Friday, July 11, 2014

Alexis Sanchez : Suatu Pelaburan Yang Berbaloi?


Nampaknya Pakcik Wenger telah mengesahkan pembelian pertama musim baru apabila Alexis Sanchez telah bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama Arsenal FC dengan nilai perpindahan sebanyak 30juta pound. Pemain Chile berusia 25 tahun itu telah dipancing dari kelab Barcelona yang diura-urakan akan mendapatkan Luis Suarez dari Liverpool. Berita penuh di www.arsenal.com.

Alexis Sanchez


Alexis Sanchez baru saja menamatkan kempen Piala Dunianya bersama dengan Chile yang terkandas di pusingan kalah mati kepada Brazil menerusi penentuan sepak penalti setelah terikat 1-1. Malah dia juga telah menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan itu.


Ternyata sejak tahun lepas, Arsenal tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bintang-bintang yang 'mahal' setelah masalah kewangan Arsenal akibat pembinaan Emirates Stadium telah selesai. Arsenal telah membuat kejutan musim lepas apabila berjaya memancing Mesut Ozil dari Real Madrid dengan rekod perpindahan sebanyak 42.5 juta pound.


Diharapkan agar pembelian Alexis Sanchez adalah pelaburan yang berbaloi untuk membantu jentera serangan Arsenal untuk muncul sebagai pencabar utama kejuaraan musim depan.


COYG!


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...