Tuesday, June 24, 2014

Autumn In Melbourne - Part 1

Assalamualaikum wbt...


28 Mei sampai 2 Jun 2014 aku berpeluang untuk pertama kalinya membawa satu famili bercuti di luar negara ikut tripadikberadik yang sempoi... Alhamdulillah... Tempat yang kitorang pergi ialah Melbourne, Australia.  Melbourne ni terletak di negeri Victoria iaitu antara kawasan paling selatan di Australia. Sepanjang tempoh kitorang kat sana adalah musim autumn + winter tapi takde snow lah.


27 Mei 2014 - Aku pergi satu famili termasuk wife, sorang anak bujang dan 3 orang anak gadis. Flight pukul 1.40pm. Pagi-pagi lagi dah gerak ke KLIA2 naik cab cap exora... not bad lah... muat satu famili dan beg-beg lain. Ooo ye... hari ni jugak adalah hari lahir anak bujang aku yang ke-9. Jadi, tak putus-putus lah ucapan selamat hari lahir daripada pegawai-pegawai imigresen yang cek dokumen perjalanan/paspot kitorang kat anak bujang aku ni... Dalam kapal pulak terjumpa kawan sekolah rendah dulu yang bekerja sebagai cabin crew... Stanley Wong nama diberi. Setelah perjalanan selama lebih kurang 8 jam dari KL kami pun sampai di Melbourne airport lebih kurang pukul 12 tengah malam (10 malam waktu Malaysia) and terus check in kat Ibis budget hotel... boleh jalan kaki jer dari airport. Masa ni suhu memang sejuk di mana waktu malam boleh drop below 10 C (autumn)

* Bergambar kenangan bersama schoolmate*

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Australia

Day 1

28 Mei 2014 - Pagi-pagi ambik cab dari hotel untuk ke Tullamarine iaitu tempat sewa caravan... tak jauh sangat... masih lagi dalam kawasan airport... boleh tahan leceh jugak urusan nak ambik caravan ni... yang penting agreement kena sign oleh pembayar dan driver. Lesen memandu takde masalah kalau guna lesen memandu Malaysia yang baru. Kitorang juga kena bagi briefing tentang cara-cara penggunaan dan pembersihan caravan dan pelbagai... terus terang memang tak masuk kepala pun apa yang diorang cakap, maklumlah excited nak bawak caravan jer yang terpikir. Caravan ni pakai diesel, diorang dah isi full tank dengan syarat masa pulangkan pun kena full tank. 

Sebelum ke check point pertama kitorang singgah kat supermarket Coles dulu untuk beli barang-barang keperluan, maklumlah nak masak sendiri ala-ala koboi dalam caravan nanti.. Satu lagi harga barang kat sini di bandar lebih murah daripada di pedalaman. Contoh harga roti bantal kat town ialah AUD1.00 (lebih kurang RM3.00), bila masuk kawasan pedalaman sikit roti yang sama harganya AUD3.00 dan bila masuk lagi kawasan yang lebih jauh roti yang sama dah jadi AUD5.00. So, fikir-fikirkan....

Lebih kurang pukul 2pm kitorang tiba di check point pertama iaitu Puffing Billy iaitu keretapi lama yang dikomersialkan sebagai tempat pelancongan. Sudah la masa tu hujan renyai (shower)... memang suhu drop dan mulut berasap.... Selesai pusing-pusing kat sini kitorang terus ke camp site ataupun caravan park sebab pukul 5pm hari dah gelap. 

* Hannah, Myra dan Adam dalam Puffing Billy train*

Check in Chelsea Caravan Park di Bonbeach. Masa nilah pengalaman kitorang untuk pasang heater dalam caravan masing-masing. Power supply untuk caravan, water refill caravan memang ada disediakan di camp site, sapu sampah dalam caravan macam sapu sampah kat rumah jer... tak sangka jugak bekalan air caravan ni boleh tahan untuk satu hari jer bergantung pada kadar penggunaan tandas dan sinki dalam caravan. Masa ni jugak pengalaman pertama tidur dalam caravan... atas driver ada satu katil untuk 2 orang, meja makan tengah boleh convert jadi katil kedua, juga muat untuk 2 orang dan meja makan belakang pun boleh convert jadi katil ketiga, juga muat untuk 2 orang... oo ye... caravan ada banyak jenis... kitorang sewa caravan yang muat untuk 6 orang.

SELAMAT MALAM MELBOURNE!


* Brother Yassin isi air di Chelsea Caravan Park *

# Pengumuman penting - 28.6.2014 adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan isteriku yang ke-10. Mudah-mudahan kami berdua dan keluarga bahagia selamanya dunia dan akhirat... Amin Ya Rabb...
# Tetiba celebrate kat oversea plak... hehe


Day 2

29 Mei 2014 - Hari ni pulak kitorang pergi ke check point seterusnya iaitu Brighton Beach iaitu landmark utama di Melbourne. Pemandangan laut yang luas terbentang berlatarbelakangkan bath box berwarna warni cukup indah dan menggamit perasaan.






* Bath Box di Brighton Beach *


Selepas selesai bergambar-gambar di sini kitorang terus ke check point seterusnya iaitu Phillip Islands iaitu antara kawasan paling selatan di negeri Victoria yang mengambil masa hampir 2 jam... dengan harapan untuk melihat penguin secara live... So, masing-masing membuat persediaan mengisi minyak. Agak kekok jugak lah sebab kat sini isi minyak dulu, bayar kemudian. Kos petrol/diesel ni boleh tahan mahal lah... sebab diorang bukan negara pengeluar utama minyak di dunia. Yang peliknya harga minyak akan berubah-ubah setiap hari, mujur setiap stesen minyak ada papan tanda elektronik kat luar untuk diorang paparkan harga minyak pada setiap hari. Kepelikan bertambah apabila harga minyak di stesen minyak A tidak sama dengan harga minyak di stesen minyak B yang hanya terletak di seberang jalan. Nak tau apa yang pelik lagi? Harga minyak di kawasan pedalaman lebih mahal daripada di kawasan bandar.


* Salah satu stesen minyak terkemuka di Melbourne *

Dalam perjalanan ke Philip Islands tu stop kejap kat RnR.... masak spaghetti ala koboi dan makan ramai-ramai... ooo ye dalam caravan memang hampir mustahil untuk memasak kalau caravan bergerak... kena tunggu stop baru boleh masak kalau tak berguling-guling lah nanti masa caravan bergerak. Atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, penguin-penguin taknak jumpa kitorang... hehe... yelah masa autumn ni kejap je dah nak malam... masa sampai Phillip Islands tu dah gelap... penguin dah balik dah... apakan daya, kita hanya mampu merancang.


* Phillip Island di senja hari *

So check in kat Philip Islands Caravan Park yang merupakan Big4 camp site di Australia. Semakin hari suhu semakin drop... ketahanan mental dan fizikal amat diperlukan ketika ini... cewahh.... Namun begitu sempat jugak lah sebelum tidur buat laundry. Setiap camp site memang ada sediakan laundry.. wash and dry... musim autumn and winter memang takde can nak jemur baju... harga laundry berbeza kat setiap camp site.. masa nilah duit syiling amat diperlukan untuk buat laundry.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Australia


SELAMAT MALAM MELBOURNE!


AUTUMN IN MELBOURNE - PART 2


AUTUMN IN MELBOURNE - PART 3





No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...