Wednesday, September 3, 2014

Piala Malaysia 2014 : Suku Akhir Menjelang, Juara Terbayang?



Beberapa minit sebentar tadi wisel panjang ditiupkan menandakan berakhirnya pusingan pertama Piala Malaysia iaitu peringkat kumpulan dimana pelbagai analisa boleh dibuat pada peringkat ini :-



* Milik siapakah Piala Malaysia tahun 2014? * 


1. Hanya JDT (Juara Liga Super) dan PDRM (Juara Liga Perdana) sahaja yang mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan

2. Hanya JDT sahaja pasukan dari Liga Super yang menjadi juara peringkat kumpulan manakala juara kumpulan lain iaitu PDRM, Felda United dan Kedah semuanya adalah pasukan dari Liga Perdana

3. Kedah memintas Perak di saat-saat akhir dengan kemenangan 2-0 untuk layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

4. Antara punca kebangkitan pasukan Kedah ialah perlantikan Tan Cheng Hoe iaitu bekas pembantu K Rajagopal sebagai ketua jurulatih Kedah menggantikan David Mitchell yang direhatkan

5. Walaupun Dollah Salleh telah meninggalkan PDRM kerana dilantik sebagai ketua jurulatih Malaysia, namun PDRM masih mampu mengekalkan rentak kejuaraan mereka di bawah kendalian bekas pemain kebangsaan seperti Azman Adnan dan Mubin Mokhtar

6. Persembahan konsisten PDRM musim ini antara lain adalah disebabkan oleh pemain mereka seperti penyerang kelahiran Sabah Bobby Gonzalez, pemain import Chad Souza dan juga Ali Ashfaq dari Maldives yang pernah dilabelkan sebagai penyerang paling digeruni peringkat Asia

7. Tidak seperti dalam Liga Super dan Piala FA, pasukan seperti Pahang, Terengganu dan Selangor dilihat tidak berapa konsisten di peringkat Piala Malaysia namun masih berjaya layak ke peringkat suku akhir

8. Kelantan juga berjaya mengiringi JDT untuk layak ke peringkat suku akhir

9. Aksi JDT tampak semakin konsisten dan memberangsangkan setelah menyingkirkan jurulatih Cesar Jiminez, Pablo Aimar dan Baihakki Khaizan dan digantikan dengan Bojan Hodak, Jorge Pereyra Diaz dan Marcos Antonio di pertengahan musim Liga Super.

10. Peringkat suku akhir hanya akan bermula pada bulan Oktober 2014 dimana Felda United akan menanti kunjungan Selangor, JDT akan bertemu Terengganu, Kedah akan menanti Kelantan dan PDRM akan bertemu Pahang.



* Road to final 2014 * 


Walau apa pun, analisa masih lagi dikira sebagai analisa. Persembahan di atas padang sepatutnya ditonjolkan untuk betul-betul bergelar juara. Pasukan seperti JDT, Pahang dan PDRM mampu bergelar juara berganda tahun ini. Manakala pasukan-pasukan lain sudah tentu tidak mahu meninggalkan tahun 2014 ini dengan tangan yang kosong.



Ayuh JDT!
Luaskan kuasamu....




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...