikal untuk mengasingkan Bran dan Germ. Contoh produk berasaskan bijirin halus ialah beras putih, tepung gandum putih, roti putih, jagung hominy dan pasta gandum.


Kepentingan Makanan Berasaskan Sumber Beras, Bijirin Dan Ubi

Makanan berasaskan sumber beras, bijirin dan ubi adalah sumber tenaga utama kepada manusia. Justeru, adalah wajar untuk mengambil sumber makanan ini seperti yang disarankan iaitu makan secukupnya dan mengambilnya 4 hingga 8 hidangan sehari sepertimana yang terkandung dalam Piramid Makanan Malaysia :-

1) mengambil sekurang-kurangnya 4 hidangan makanan bijirin setiap hari

2) memilih sekurang-kurangnya separuh daripada produk bijirin anda daripada bijirin penuh

3) memilih produk bijirin yang tinggi serat, rendah lemak, gula dan garam


Sumber Tenaga Alternatif

Walaubagaimanapun masih ada di antara kita yang tidak dapat mengambil sekurang-kurangnya 4 hidangan bijirin setiap sehari seperti yang telah disarankan. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kurang selera makan, kesibukan bekerja dan sebagainya.

Hal ini tidak menjadi masalah kerana terdapat sumber tenaga alternatif yang dijamin semulajadi, selamat dan berkesan. Di Shaklee, sumber tenaga alternatif adalah berasaskan kacang soya bukan GMO dan terbukti keberkesannya lebih daripada 50 tahun!



ESP tahun 1961 


ESP kini dan selamanya


Nikmatilah sendiri khasiat dan keenakan Shaklee ESP yang terbukti berkesan.





Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...