Monday, July 21, 2014

Zakat Fitrah : Penyucian Menjelang Aidlifitri


Alhamdulillah... Lebih kurang 1 minggu lagi kita akan melengkapkan Ramadhan dan seterusnya menyambut Aidilfitri tanda kemenangan kita menundukkan nafsu sendiri sekurang-kurangnya pada siang hari.

Sepanjang berpuasa, sedar atau tidak kekadang tanpa disengajakan kita ada membuat juga perkara-perkara buruk dan keji serta sia-sia. Walaupun pada bulan Ramadhan syaitan telah 'dibelenggu' dan juga 'dirantai' namun akibat tabiat kita sendiri, tertonjol juga perkara-perkara buruk dalam diri kita.

Justeru telah disyariatkan untuk kita membayar zakat fitrah untuk menyucikan diri kita sebelum Aidilfitri. Apakah syarat-syarat membayar zakat fitrah? Semestinya yang pertama mestilah beragama Islam, Kedua mempunyai sesuatu melebihi keperluan diri sendiri dan orang tanggungannya sekurang-kurangnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu dan Ketiga ialah dapat bertemu dengan dua masa iaitu akhir Ramadhan dan awal Syawal.

* Zakat Fitrah di Selangor adalah RM7.00 seorang *


Justeru, sebagai ketua keluarga, janganlah kita mengabaikan tanggungjawab dan kewajiban kita ini. Sebaik-baiknya (afdhal) ialah sebelum solat sunat Hari Raya. Sunat hukum membayar zakat fitrah di sepanjang bulan Ramadhan dan wajib hukumnya apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.



Ayuh... jangan bertangguh lagi. Berzakatlah!






No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...