Monday, August 11, 2014

JDT intai bakat dari Belgium


Piala Malaysia 2014 akan bermula pada 13.8.2014. Siapakah juara baru edisi kali ini pasti menjadi persaingan sengit. Sudah pasti JDT akan berusaha untuk menggondol kejuaraan berganda dengan menjadikan Piala Malaysia sebagai trofi berikutnya.

Namun begitu, pasukan-pasukan lain seperti Pahang dan Selangor terutamanya pasti tidak akan berdiam diri dan akan memastikan hasrat JDT ini gagal. Pemodenan dan pencapaian pasukan JDT ini memang dicemburui oleh lawan dan kawan. Oleh itu, ini bukan misi mudah buat JDT.

Dua orang bakat dari Belgium pula kini dalam pemerhatian Bojan Hodak samada layak untuk diserap dalam skuad JDT ataupun JDT II. Bakat yang dimaksudkan ialah Nordin bin Mohd Nagib, 18 tahun yang kali terakhir bermain di kelab Royale Union Saint-Gilloise (Divisyen 3), Belgium manakala abangnya Hisham bin Mohd Nagib kali terakhir bermain dengan kelab Negenmanneke FC (Divisyen 4) di Belgium.



Fasih berbahasa Inggeris, Perancis dan Belanda, bakat muda ini dilihat masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan Malaysia kerana tidak fasih berbahasa Melayu. Kedua-dua pemain ini dilihat berlatih bersama dengan skuad Piala Malaysia JDT dan JDT II untuk meyakinkan Bojan Hodak dan pihak pengurusan JDT sebelum ditawarkan dengan kontrak.



Selamat Maju Jaya!
Good Luck!
Meilleurs Vœux!
Beste Wensen!





No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...