Thursday, September 4, 2014

Selamat Datang Danny Welbeck!



Daniel Nii Tackie Mensah Welback... itulah nama sebenarnya atau lebih dikenali sebagai Daniel Welbeck, bekas pemain Manchester United yang telah berhijrah ke Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak 16 juta pound atau 20 juta euro awal bulan ini. 



* Danny Welbeck * 

Sehingga ke hari ini masih ramai tidak mempercayai Manchester United telah melepaskan pemain muda berbakat ini kepada Arsenal. Perkara yang sama juga telah berlaku kepada Daniel Sturridge satu ketika dahulu apabila dilepaskan oleh Manchester City kepada Chelsea dengan pampasan ditetapkan oleh tribunal mencecah 4.5 juta pound dan kemudiannya Chelsea melepaskannya kepada Liverpool dengan harga 12 juta pound.


Selepas mendapatkan pemain-pemain baru seperti Alexis Sanchez, Mathieu Debuchy, David Ospina dan Calum Chambers tanpa banyak saingan, pakcik Wenger nampak terkial-kial untuk mendapatkan pemain baru ke-5 yang secara prioritynya ialah bahagian pertahanan setelah Thomas Vermaelen sah menjadi milik Barcelona. Pemain pertahanan simpanan Ignasi Miquel juga sudah berhijrah ke Norwich City dengan yuran perpindahan 1.5 juta pound.


Beberapa nama telah disebut sebagai pemain pertahanan baru Arsenal seperti berikut :-

1. Kostas Manolas bekas pemain Olympiacos yang akhirnya berhijrah ke Roma, Itali.

2. Pertahanan Dortmund Sokratis Papastathopoulos yang mempunyai permintaan gaji yang tinggi.

3. Manchester City enggan melepaskan Matija Nastasic kepada Arsenal.

4. Aston Villa juga enngan melepaskan kaptennya Ron Vlaar kepada Arsenal.

5. Pertahanan Atletico Madrid, Toby Alderweireld; dan

6. West Ham juga enggan melepaskan Winston Reid kepada Arsenal.

Selain pemain pertahanan, pemain-pemain lain yang dikaitkan dengan Arsenal adalah seperti berikut :-

1. Sporting Lisbon telah meletakkan harga yang tinggi kepada pemain tengah bertahannya William Carvalho.

2. Dortmund sekali lagi enggan melepaskan Marco Reus kepada Arsenal

3. Arsenal tidak bersetuju kepada harga yang diletakkan oleh Swansea pada Wilfred Bony

4. Radamel Falcao menolak tawaran Arsenal dan Liverpool sebaliknya bersetuju untuk ke Manchester United secara pinjaman.

5. Mario Balotelli telah berhijrah ke Liverpool; dan 

6. Loic Remy telah berhijrah ke Chelsea.


Selain daripada gosip-gosip perpindahan pemain ini Arsenal juga telah mendapat keuntungan sebanyak 12 juta pound (passing buy back clause) apabila Carlos Vela menandatangani kontrak baru dengan Real Sociedad. Arsenal juga mendapat hampir 6 juta pound apabila Cesc Fabregas berhijrah ke Chelsea dari Barcelona.



* Fakta atau auta? * 

Namun begitu, siapa saja yang menyarung jersi Arsenal haruslah bermain dengan bersungguh-sungguh dan membuktikan kemampuannya di atas padang dan menutup mulut para pengkritik mereka.


COYG!








No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...