Sunday, September 14, 2014

Summer in Seoul



Sepatutnya malam nanti flight kami menaiki pesawat MAS ke Osaka Jepun untuk office trip Ben Lee, Alizal & Co. Tapi nak buat macam mana, selepas insiden MH370 dan MH17 masing-masing takut nak naik MAS, jadi diorang semua dah sepakat nak cancel tiket dan ambik refund daripada MAS.


Sebenarnya trip ke Osaka ni merupakan 2nd ever office trip. Sebelum ni tak pernah buat office trip langsung sebab staff pun tak ramai mana. 1st time ever office trip masa tahun 2012 iaitu pada 22 hingga 25 Jun 2012. Masa tu bisnes ada OK dan staff pun dah bertambah.


Day 1 - 22.6.2012

Awal pagi kami semua dalam 12 orang bertolak ke LCCT naik teksi. Penerbangan dari LCCT ke Incheon airport lebih kurang 6 jam. Trip kitorang ni kira budget travel lah. Itinery pun fleksibel, boleh ubah bila2 masa. Kat sana kitorang berurusan dengan student2 Malaysia kat sana untuk bantuan perjalanan dan juga sebagai jurubahasa.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Korea


Tiba di Incheon airport waktu petang kami bergegas untuk naik Han River Cruise. Namun hajat tak kesampaian sebab traffic jam yang agak teruk. Plan ditukar kepada makan malam yang lebih awal di Shin Chon street. Selepas makan malam kami terus check in di Shin Chon Guest house iaitu sebuah motel murah yang terkenal di kalangan foreigner kerana staff di situ mampu berbahasa Inggeris.


* Hidangan Makan Malam * 


* Bergambar kenangan di Sin Chon Guesthouse *



Waktu malam, kami keluar sekejap guna subway untuk pergi ke Myeongdong iaitu tempat tarikan pelancong untuk membeli belah. Bezanya waktu malam di sana ada pasar malam. Shin Chon Guesthouse juga agak strategik sebab berhampiran dengan Ewha Women's University Station.



* Jarak antara Shin Chon Guesthouse ke stesyen subway terdekat * 


* Suasana di Myeongdong pada waktu malam * 

SELAMAT MALAM SEOUL!


Day 2 - 23.6.2012

Masa ni musim panas kat Korea. Jadi waktu siang dia agak panjang dan bagus untuk berjalan-jalan. Boleh tahan terik jugak matahari kat sini. Nasib baik angin agak kuat jadi tak terasa sangat dia punya panas. Waktu subuh pun awal lebih kurang pukul 3.00 pagi waktu tempatan. Pukul 5.30 pagi hari dah terang benderang. Beza waktu dengan Kuala Lumpur pula ialah Seoul awal 1 jam. Pukul 8.00 malam baru nak Maghrib dan begitulah seterusnya kalau mengembara semasa musim panas di sini.


Kami bertolak ke Gyeongbuk Palace iaitu salah sebuah lagi tempat tarikan pelancong menggunakan subway.


* Royal Guard * 



* Anak-anakku di Korea * 



* Group Photo di Gyeongbok Palace * 



* Gambar kenangan di Gyeongbok Palace * 

Kemudian kami berjalan kaki menuju ke National Folk Museum yang terletak tidak berapa jauh dari Gyeongbok Palace. Muzium ini dipenuhi dengan replika-replika yang menunjukkan kebudayaan bangsa Korea.


* Depan muzium pun kena bergambar * 


* Replika perkahwinan tradisional Korea * 


* Replika makanan tradisi Korea * 

Kami pergi ke Itaewon Street dengan menaiki bas untuk makan tengah hari. Itaewon Street adalah tempat yang terkenal sebagai kawasan yang dipenuhi dengan warga asing dari pelbagai negara. Secara tidak langsung juga komuniti Muslim juga agak ramai di sini dan terdapat juga masjid utama di sini.


* Masjid utama di Seoul * 

Di Itaewon Street kami makan di restoran India Muslim iaitu Foreign Restaurant.







Selepas makan, kami bergerak menuju ke Dongdaemun iaitu salah sebuah tempat membeli belah yang menarik perhatian pelancong. Terdiri daripada 4 pasaraya yang besar seperti iaitu Doota (Doosan Tower), Migliore, New-Freya dan Hello apM tidak hairanlah kenapa Korea adalah syurga membeli belah bagi sesiapa yang minat bidang fesyen.


* Source : visitkorea.com * 


* Source : linoralow.com * 
Selesai membeli belah kami bergerak pulang untuk makan malam di salah sebuah restoran ikan bakar bernama Gosami Grilled Fish Shin Chon.





Hari yang panjang dan memenatkan, kami pulang ke hotel sebelum hari gelap untuk berehat sebagai persediaan untuk perjalanan hari esok yang lebih jauh. Satu lagi tempat menarik yang tak dapat kami jejaki akibat hambatan masa ialah Namsan Tower. Kalau korang biasa tengok movie Korea sini adalah tempat wajib pergi tengok.



* Kereta kabel menuju Namsan Tower * 



* Deretan kunci untuk pasangan-pasangan di Namsan * 

Mungkin lain kali agaknya aku dapat pergi ke Namsan.


SELAMAT MALAM SEOUL!


Day 3 - 24.6.2012


Pada mulanya kami merancang untuk pergi ke Nami Island menggunakan subway, tetapi memandangkan penat hari semalam belum hilang, kami terpaksa mengeluarkan bajet lebih dengan menggunakan bas. Perjalanan boleh memakan masa antara 2 hingga 3 jam bergantung pada keadaan trafik.


* Makan tengahari sebelum naik feri * 


* Naik feri menuju ke Republik Naminara * 


Nami Island menjadi semakin popular setelah filem Winter Sonata ditayangkan pada tahun 2002. Nami Island adalah tempat yang harus pergi untuk setiap musim yang berbeza iaitu panas, luruh, sejuk dan bunga kerana menawarkan panorama dan pandangan cantik mengikut musim. Nami Island ialah sebuah pulau yang terletak di sungai Han.


* Musim Panas * 


* Musim Luruh * 


* Musim Sejuk * 


* Musim Bunga * 

Selain naik feri, boleh juga pergi ke Nami Island guna flying fox... harganya pun boleh tahan! Ingatkan nak naik basikal dalam Nami Island... tapi of course dah fully booked.


* Pintu masuk Nami Island * 


* Bergambar kenangan sebelum berpecah * 


* Syoknya dapat naik basikal * 


* Sini ada Musolla - jangan lupa tanggungjawab * 

Pada waktu petang kami meneruskan perjalanan ke jeti Sungai Han untuk aktiviti cruise.



* Kapal yang digunakan untuk melayari Sungai Han * 


* Jeti Sungai Han * 


* Bergambar kenangan sebelum menaiki kapal * 


* Terdapat lebih kurang 20 jambatan yang merentasi Sungai Han untuk menghubungkan Seoul Utara dan Seoul Selatan * 


* Pemandangan matahari terbenam dari dalam kapal * 

Setelah selesai melayari Sungai Han dengan kapal, kami pun bertolak pulang untuk menikmati makan malam. Hidangan kali ini tidak lain tidak bukan adalah ikan bakar. Lokasi kali ini agak unik kerana kami makan di bahagian loteng atau bumbung sebuah rumah kedai.





Selesai makan malam, kami semua pulang semula ke hotel untuk berehat sebelum menghadapi hari terakhir besok.


SELAMAT MALAM SEOUL!


Day 4 - 25.6.2012

Hari terakhir di Seoul, kami semua keluar agak lewat. Hanya ada satu saja aktiviti iaitu membeli belah di Namdaemun. Jika Dongdaemun lebih mengutamakan fesyen dan trend terkini, di Namdaemun anda boleh mendapatkan banyak barangan dengan harga yang jauh lebih murah. Malah ada beberapa orang penjual yang boleh berbahasa Melayu kerana pernah bekerja di Malaysia.






Selepas makan tengahari di sini dan selesai membeli belah, kami pulang ke hotel dengan menaiki teksi untuk final packing dan bersiap-siap untuk check out hotel. Kami semua tiba di Malaysia pada waktu malam selepas mengharungi penerbangan selama 8 jam (termasuk perbezaan masa).


Ternyata 4 hari 3 malam memang tak cukup untuk melawati tempat-tempat menarik di Korea. Lagipun, cuaca yang agak terik juga sedikit sebanyak mengganggu mood dalam trip kali ini. Pasti satu hari nanti aku akan ke sini lagi!

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Korea


SELAMAT TINGGAL SEOUL!




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...